Yogyakarta : Gunung Merapi

Untuk pakej ke Merapi Lava Tour ni saya bayar RP450,000 untuk transportation, RP350,000 untuk jeep dan RP175,000 untuk guide.
So total RP975,000 kesemuanya. Dalam RM300 jugaklah.
Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam dengan jarak 40 km.

Driver bernama Aham. Guide bernama Tatang.
Dedua pun baik je.  Guide tu share la sejarah dan kisah letupan Gunung Merapi.

Oh sedikit info tentang Gunung Merapi.
Gunung Merapi berketinggian 2.930 meter adalah gunung berapi di bahagian tengah Pulau Jawa dan merupakan gunung api teraktif di Indonesia dengan jumlah letusan sebanyak 69 kali sejak tahun 1548.
Kali terakhir meletus ialah pada tahun 2010 dan mengorbankan lebih kurang 150 nyawa.
Mereka maut akibat terbakar dan kegagalan pernafasan yang disebabkan abu panas.
Kepulan abu gunung berapi ini turut menyebabkan gangguan besar terhadap penerbangan di seluruh Jawa.

: : Nak pergi ke arah Gunung Merapi kena naik jeep ini. Parking van kat rumah seorang warga tempatan bernama Andy dan meneruskan perjalanan naik jeep. Kira Tatang & Andy ni lah yang berkongsi cerita tentang Gunung Merapi pada saya dan Encik Z : :

: : Kiri kanan ni merupakan perumahan yang dibina oleh kerajaan Indonesia untuk mereka mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat letusan Gunung Merapi pada tahun 2010.  Kelihatan dari jauh puncak Gunung Merapi : :

: : Pakailah helmet untuk keselamatan diri. Walaupun senget benget, tetaplah kena pakai yer anak anak. Baju putih tu Tatang, yang tengah tu Andy. Dan yang baju biru muda tu driver jeep ini. Lupa dah nama ia : :

: : Saya duduk sebelah driver. Dah macam Minion Banananananana pulak saya dengan Encik Z haaa : :

: : Garis Depan Merapi : :

DSC_0315 : : Akhirnya sampai di satu kawasan lapang yang menyaksikan lahar Gunung Merapi mengalir di sini. Tengkorak dan tulang binatang ni semua yang betul punya tau huhu : :

DSC_0319 : : Lahar Gunung Merapi dari atas sana mengalir ke bawah : :

DSC_0320 : : Mengakibatkan kawasan ini terus kontang : :

: : Dipagarkan dengan buluh. Jangan langkah ya, takut nanti tergolek jatuh ke bawah : :

: : Batu berbentuk muka orang dari sisi. Dipanggil Batu Alien oleh penduduk tempatan : :

: : Batu berbentuk muka orang dari depan. Nampak kan mata,  hidung dan mulut tu? : :

DSC_0323 : : Macam manalah keadaannya waktu lahar mengalir di sini dulu : :

DSC_0324: : Kawasan ni namanya Dusun Jambu. Lepas letusan Gunung Merapi dah takde orang tinggal kat sini. Cuma ada kedai kedai yang jual souvenir dibuka : :

: : Jangan risau nak naik jeep ni sebab ada diasuransi kan. Asuransi tu insurans yer anak anak. Sebabnya memang melompat lompat kau atas jeep ni. Laluan batu berlekuk dengan lubang sana sini memang kena banyak mengucap. Jangan lupa pegang kuat kuat dikhuatiri terpelanting : :

Seterusnya nak pergi tengok Bunker.
Dan pergi ke arah view Gunung Merapi yang paling dekat.

DSC_0325 : : Ada rombongan Cik Kiah di sana. Rerupa tengok eh eh rombongan orang Malaysia : :

DSC_0333 : : Bunker sebelum dan selepas letusan Gunung Merapi : :

DSC_0326 : : Memasuki ruangan Bangker atau Bunker : :

Ada cerita tau tentang Bangker ni. Korang nak tau ke idok?
Kalau nak tau, saya story kan. Kalau taknak tau, saya storykan jugak hehe.

Bunker ni tempat untuk berlindung sewaktu lahar panas turun.
Tetapi malangnya semasa peristiwa letusan Gunung Merapi pada tahun 2010, 2 orang sukarelawan yang bernama Warjono dan Dudarwanto telah terkorban di dalam bunker ini sewaktu mereka berlindung dari awan panas.
Dan mengikut cerita penduduk tempatan, kadangkala di waktu senja kedengaran suara orang menangis dari dalam bunker ni. Huhu…

DSC_0327

DSC_0328: : Seorang daripada mereka dijumpai di sini : :

DSC_0329: : Sorang lagi dijumpai dalam tandas belakang saya tu. Dikatakan dia duduk dalam bath tub, berendam dengan air tapi malangnya air tak berjaya melawan awan panas besar ketika itu.  Selain awan panas, ia juga memuntahkan material berupa pasir dan bebatuan panas yang akhirnya menutupi kawasan Kaliadem ini yang dulunya terhampar hijau : :

DSC_0330: : Begini teruk pintu bunker jadinya. Dikatakan suhu tinggi mencecah 200 darjah celsius : :

Dengan jarak pandangan sekitar 3 km, saya akhirnya berdiri di depan dan dapat melihat sendiri Gunung Merapi ini.
Gunung yang masih mengeluarkan asap sulfatara yang tak pernah berhenti berasap dan berkepul dari kawahnya.
Yup, Gunung Merapi ini masih aktif.
Tak takut ke Normaya? Tipulah kalau kata takde rasa seram sejuk.
Kalau tiba tiba meletus memang takde arah dah nak selamatkan diri huhu.
Tapi jangan risau, kerana kerajaan Indonesia telah mengambil langkah berjaga jaga.
Nanti saya share kat next entry.

DSC_0332: : Berlatarbelakangkan Gunung Merapi : :

: : Puncak tidak kelihatan kerana dilitupi awan : :

DSC_0334: : Kalau lapar dahaga boleh singgah beli di kedai kedai ini : :

: : Tumpang posing hehe : :

: : Masih ada jeep yang baru sampai walaupun jam sudah menginjak ke 5 petang : :

5 thoughts on “Yogyakarta : Gunung Merapi

    • mungkin orang pun tak sangka camtu sekali awan panas tu kot..
      maybe sesebelum ni tahan, kali ni yang teruk huhu

Comments are closed.