Mesir Day 5 : Citadel of Qaitbay

The Citadel of Qaitbay (atau Kota Qaitbay) adalah sebuah kubu pertahanan abad ke-15 yang terletak di pantai laut Mediterranean, di Alexandria, Mesir.
Ia telah dibina pada tahun 1477 AD (882 AH) oleh Sultan Al-Ashraf Sayf al-Din Qa’it Bay.
The Citadel terletak di sebelah timur bahagian utara Pharos Island di muara Pelabuhan Timur.

The Citadel Qaitbay di Alexandria adalah dianggap sebagai salah satu kubu pertahanan yang paling penting, bukan sahaja di Mesir, tetapi juga di sepanjang pantai Laut Mediterranean.
Ia dirumuskan satu bahagian penting dalam sistem benteng Iskandariah pada abad ke-15.

The Citadel terletak di pintu masuk pelabuhan timur mengadap timur Pulau Pharos. Ia didirikan di atas tapak yang sama dengan Lighthouse of Alexandria, yang merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Purba (7 Wonders of the Ancient World).
Ini bermakna saya telah melihat sendiri 2 dari 7 Keajaiban Dunia Purba iaitu The Great Pyramid of Giza dan Lighthouse of Alexandria.
Alhamdulillah.


: : Bayaran masuk : :


: : Mamat kiri tu potong q. Saboo je lahh : :

Masa nampak dari jauh terus terjerit saya.
Nampak macam mainan pun yer.
Macam mainan kecik yang budak-budak warnakan.
So comel!
Cer korang bayangkan kalau diwarnakan warna warni mesti boleh jadi istana macam dalam kartun tu.

: : Senibina mengagumkan. Langit pun memberi kerjasama. Cerah dan cantik : :


: : Ni dari sebelah tepi : :


: : Ke arah Mosque of Citadel : :


: : Jom naik ke Main Tower : :


: : Boleh tengok view laut cantik dari atas : :

: : Ha ni replikanya. Boleh tengok keseluruhan Citadel of Qaitbay. Comel. Geram je nak pegi kaler kan haha : :

Both Encik Z dengan saya memang suka tempat-tempat macam ni, so memang kitorang ambik own sweet time nak explore Citadel of Qaitbay ni.
Tu yang seronok bila jalan tak terikat dengan travel agent.

Masa tengah pusing-pusing jalan kan, tetiba saya dengar bunyi  bacaan ayat suci Al-Quran.
Merdu gila! Memula saya ingatkan mungkin bacaan dari masjid terdekat, atau maybe dari radio ke.
Sekali terpandang tepi ada sorang Pakcik Arab duduk sambil mengaji.
Tapi mengaji yang takde tengok Al-Quran ke apa.
Macam kita duduk saja-saja menyanyi. Haa gitu lah.
Merdu sangat sangat sangat suaranya. Terkesima saya.
Ada saya rakam video, nanti saya share k?



Sweater Encik Z tu saya pun ada sama sebijik warna maroon gak.
Kitorang beli kat Kok Kong Winter Wear.
Actually saya pakai gak sweater tu dalam coat kelabu tu.
Coat kelabu tu saya pinjam Ernie punya hehe.

Selesai belah dalam, kami naik belah atas pulak.
Menikmati pemandangan Laut Mediterranean yang terbentang luas, dengan cuaca dingin dan angin sepoi-sepoi bahasa.




: : Korang tengok Fadzil kat belakang tu. Memula saya ingat budak Arab mana lah, rupanya dia : :


: : Fadzil. Tour guide yang sangatlah best kepala ting tong : :

Kesimpulannya, kalau ke Alexandria, Citadel of Qaitbay ni adalah tempat yang wajib dilawati.