6 Tahun – Suka Sucre Bistro

Alang alang ada di sekitar Cheras, so cari kedai makan sekitar sini jugak lah.
Teringat restoran Dato Fazley. Ke sana lah kita.

: : Dekorasi di dalam restoran : :

IMG-20151208-WA0002: : Lagi deko. Merah hitam. Sama pulak dengan tema kami sekeluarga di hari kejadian : :

: : Menu drinks : :

: : Menu food : :

: : All Day Brunch Special : :

IMG-20151207-WA0012 : : Food of the day gamaknya : :

Sementara nunggu food sampai, bergambarlah dulu sepam dua.
Tapi dekorasi kat sini memang cantik.
Dan suasana sesuai untuk lepak lepak santai pekena kek dan mengopi di petang petang hari.

IMG-20151207-WA0007 : : Gaya duduk tu macam anak orang ada ada.  Walhal omaknya kayap : :

IMG-20151208-WA0004: : If You Can’t Say Anything Nice, Say It In French. OK deep deep sangat ni. I tak faham. Mungkin kena refer dengan KokPing. Hiks : :

: : Gituu Yaya merenung Dato Fazley : :

IMG-20151207-WA0013 : : English style lah kan gini dekorasinya? : :

: : Encik Z order Assorted Teas RM7 : :

: : Yaya order Apple Vanilla Green Tea RM13. Saya order air masak je. Konon jaga kesihatan. Walhal jaga poket kah! : :

: : Saya punya. Pasta Daging Salai Lemak Cili Api RM25.90. Sedap : :

: : Encik Z punya. Pasta Ratatouille RM25.90 : :

: : Yaya punya. Nasi Lemak Tumis Sambal Udang Petai RM19.90. Tapi saya tak nampak pulak kelibat petai di situ. Mungkin diblend sekali? Licin Yaya makan. Taktau la sebab sedap sangat atau memang tengah lapau ke : :

Bagi memeriahkan majlis, kami telah mengorder Kek Pavlova RM14.90.
Gitu siap ada tulisan Happy 6th Anniversary.
Terima kasih adik waitress comel yang tolong tuliskan.

IMG-20151207-WA0011

Taken with Lumia Selfie

IMG-20151207-WA0006

Overall makan, memuaskan. Harga nak kata pricey,  hmmm memang standard lah kot harga ceni kat tempat ceni?
Sesekali ok la kalau ada occasion, kalau seselalu boleh bangkrap jua dibuatnya hehe.

IMG-20151207-WA0008

: : Kelihatan kecil saya di situ. Hakikat….. Yang ado… : :

: : Jom pulang… : :

OTW tu konon sebenarnya saya plan nak singgah Dataran Merdeka, ada event FAMA.
Sehari sebelum tu K’roll ada whatsapp saya ajak datang.
Tapi taktau la apa jadi, jalan jem macam kehapa. Sampai memasing dah nak amukan haaa.
Ada eksiden ke atau sebab event FAMA tu taktau lah.
Sudahnya, terus balik rumah je.
K’roll sorry takde rezeki kita nak jumpa huhu.

WP_20151205_20_57_58_Pro : : Malam tu masak sup daging je. Makan dengan nasi panas dan sambal belacan. Anniversary dinner lah ni kiranya ek hehe : :

WP_20151204_09_23_23_Pro : : Sehari sebelum tu, hari Jumaat saya belanja kuih muih + ciskek leleh untuk kawan kawan RSA : :

Esoknya, melepak berdua dengan Yaya kat swimming pool KSU.
First time saya turun ni ha. Pepandang jugak kot nampak Ida kat rumah ia, tapi tak kelihatan.
Busy memasak barangkali. #LambaiIda

WP_20151206_08_16_24_Pro

WP_20151206_08_16_37_Pro

WP_20151206_08_24_36_Pro : : Pepagi alam, takde orang. Swimlah Yaya sensorang dengan gembiranya : :

Taken with Lumia Selfie : : Ahad tu jugak Mama, Kaklong sekeluarga datang rumah. Berumah tangga seminggu jugak la kat sini. Meriah sangat bebudak ni ada : :

Akhir kalam (amboiii), Selamat UlangTahun Perkahwinan yang ke 6 Tahun suamiku, Encik Zalmi.
Terima kasih di atas segala galanya. Sayang awok..

Hadiah mana? Hadiah?

2 thoughts on “6 Tahun – Suka Sucre Bistro

Comments are closed.