Perth : Busselton Jetty & Busselton Central

Dalam perjalanan balik sempat singgah kat tepi jalan ni sebab diorang nak collect daun Maple.
Sebab Autumn kan jadi lawa la daun-daun ni berguguran semua.
Bergambar la seround. Pening gamaknya diorang layan saya nak bergambar kain terbang la, tudung terbang la, taknak pandang kamera la hehe.
Maceh korang.

Kami meneruskan perjalanan ke Busselton Jetty yang mengambil masa 1 jam setengah.
Busselton Jetty merupakan jeti kayu yang terpanjang di dunia.
Panjangnya lebih kurang 2km menghala ke arah lautan dari bandar Busselton, Western Australia.
Terpanjang di dunia ok. Don’t play play.


: : Beli tiket dulu. Kalau nak jalan kaki je bayaran lagi murah. Kalau nak naik train bayarannya AUD 11 (Return Jetty Train Journey) : :

Ada option nak naik train comel ni ataupun nak jalan kaki je.
Tapi nak menapak 2km?? Korang rasa? Kuasa la kan hihi.
Ada je orang yang rajin jalan. Ikut masing-masing la.

Bestttt sangat naik train ni. Bunyi train chooo chooo.
Pastu angin kuat gila. Sejukkkk.
Terbang-terbang haa tudung itik saya tu.
Eh memang seronok ah. Walaupun semua tak mandi tapi tetap menten wangi happy happy.


: : Air laut berkocak kocak berombak ombak : :


: :  Ni dah sampai penghujung jeti : :

Kat penghujung jeti ni ada masa dalam 15 minit nak bergambar dan enjoy the view.
Kalau terlepas 15 minit tu nanti terlepas train kena tunggu another 1/2 jam pulak.
So kami bergambar apa lebih kurang, terus patah balik naik train yang sama.



: : Ni dalam kedai souvenir. Singgah toilet sat : :


: : Orang sibuk beli Souvenir Gold Coins ni, saya pun sibuk beli sama walhal tah nak buat apa taktau la : :

Angin kuatttt.
Saya dah la pakai tudung itik licin kan.
Dalam tu pulak saya pakai serkup anak tudung sekolah-sekolah tu.
Memang asyik ke belakangggg je la.
Sib baik la tak lucut terus.


: : Lepas snap gambar ni tengok tengok serkup saya tu dah separuh kepala dah. Adoi laaa. Terus dalam van cabut semua pakai balik semula. Tu la nak feeling Vivy lagi kan. Hiks : :


: : Singgah kat Avis ni sebab nak tanya kenapa wifi kereta tak function. Tapi mat salleh ni tak dapat bantu pun. Kena cek kat tempat mana kita collect kereta. Ajerrr takkan nak pergi airport pulak. Haishh : :

: : Tapi mat salleh kat situ baik hati bagi kitorang pinjam microwave nak panaskan bihun. Macehh Amy tolong panaskan untuk semorang : :

: : Makan bihun panas-panas di dalam kesejukan. Haa masa ni hujan rintik rintik : :

Singgah Busselton Central nak solat.
Autumn ni cepat gelap. Dalam pukul 6 dah nak maghrib dah.
Kedai pun tutup awal.

Selesai semua, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan untuk malam ini.
Augusta Escape – Self Contained Accomodation.