Hot Ramen!

Orang lain dah lama makan Ramen ni, saya baru la hegeh-hegeh nak cuba ha.
Ni pun bukan beli sendiri, pau Yaya punya hehe.
Masa balik Taiping hari tu dia cerita and kebetulan ada 1 balance.
Saya pun bawak la balik KL.

Lalu di satu malam yang permai, ajak la Encik Z sesama berjemaah makan.
Dengar semua orang pun kata pedas kemain kan.
Hoihh memang pedas pun! Terbakor bibir.
Saya yang kengkonon kuat pedas ni pun tak tahan.

Encik Z 2, 3 suap dah tak boleh pegi dah.
Terus dia pegi masak maggie Asam Laksa.

Saya try jugak la sumbat-sumbat, sampai habis 1 botol air kelapa saya glup glupp kan.
Tak boleh jadi ni. Kena improvise sikit.
Saya gi dapur potong bawang kecik dengan bawang putih.
Panaskan minyak, campak balik Ramen ni dalam kuali, pecah telur dan campur sikit kuah maggie Asam Laksa.
Barulah tak pedas sangat dan boleh telan.

Kalau nak repeat lagi rasanya tak la kot huhu..

One thought on “Hot Ramen!

Comments are closed.