Koleksi Bejeweled SimplySiti Yang Bling Bling…..

korang tau tak yang Simplysiti, jenama komestik, penjagaan kulit dan wangian milik Dato Siti Nurhaliza dah melancarkan satu lagi koleksi eksklusif kosmetiknya?
apa? tak tau?? haaa ni saya nak habaq mai la ni.
Koleksi eksklusif kosmetik edisi istimewa terbaru dari Simplysiti ialah Koleksi Bejeweled.
Pelancaran telah diadakan pada hari Selasa yang lepas bertempat di Hotel Berjaya Times Square.
dan saya merupakan antara yang bertuah dijemput ke sinun.
yeay!

: : saya hangkut jocko & encik z : :

:: rose, kakred, yours truly, kak maz : :
majlis pelancaran dimulakan dengan barisan 10 finalis pencarian bakat Star Search yang membawa masuk produk Bejeweled dengan elegan dan glamor menggayakan busana dari pereka baru Amelia Hassan.
majlis pelancaran dan berbuka puasa yang bertemakan ruby, sapphire dan kilauan berlian ni diacarakan oleh Sharifah Shahira serta menyaksikan kandungan menarik seperti persembahan dari Rabbani, Tazkirah dari Ustaz Asyraf Imam Muda dan semestinya persembahan istimewa dari Dato’ Siti Nurhaliza.
makan time!
ini antara yang saya makan untuk berbuka puasa.
salad, kerabu taugeh, kambing golek, kuih muih, wantan mee.
dan ada ABC yang sedap jugak!
dato’ siti bersama sebahagian dari finalis pencarian bakat Star Search.
Star Search ni bermula April lepas di mana dato’ siti mencari 3 bintang yang akan berlakon di dalam filem Mejar David Teo.
good luck la yer adik-adik sekelian!

: : ok majlis dah watamat. jom pulang! : :

: : doorgift : :

: : ada perfume simplysiti, bracelet simplysiti dan face mask pun of coz dari simplysiti : :
thank you puan seri dari simplysiti dan kak red dari redmummy.com (ewah perlu ke diperkenalkan lagi) for having me here.
it is a great pleasure for me. ewah kataku berbahasa inggeris.
Koleksi Bejeweled dirumus khas dengan Jewellery Powder yang terdiri daripada unsur permata Berlian, Delima dan Mutiara yang bermanfaat untuk kulit, hasilnya wajah yang lebih cerah, berseri dan cantik menawan.
Didatangkan khas dalam 2 koleksi iaitu Bejeweled Ruby & Bejeweled Sapphire.
Koleksi Bejeweled terdiri daripada Powder Foundation, Duo Blusher, Multi Eye Colour dan Lip Colour.
Sempena dengan pelancaran Koleksi Bejeweled ni, Dato Siti akan turun padang sepanjang bulan Ramadan hampir ke seluruh Malaysia untuk berjumpa dengan peminat, memberi paket & kad raya eksklusif Simplysiti kepada peminat yang terpilih.
Selain itu, peminat juga berpeluang menyertai pertandingan ‘Find that Diamond in You’ di mana Simplysiti telah bekerjasama dengan Habib Jewels untuk menghadiahkan kepada peminat bertuah set bernilai bernilai sehingga RM70ribu. wow!
macam mana nak join peraduan ‘Find that Diamond in You?’ beli Koleksi Bejeweled ni, pastu hantarkan slogan ‘Kecantikan saya terserlah dengan Bejeweled kerana…..’ dan harus menyebut Habib Jewels & Simplysiti dalam slogan ote?
Kalau nak tau bila Dato’ Siti akan berada kat tempat korang, boleh cek kat www.simplysiti.com.my atau Facebook Simplysiti/Siti Nurhaliza Tarudin Official atau nak lebih rasa dekat di hati, follow twitter dato’ siti @CTNurhaliza11
Produk Simplysiti boleh didapati di semua cawangan Watson’s, Guardian, cawangan Jusco, Carrefour dan Tesco terpilih, Sogo KL dan kedai konsep kiosk Simplysiti yang diiktiraf di seluruh negara. Hey… kat Paloma Brunei Darussalam pun produk Simplysiti ada tau!
Kalau pemalas piang nak keluar pi shopping mall, boleh je beli secara online kat store.simplysiti.com.my
Simplysiti merupakan jenama yang mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jakim jadi ibu ibu hakak hakak hadik hadik tak perlu was was ok?
Jom kita berbling bling dengan Koleksi Bejeweled di Hari Raya nanti!

9 thoughts on “Koleksi Bejeweled SimplySiti Yang Bling Bling…..

  1. Pingback: Siti’s The Bejeweled! | Pencinta Merah The Red Lover The Red Diva

Comments are closed.