Blog Maya Dot Com

Tentang Perceraian Itu

5 entry yang terdahulu pasti membuat ada yang tertanya tanya.
Kenapa selepas 7 tahun saya kembali mencoret kata?
Hey.. tiada sebarang agenda. Tiada maksud tersembunyi.
Sekadar mengimbas memori yang ada manis dan ada pahitnya.

Jangan risau. Saya baik baik saja.
Sekali lagi saya ulangi, saya tidak membenci si dia.
Saya berterima kasih atas apa adanya yang pernah si dia memberi.
Yasmin, terutamanya. 🙂

Baru baru ini saya terjumpa satu blog.
Blogger ini satu masa dulunya pernah juga menulis..
Tapi blog itu telah ditutup dan beliau kembali menulis di blog baru.
Patutlah tidak naik lagi kemaskini blog nya di blog list saya.

Di blog lama selalu beliau coretkan moment indah bersama suami.
Dari tulisan dia, saya tahu dia jenis yang happy go lucky.
Nak kata saya terperanjat, tidaklah juga.
Kerana bagi saya, menjadi blogger, apa yang ditulis di blog bukan selalunya sama dengan realiti.

Ada yang pura pura menulis tentang bahagia, sedangkan derita.
Ada juga yang berkongsi derita, tapi sebenarnya tidaklah seperit mana.
Tak mungkin akan ada yang benar benar bahagia.
Yang pahit perlulah disembunyi.
Kerana. Tak semua pembaca akan memahami.
Mengadili dan membuat andaian sendiri, saya pasti itu terjadi.

Tapi blogger ini bercerita tentang perceraiannya, hmmm boleh saya katakan terperinci juga.
Bagaimana suaminya mempunyai hubungan dengan perempuan lain, caught red handed dalam whatsapp.
Blogger ini pergi berjumpa dengan perempuan itu.
Ya.. boleh saya katakan agak terperinci.

Saya gagal untuk meletakkan diri saya di dalam ‘kasut’ blogger itu.
Kerana kisah kami berbeza.
Cuma saya doakan dia punya kekuatan untuk terus kembali berdiri.
Kerana hasil penulisannya, tampak dia seperti lemah menghadapinya.

Ada 3 lagi blogger yang sama kisahnya seperti saya.
Tapi ketiga mereka tidaklah terperinci bercerita tentang perceraian, janda, curang dan isu lain yang sewaktu dengannya.
Tapi saya enjoy membaca tulisan mereka.
Rasa sehati sejiwa pula.
Gelaran ibu tunggal boleh merubah seorang wanita 360 darjah!

Berkongsi cerita atau tidak ya terpulanglah kepada masing masing.
Cuma janganlah selalu merasa yang diri ‘tidak akan’ buat begitu dan begini.
Mendabik dada ‘Aku kalau jadi macam ni… aku tak akan begini..’
Rumit ya?
Nanti saya akan kongsikan ya..

P/S: Tolong jangan mintak url blog keempat empat blogger di atas. Saya tak berminat nak kongsi. Cari sendiri! Hehe..

    6 thoughts on “Tentang Perceraian Itu

    1. pa'e faizah

      saya masih ingat ketika kita sama-sama report duty di JPA 12 tahun yang lepas. ketika itu akak cakap pd saya..akak nak kena cuti kahwin. akak ditempatkan di JPA. tapi lepas akak ke melaka, kita hampir lost contact. nasib baik masa tu dah wujud YM. tahu serba sedikit akak dah mengandung. bila kita bertemu kembali, akak telah kembali solo. tiada langsung terdetik di hati bertanyakan soal itu, kerana difikiran ketika itu..yg bersifat peribadi harus dikekalkan sbg peribadi. tidak akan ku soal. namun jika diceritakan, sedia mendengarnya. sehinggalah isu Yaya dijaga oleh Mama, juga tidak pernah disoalkan. kerana siapa kita untuk menghakimi kisah & perjalanan hidup seseorang. bersahabatlah dengan jujur & ikhlas. terima kasih kakak kerana menjadi kawan & kakak dalam tempoh 12 tahun ini. sayang akak!

    2. liyana

      sy bukan jenis suka bertanya ‘kenapa mcm tu mcm ni’ wpun dlm hati meronta2 nak tau cerita..hanya sbb sy nak jadi kn pengajaran pd diri sndiri tp sy tak kan memaksa utk org tu becerita..kita ni kan manusia biasa ada kelemahan kita so kisah org kita jd kan iktibar..emm bole tak akk bg url blogger tersebut?? hehehehehe

    3. purpledi

      mmg la x tanya benda2 personal ni melainkan tuan empunya badan yg buka mulut..yg blog tu mcm tau je hehe