Blog Maya Dot Com

AidilAdha 2016

AidilAdha tahun ni saya beraya di KL.
OK la AidilFitri raya kat rumah sewa ni. AidilAdha pun raya kat rumah sewa ni.
Adil & saksama gitu.

Baju saya dengan Yaya tu kainnya beli kat Medan dulu.
Baju Melayu Encik Z macam biasa recycle saja.




Lepas bersalam salaman 3 beranak, terus je gerak ke LEP.
Tapi singgah jap kat AEON Wangsa Maju beli kek Baskin Robbins.

: : Sampai LEP gomol budak ini dulu : :

Lepas tu bersalam-salaman lah kita.
Walaupun AidilAdha tetap feelingnya raya kan.
So takde peliknya kalau mohon maaf dan bagi duit raya.
Tapi masing-masing punya cara la kan.
Jangan persoalan cara orang sudah.


: : Sama tak muka kami? Baju Mama tu pun sama kainnya dari  Medan : :

Cucu-cucu Opah beratur nak collect duit raya.
Tahun ni 5 orang la yang boleh q. Insya Allah tahun depan Mawa boleh tumpang sekaki q ya Mawa.
Mawa : Panggilan untuk Nurul Mawaddah.



Lepas tu semua q nak collect duit dari mak dan ayah saudara yang sporting iaitu Mommy dan Ayah hehe.
Raya raya ceni je lah yang biasa kita bagi duit kan.
Seronok apa dapat gembirakan anak-anak.




Kelakar masa ni korang tengok la si Aisya tu photobomb gambar saya dengan Qis.
Encik Z dah tergelak gelak dah.
Bila Kaklong panggil dia sentap kau. Terus meraung haha.
Aisya Aisya…



: : Nah Mawa duit aye Mommy agi : :


: : Riak wajah Aisya seolah olah berbisik ‘Kenapa Mommy bagi duit raya pada Ibu?’
Jawapan Mommy kepada bisikan Aisya ‘Ibu kan jobless sekarang. Mommy bagi la duit raya pada Ibu’

Suka tengok aksi Aisya dalam gambar bawah ni.
Macam hijabista acah acah candid pandang bawah.
Ni dah berapa kali snap dah ni sebab Maamar taknak bagi kerjasama.
OK lah buat kenangan 🙂




: : Tengok tu haaa buat muka! Eieiei geram! : :