XPDC ke Lata Luis, Taman Negara Sungai Relau – Part 6

perjalanan turun smooth walaupun kepenatanlah jua.
tapi tidak lah kepenatan macam naik kan.
ada jugak la stop kejap kejap.

: : tidur dalam iman : :

: : kena memanjat jugak : :
rasanya perjalanan turun lebih kurang 3 jam setengah camtu.
10 minit terakhir nak sampai hujan turun dengan renyai renyai dan kemudian melebat sikit.
sikit je la.
sib baik suamiku dah bekalkan ponco sesiap.
so marilah sarung dengan gembira.
yeyyy sudah sampai di kuala jeram!
yabeda beduuuu…
dah sampai kemain muka ceria kan.
bergambar lah dalam hujan.

: : good job normaya! *peluk diri sendiri : :

: : waa!! : :

: : ada lata bunian la. tatutnya titew : :

: : alolololooh comelnya suami saya buat mukaaa : :

: : pasangan laki bini yang dah berjaya trekking ke kem lata luis. korang laki bini ada??? : :
masuk kat tempat perteduhan, nampak ada message dari paktih lan.
ok paktih, kami tungguuuu.

: : stokin berdarah??? : :

: : hetchu pacat! : :
saya kena gigit pacat dalam hmmm… 3 ekor kot?
tak de la banyak sangat compare pegi hutan belum dulu.
alah bisa tegal biasa.
pacat je kott.. cey cey cey..
tapi yang saya geram sekor tu gigit kat belakang badan saya.
berdekatan dengan punggung.
gila seks sangat kan kau pacat. pffftt…
sementara tunggu paktih sampai, kitorang gi tengok ikan kelah!
yup kat kuala jeram ni merupakan tempat hidupnya ikan kelah yang beratus ratus ekor banyaknya.
tak boleh ditangkap yer anak-anak.
sapa yang tangkap hmmm.. akan ditangkap? heh.

: : tempat ikan kelah buat sarkis. ok tak kelakar : :
pastu turun ke dalam sungai.
haaaa kat sini boleh tengok kelah dengan lebih dekat.
dan siap boleh pegang, bermesra dan bermanja lagi.
tak caya? percayalah…

: : gigih menanti : :

: : tapi saya plak ketakutan : :

: : nok berjaya menangkap seekor ikan kelah untuk dipose pose : :

: : sian encik z tak dapat : :

: : saya jadi photographer je lah : :

: : banyak gila plisss : :
saya ketakutan bukan apa tau sebab kelah cam dah banyak gila.
pastu semua main langgar redah je kaki saya ni ha.
geli kot. pastu takut gak kalau dia menggigit ke hapa.
sekejapan je saya dalam air pastu saya cabut naik.

: : abang bo melakukan sexual harrasment terhadap kelah : :
orang lain punyalah susah nak tangkap kelah ni.
tapi paktih relax je.
saya syak dia boleh cakap bahasa ikan.

: : lawa!!! : :
ikan kelah ni kalau dijual seekor boleh mencecah harga beratus ratus ringgit tau.
dan dengar katanya isi ikan ni memang sedap.
saya tak pernah rasa so tak boleh nak bagi komen.
bila paktih sampai kami pun dijamu dengan nasi dan lauk pauk ini.
baru turun dari trekking.
mandi sungai. kepenatan. kehujanan.
memang kelaparan.
lalu makan dan kesedapan.