Jangan Memanggil Dengan Panggilan Yang Buruk

tazkirah untuk hari ini.
happy reading anak-anak :-)

Menjadi kebiasaan bagi orang yang ingkar memanggil orang lain dengan panggilan yang buruk. Maksud sebenarnya dari kebiasaan itu tidak lain adalah untuk merendahkan orang lain dan membuktikan kehebatan dirinya sendiri. Panggilan buruk tersebut bisa diambil dari kekurangan fizikal ataupun kesalahan di masa lampau.

Orang-orang yang ingkar tidak akan melupakan kesalahan orang lain meskipun ia sudah bertaubat.

Akan tetapi, orang beriman berbeza dari mereka. Mereka selalu memaafkan dan menjaga persaudaraan di antara mereka. Itulah sebabnya, mereka tidak berbuat seperti itu. Lagi pula Allah telah memerintahkan,… Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggilmemanggil dengan gelar-gelar yang buruk…. (al-Hujuraat: 11)

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :

Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim “

Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta”ala menjelaskan kepada orang mukmin.

Pertama : Allah subhanahua ta”ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya.

Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda,” Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya”

Kedua : Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta”ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :

Maksudnya : ” Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji “

Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : ” Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam “

Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.

Ketiga : Allah ta”ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : ” Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya “. Firman Allah lagi yang bermaksud : ” Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah “

Allah ta”ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk.

Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat “”Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri ” iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan.”

makanya kalau kau tak suka seseorang tu janganlah sampai kau bagi gelaran yang tidak-tidak pada dia.
terutamanya zaman sekarang ni memanggil orang yang tidak kau suka dengan panggilan ‘anjing & babi’
tak kisahlah kau dah spell sebagai ‘hanjeng mahupun pinky pig’

dulu masa kecik-kecik ada kalangan budak-budak nakal panggil aku ayam.
ya, sebab nama aku diterbalikkan m a y a jadi a y a m.
mungkin bagi mereka ia adalah kelakar. tapi for me, it was not fun at all.

aku tau la nama aku tak sesedap tak sebest nama korang, tapi kurang kurang aku tau maksud nama aku.
ada setengah nama kemain indah tapi bila dicari maksud dalam islam, tiada. kosong.
atau lebih malang, maksudnya yang bukan bukan.

recently ada kawan lama add aku kat facebook. tegur kat fb chat dengan tiba tiba panggil oii ayam!
aku terus removed dia.
kau boleh kata aku emosi, sentap tak menentu, ntah hapa hapa or whatever you want to call me.
tapi aku ada pendirian.
kau tak respect aku therefore kau tak layak untuk jadi kawan aku.

so pada sesiapa yang memberi gelaran tak molek pada sesiapa, hentikanlah mulai hari ini.
yer, aku cakap pada diri aku sendiri jugak.
sebab bila dalam keadaan amarah, lancar je lidah tu nak memaki menghamun mengcarut.


: : sekadar gambar hiasan : :

apa ada pada wajah.. hanya sebuah ilusi..
apa ada pada nama.. hanya sebuah label diri..
apa ada pada diri.. hanya kekosongan yang jitu…

16 Comments

  1. watie

    yer..yer..sy pun setuju, nama dah elok2 diberikan….pastu pi panggil lak yg bukan2, bergurau pun ada masanya kan…

    p/s : sy perasan gak masa kat fb tuh, ada yg duk panggil ayam2 nih…apedaaaa, nama maya bukankah molek pi panggil ayam pulak… :-S

  2. klau marah sgt tu kadang2 xtertahan terkeluar jugak yg xelok..tp xleh diamalkan selalu. klau sesaja nak panggil yg xelok tu, mmg nahas la kan..

    • mya

      yang sengaja tu mmg kenot dimaafkan la..
      yang tak sengaja tu, tapi kemudian dia minta maaf bila tau kita tak senang, itu dimaafkan :)

  3. tengah berfikir dalam keadaan serba salah pernah tak aku panggil maya a**m sepanjang berkawanan dari kekecik dulu sampai ke besor ni … :-S

  4. pa'e faizah

    masa sekolah pernah juga digelar dgn nama binatang. terhiris Tuhan saja yg tahu..
    so tak boleh salahkan tuan punya diri kalau nak menyentap ke hape ke…sbb dh memang benda tu sensitif.
    kalaulah kau gelarkan umat manusia tu seumpama binatang..walau dlm bentuk ejaan yg bagaimana sekalipun…dah tu kau tu apa?!

  5. wlupon gmbor tu sekadar hiasan tp nk tnya gak lah..apakah yg menarik minat akak utk bgmbar dgn binatang tur?? heh..heh..heh..

    btw,setuju dgn akak mngelar seseorg dgn nama selain dr nama yg diberi mmg x baik.Penat2 mak ayah fikir nk bg nama ade jek yg pndai2 tuko tp zmn sklh dulu blh la dimaafkan,cumanya bwk smpai ke tua sapa pon mnyampah…mcm x blh nk berubah lak dr perangai lama

    • mya

      he he takde la sebab kenapa.
      tengah tengok2 encik z kata nak snap.
      so zass saja lah…

      mmg kesian dgn org macam ni.
      dia ingat cool lah kot panggil nama2 camtu konon melawak.
      tapi kalau kena kat dia. sentap tak?

Comments are closed.