Mesir Day 3 : The Pyramid

IMG_0478
: : Dedua muka terperanjat dah kenapa hehe : :

Nur Imaan Shah ni memang behave betul.
Pepagi Ernie bersiap nak pergi kerja, dia tergolek golek kat depan senyap tak berbunyi.
Tergolek la sorang sorang buat hal sendiri.
Tu yang bila saya atau Encik Z keluar kat depan kitorang la dok melayan ia.

IMG_0480
: : Jalan sesak. Kat Kaherah ni tak pernah nya tak sesak : :

Cerita pasal kesesakan ni kan, bersiap sedia je la telinga tu.
Memang hon hon pin pon pin pon tak henti. Urut dada saya tengok ha semua pun membabi buta keluar simpang, masuk simpang.
Tapi yang peliknya tidak la pulak nak accident ke apa.
Pastu takde la pulak yang marah ke apa bila kena hon sebab dah sendiri pun hon orang kan.

Fadzil cerita, Kat sini kalau gaduh macam mana pun kan kak, depa takkan tumbuk tau.
Depa gaduh mulut je. Pong pang pong pang mulut je. Tangan kaki memang tak naik.
Wah yeke. Kenapa ek?
Sebab dulu dulu dulu ada kisah yang mengatakan orang Arab bergaduh, pastu kena lempang.
Orang tu mati.
Tu yang depa takut, makanya kalau gaduh, gaduh mulut je.
Wallahualam kebenarannya. Fadzil cerita pun sambil gelak-gelak.
Kalau dia membongak saya, makna saya membongak korang la haha.

Tapi dengar orang Arab bergaduh memang takut plus kelakar jugak.
Gaduh bahasa Arab, cakap laju pulak tu. Hehe.

IMG_0482
: : Inilah tujuan kami hari ini. The Pyramid : :

Teringat ceramah sorang ustaz ni.
‘Orang kalau pergi Mesir mesti nak pergi Piramid. Eh tak sabar lah nak tengok Piramid.
Eh nanti nak bergambar la kat Piramid. Kita ni orang Islam. Patutnya excited nak pegi tengok makam Nabi, masjid, sejarah Islam. Ini Piramid yang dikejarnya. Kubur Firaun tau tak tu’

Hehe. Bawak bertenang ustaz. I pergi Piramid dulu.
Nanti i pergi makam Nabi dengan masjid k. 😀

Sejarah Piramid dan Firaun ni rasanya tak perlulah saya ceritakan lagi.
Boleh dikatakan ramai memang dah tau pun kan.
Dan kalau nak diceritakan dengan terperinci kisah Piramid, Firaun dan Nabi Musa, rasanya terlalu complicated.
Even pakar sejarah pun tak dapat nak membuktikan kesahihan sebenar tentang kisah Firaun dan Piramid ni.
Tapi kisah Nabi Musa membelah lautan untuk melarikan diri dari Firaun masih segar dalam ingatan saya sebab masa saya kecil dulu arwah abah pernah beli video tape kisah ini.
Tajuknya The 10 Commandments.

IMG_0483
: : Masa kami sampai ni tak ramai orang kat kaunter tiket : :

IMG_0484
: : Bayaran masuk : :

IMG_0485
: : 80 L.E bersamaan lebih kurang RM38 : :

IMG_0488
: : Kawasan Piramid ni luas. So siapa nak boleh naik kereta kuda. Tapi Fadzil kata banyak sangat kes kena tipu. Memula cakap harga lain, sampai hujung harga lain huhu : :

IMG_0490

IMG_0492
: : Tu diaa sayuppp puncak Piramid : :

IMG_0493
: : Sampai kuyu mata Normaya dibuatnya : :

Janganlah buang masa lagi.
Ayuhlah kita mula memanjat batu-batuan Piramid ini.

IMG_0494
: : View ke bawah : :

IMG_0496
: : View sebelah kiri : :

IMG_0497
: : Panorama : :

GOPR0045
: : Yang ada polis jaga tu lah pintu nak masuk ke dalam : :

GOPR0047

IMG_0503
: : Amboi laki siapa yang kacak sangat kat atas nun : :

IMG_0504
: : Ni macam terusan/pelabuhan. Fadzil kata dulu-dulu macam ada kapal berlabuh kat sini : :

Selain Piramid yang besar tu, ada jugak piramid kecik-kecik kat sekeliling.
Piramid kecik-kecik ni merupakan makam anak dan isteri Firaun.

613px-giza_pyramid_complex_map-svg
Kalau nak masuk ke dalam / ke bawah Piramid utama iaitu Pyramid of Khufu ada kena bayaran tambahan lain.
So kitorang tak masuk lah yang tu.
Saya dan Encik Z masuk makam yang kecik kat tepi tu saja.
Tapi tak pasti pulak makam siapa huhu.

IMG_0516
: : Pintu turun ke makam kecil : :

IMG_0507
: : Kena turun tangga sempit dan curam : :

down
: : Semakin kebawah semakin gelap : :

GOPR0050
: : Bergambarlah sekeping di dalam makam ini : :

Turun pun hazab, nak panjat naik apatah lagi.
Masa nak naik tu ada la pulak grup yang nak turun.
Pak Arab yang jaga tu dok ‘Ya Aulah, ya Aulah’
Encik Z kata cecara tu macam suruh saya cepat sikit.
Sabau boleh tak, mengah tau I nak panjat naik ni pfftt.

Lepas tu kita naik unta!
Pak Arab unta ni geng Fadzil. So boleh kautim harga.
Fadzil kata bab naik unta ni pun ramai gak yang kena tipu.
Haihh menipu sesaja la korang ni.

Seriauuuuu naik unta ni! Ni first time saya naik unta.
Masa unta tu duduk ok la lagi, bila dia dah diri mak aiii sayuppp saya pandang ke bawah.
Pastu bila dia dah start jalan, macam tak stabil, kalau saya tak pegang kuat pemegang tu, mau saya tercampak kot.
Saya cam bunyi-bunyi ketakutan la, pastu kena marah dengan Pak Arab tu.
Eieiei APTB tau! I takut laaaa.

img_0521

camel
: : First and last la saya naik unta ni : :

camel1
: : Tengok gambar last tu. Unta tu nak duduk terboleng boleng dibuatnya : :

IMG_0536
: : Pandai unta tengok kamera : :

GOPR0049
: : Cantik gambar ni : :

GOPR0052
: : Kira ni dari bahagian sisi Pyramid Khufu : :

GOPR0053

IMG_0714

 

Seterusnya Fadzil kata nak bawak dekat satu tempat yang boleh nampak view 3 piramid sekaligus.
Tak boleh menapak, so ayuhlah kita naik kereta.

2 thoughts on “Mesir Day 3 : The Pyramid

  1. Tak seram ke masuk kat bawah tu Maya? Kita yg nengok ni pulak yg takut… huhuhu. Badan kita sensitip dengan tempat2 gini. Nanti balik, mesti sakit2 badan.

    • seram gak tapi buat2 berani je.
      ye ke. saya pun sebenarnya macam cuak kalau masuk tempat2 ceni sebab biasa malam mesti mimpi bukan2.
      tapi alhamdulillah la takde apa2 jadi lepas blk

Comments are closed.