Saya dan Hijrah

merasa tersentak dan terpukul dengan ENTRY INI, memanggil saya untuk menulis entry ini.
kisah saya dan hijrah. ya. ini kisah saya.
ya, saya bersetuju yang HIJRAH itu berperingkat-peringkat.
dan saya bersetuju semuanya bermula dari SOLAT.
solat 5 waktu.
kemudian saya bertudung.
bermula dengan tudung yang hmmm jarang dan pendek?
tetapi perlahan lahan saya cuba perkemaskan dengan tudung yang lebih labuh.
tiada lagi warna yang menarik perhatian. apa lagi berkilau kilauan.
saya sudah sempurna bertudung?
tapi mungkin belum sempurna dalam menutup aurat.
perlahan-lahan saya sarungkan stokin menutup kaki.
saya cuba sedaya upaya untuk tidak ber “Tabarruj”.
solat 5 waktu saya dah cukup?  tapi adakah sempurna? khusyuk?
adakah saya sembahyang selepas saja masuk waktu? atau di penghujung waktu?
adakah saya cuba merebut peluang berjemaah?
bagaimana dengan solat sunat? solat taubat? solat dhuha?
membaca Al-Quran? sangat jarang.  saya mulakan kembali Ramadhan yang lalu.
cukupkah cuma di bulan Ramadhan? perlahan-lahan saya displinkan diri setiap malam Jumaat.
berapa muka surat?
puasa? cukup kah hanya sekadar berpuasa di bulan ramadhan?
bagaimana dengan puasa sunat? puasa 6? puasa isnin & khamis.
pendek katanya, perubahan dan penghijrahan merupakan proses yang berterusan.
dan saya sangat sangat takut jika saya mula merasakan yang diri saya sudah cukup sempurna.
sedangkan tak mungkin walau berjuta tahun lamanya pun saya mencuba.
ruang untuk melakukan penghijrahan sentiasa ada.  asal saja kita mahu.
cuma saya perlu terus istiqamah walaupun ada masanya apabila saya yakin saya sudah berada di jalan yang lurus, saya masih lagi tersungkur di bahu jalan.
yang paling ingin saya lakukan ialah tidak lagi keluar bekerja.
saya ingin duduk di rumah menguruskan rumah tangga dan menjaga kebajikan suami saya.
semoga di satu hari yang indah peluang itu akan tiba juga.
Tapi biar perlahan mahupun berperingkat asal kita tidak menutup hati dan merasa diri ‘sudah sempurna’. Teruskan muhasabah diri, mencari hidayah dan ilmu untuk melengkapi kekurangan diri.
Dan janganlah pula kita ‘menjatuh’kan dosa dan menghukum mereka yang pada mereka yang ‘belum sempurna’ pada pandangan kita… tapi adalah menjadi tanggungjawab kita menyampaikan/menasihati dan mendoakan mereka… Kadang2 apa yang dinasihat hari ni, tak bermakna dapat mengubah seseorang tu on the spot sebab mungkin teguran hari ni akan difikir balik selepas beberapa hari, minggu, purnama, tahun, bla3… Dan janganlah pulak yang ditegur tu melenting dan mencari salah orang lain untuk menutup kesalahan sendiri.
HIJRAH itu bukan sekadar pada pakaian luaran kita sahaja tapi merangkumi IBADAT, AMAL dan merangkumi segala ASPEK KEHIDUPAN kita mengikut syariat yang telah dilandaskan. seperti biasa, saya ingin sangat tekankan, mulakan hijrahmu dengan SOLAT! yer SOLAT!!! benteng yg tidak boleh dipandang enteng! itulah tiang/asas/foundation untuk menjadi ummat Nabi Muhammad yang benar2 ingin mencari redha Allah.
Bukakan hati untuk terus mencari HIDAYAH dan jangan takut untuk memulakan HIJRAH walau dari sekecil-kecil hijrah kerana bila kita ikhlas ingin berubah hanya kerana ALLAH, DIA akan bantu kita… hadirkan insan2 yang akan membantu hijrah kita… kuatkan rasa mujahadah dalam diri kita untuk berperang nafsu sendiri. percayalah… dengan sedikit pengorbanan dan perubahan, kita akan merasa ‘sesuatu’ yg sangat berbaloi baloi iaitu kebahagiaan dunia akhirat.
Ya Allah tetapkan hati2 kami hanya untukMU…
AMIN…
# Dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi;
Nasihat hanya berkesan apabila pemberi nasihat tidak merasa lebih baik daripada yang dinasihati.
Tidak mungkin kesombongan dapat dicegah oleh satu kesombongan… sepertimana air najis tidak akan dapat menyucikan najis.
dan…
Apabila manusia sering mengecewakan kita untuk sama-sama melalui jalan Allah itu isyarat untuk kita perlu lebih serius memperbaiki diri dan hati dengan Allah…Insya-Allah, nanti manusia itu akan kembali semula bersama kita melalui jalanNYA…
semoga Allah merahmatimu AZLINA

5 thoughts on “Saya dan Hijrah

  1. I Luv you more sis…sblm bertudung..slps bertudung…sume amalan hanya Allah yg tau..hope I will follow u on bertudung…yerrrr niat dh Ada…insyaallah

  2. sama pon sama maca sis..teringin, suatu hari nnti..nak duduk rumah je. berkhidmat sepenuh masa utk Allah pastinya..dan keluarga.
    insyaAllah..moga dipermudahkan

Comments are closed.