Sanah Helwah Ya Puan Normah!

20 Mac 2016 hari tu hari lahir Mama yang ke 61 tahun.
Cepatnya rasa berlalu.
Macam baru je lagi pegi Pulau Pinang tahun 2014 & Kurau Stone Fishing & Highland Stay tahun 2015 jalan jalan sempena birthday Mama.

Kali ni tak jalan ke mana. Sebab kekangan masa.
So celebrate biasa biasa je. Kaklong & Adil pun tak dapat balik.
Tu pun masa saya tanya Mama nak makan kat mana sempena birthday, Mama lupa kata esoknya tu birthday ia.


: : Akhirnya Mama setuju nak makan di The Gate Cafe. Tahun lepas pun kat sini jugak. Sebab sini food best dan harga pun berpatutan : :


: : Disebalik cermin : :


: : Saya teringin Char Kuey Teow, Encik Z makan Cheese Burger, Yaya nak Spaghetti Aglio Olio, Mama pulak makan Mee Soup : :


: : Kih kih kih : :

Saya dah pakat dengan adik adik The Gate Cafe ni mintak diorang bawakkan kek naik atas.
Tapi tak sangka la pulak siap nyanyi nyanyi lagu birthday bagai.
Ada saya letak kat instagram saya video nya. Pegi tengok kat @normaya11 sana k.
TQ adik adik The Gate Cafe! Korang memang ohsem!


: : Budak budak ni pun nyanyi Happy Birthday to Opah. Hehe. Tapi semua pun memang pangkat anak/cucu. Panggil Opah je la senang kan : :

: : Yaya jangan lupa jasa Opah tau. Banyak jasa Opah pada kita berdua : :


: : Tak sempat nak belikan hadiah untuk Mama. So bagi cash sudah. Boleh Mama beli apa dia nak.
Yaya, Opah beli apa? : :


: : Untungla 7,777 likes hehe : :


: : Murah je kan? Lagi murah dari makan kat The Chicken Rice Shop tu huhu : :

Usai makan, kami pegi jalan jalan kat Dataran Warisan Taiping depan MPT Taiping.
First time saya sampai sini.
Meriah la orang dok main roller blade bagai.
Pastu ada jual jualan ala ala Downtown gitu.
OK la ada tempat untuk warga Taiping bersantai santai di malam minggu.



: : Tetiba masuk whatsapp dari Mama Yana. Maamar pun nak wish Happy Birthday pada Opah : :

Selamat Hari Lahir Yang ke 61 Tahun Mama.
Semoga Mama panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi tubuh badan yang sihat, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Sentiasa dalam redha dan rahmat Allah SWT.

Kakngah, Mi &  Yaya sayang sangat dengan Mama.
Terima kasih di atas segala galanya…..