Lombok : Ombak Sunset Hotel

Masa saya memulakan pencarian google tentang tempat tempat kat Lombok ni kan, mula mula saya ingat nak ambik pakej je.
Tapi bila tengok pakej semua pun melawat perkampungan lah, melawat tempat buat silver lah.
Rasa macam eh kuasa la kan.
Pegi pulau mesti la nak menikmati keindahan pulau dan bersantai santaian.

So decide ah free and easy sudah lah.
Proses pencarian bermula dengan mencari hotel yang bersesuaian.
Baca punya baca, ramai kata tak perlu stay kat Lombok itself.
Sebab kalau kat Lombok, pantai yang cantik dan biasa orang pegi ialah Senggigi je.

Ramai yang suggest untuk ke Gili Trawangan. Lepak dan spend masa kat situ je.
Gili Trawangan ni salah satu pulau yang terdapat di Lombok.
Walaupun Lombok tu sendiri ialah pulau. Tapi ada pulau kecil lain yang jauh lebih cantik dari Pulau Lombok.
Lalu terjumpalah dengan Ombak Sunset Hotel.
Yang buat saya tertarik sangat sebab ada buaian atau orang Indonesia panggil ayunan dalam laut tu.
Memang lawa sangat view sunset di belakangnya.

Google lah pulak jarak dari Lombok International Airport (LIA) ke Gili Trawangan.
Wow! Pening kejap.
Mau tak nya. Dari LIA kena naik kenderaan ke jeti yang saya mention kat entry sebelum ni.
Jeti Teluk Kodek. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam.
Dari Jeti Teluk Kodek kena naik speed boat atau slow boat untuk ke Jeti Gili Trawangan.
Naik speed boat dengan 10 minit perjalanan.
Kalau naik slow boat dalam 45 minit.

Dari Jeti Gili Trawangan kena naik kereta kuda atau dipanggil cidomo oleh warga tempatan untuk ke Hotel Ombak Sunset.
Perjalanan ambil masa another 25 minutes.
Fuhh.. lap peluh sekejap. Jauh nau nau nak sampai Gili Trawangan ni.
Tapi saya yakin. View nya mesti indah ni.

So saya pun book lah terus Ombak Sunset Hotel via booking.com.
Lepas booking tu saya terus hantar email pada Ombak Sunset Hotel tanya kan tentang airport transfer.
Diorang ada provide airport transfer dengan bayaran RP2,400,000.
Maksudnya dari LIA sampai ke Ombak Sunset Hotel ditanggung beres.
Tak payah runsing nak fikir kereta ke, speed boat ke, cidomo ke.
Dah la sebelum pergi ni saya ada baca kes pelancong Malaysia kena tipu kat Lombok sampai melibatkan polis bagai huhu.
Pilihan di tangan anda lah. Nak murah dan bersusah sikit.
Atau bayar mahal tapi mendapat ketenangan minda.

Sekarang jom tengok gambar gambar Ombak Sunset Hotel.
Saya bayar RP2,250,000 untuk 3 hari 2 malam.
Dan saya pilih Deluxe Terrace.
Bilik kitorang nunnnnn jauh di belakang sana.
Tapi sokayyy la menapak pepelan sambil menikmati pemandangan gitu.



: : Sudah sampai : :


: : Welcome fruits : :


: : Kopi, teh dan air mineral. Kettle pun ada : :


: : Payung disediakan : :


: : Bilik : :


: : Katil. Tilam ok la.. Tapi tak seempuk yang kat Avani tu : :


: : TV, meja tulis & rak : :


: : Kalau bawak banyak duit boleh simpan di sini : :


: : Penyembur nyamuk dan ubat nyamuk elektrik juga disediakan : :


: : Toilet : :


: : Shower. OK tangga tu bukan untuk dihulurkan pada yang lemas. Tapi untuk sangkut towel k. Kah kah : :


: : Syampoo, conditioner dan shower gel disimpan di dalam bekas ini : :


: : Sinki : :


: : Toiletries : :


: : Toilet nya jenis open cenggini. Huwaaa… : :

Masa memula tengok toiletnya kan, terus cam aaaaaaaaaa.
Dah la bilik kitorang ni memang belakang sekali.
Kira belakang tu tembok batu, dan kat belah sana tu dah tanah orang lain la.

Nak tak nak every time nak kencing berak terpaksa la ajak Encik Z teman.
Pasrah je la member dok merokok kat belah shower tu hehe.
Mana la saya nak tau jenis toilet open ceni huhuhu.


: : Tetiba ada 3 missed call. Misteri tak? Hehe : :

Takde la. Masa ni staff kat Reception call sebab nak confirmkan timing saya nak ke Jeti.
Sebenarnya saya nak tunjuk waktu tu.
Rasanya ramai je pun tau kan waktu Indonesia lewat sejam dari Malaysia.
Tapi kat Lombok ni kan, waktu nya sama dengan Malaysia.
Saya dah nak adjust adjust dah timing, tapi bila tengok kat phone ni, compare dengan dekat jam tangan, eh sama je?
Lepas tu tanya kat Supir Bogo tu, dia confirmkan aah waktu kat Lombok ni sama macam kat Malaysia.
Aneh bukan?

 

Kalau tanya saya ok ke Ombak Sunset Hotel ni?
Bagi saya macam biasa biasa je kot? Takde la faktor wow sangat.
Tapi yang membuatkan ia jadi special sebab buaian/ayunan tu lah.
Next entry saya bawak korang pegi tengok k.

6 thoughts on “Lombok : Ombak Sunset Hotel

  1. survey jugak hotel ni tapi boleh tahan membunuh jugak..huhu.
    last2 Koko kata..taknak la pi Lombok. hahaha ok selamat

  2. Masa along pi Lombok duk luar dari Gili Terawangan..nak buat cane dah mmg tavel agent bookkan hotel luar…erm..rasa nak repeat tp macam malas plak…

    • kalau guna travel agent mmg depa dah pilih sesiap hotel kan..
      gi lombok ni boleh je kalau nak buat arrangement sendiri..

Comments are closed.