Macau : Malam Terakhir

Malam ni plan nak jalan belah belah depan yang ada kasino besar dan famous di Macau ini.
Tapi sebelum tu repeat balik ke Arabian Kebab sebab nak makan kebab ler apa lagi.
Tadi masa kat Macau Fisherman’s Wharf tak rasa lapar sangat lagi kan.


: : Masy tolong belikan. I is duduk cop kerusi : :


: : Hujan boleh tahan lebat, so berpayunglah kita : :


: : Makan sama je macam hari tu. Beef Kebab MOP35 : :

Lepas makan si Masy ngiyau ngiyau nak aiskrim hitam Mcd.
Katanya nampak ada orang makan. So ke Mcd lah kita. Tapi tempat yang kitorang beli ni just untuk beli aiskrim take away je.
Makanya beli kat sini, pastu pergi restoran yang boleh dine in.
Dekat je pun jaraknya.


Saya beli yang sundae, Masy beli yang cone.
Nama hidangan ini ialah Black Sesame.
Nak kata lazat sangat tu tidaklah, nak kata tak lazat sangat, boleh lah diterima dek anak tekak.
Hujan hujan sesejuk makan aiskrim kannn.


Lepas tu menapak lah ke area kasino yang terbesar terfamous ni ha.
Dekat je dengan hotel kami.
Masa ni pun hujan gerimis sebenarnya, tapi redah je la bergambar.
Layan jugak la tengok lampu lampu kelip kelip ni semua.
Bangunan kasino ni pun unik bulat bulat comel gitu.

: : Ayuh pulang ke bilik : :

Sampai bilik acara packing mempacking dimulakan.
Korang tau la saya kan bawak 2 helai winter coat tu.
Winter coat tu nak pack kena letak dalam plastik yang kena keluarkan angin tu.
Huwaaa tak retiii. Penat try tak jadi.
Lalu paksa la Masy packing kan.
Sampai dia berbaring tergolek golek atas plastik tu haaa.
Sian ia. Harap dia tak serik lagi dah nak pi jalan jalan tempat sejuk dengan saya.
Sebab wajib wajib la memang dia kena tolong pack kan winter coat saya nanti huhu.

4 thoughts on “Macau : Malam Terakhir

  1. Hahaha… nak pack winter jacket memang kena penyek2, tido2 atas beg tu. Kalau tak, memang susah nak kempis. Bayangkan I nak kena pack untuk 4 orang! Lepas pack, mengah rasa…hahaha

Comments are closed.