Sanah Helwah Ya Yasmin!

Hari ni 16 Oktober 2015, hari lahir anak saya Yasmin yang ke 11 tahun.
Pejam celik pejam celik, dah 11 tahun dah anak saya tu. Anak dara dah.

Saya dapat tau saya mengandungkan Yasmin pada bulan Januari 2004.
1 tahun 4 bulan selepas saya menikah dengan FM.
Alhamdulillah, senang sangat mengandungkan dia.
Takde alahan atau sakit yang serius.
Yang paling saya ingat, saya sangat suka makan sushi.
Boleh kata hari hari nak makan sushi.

Masa mengandungkan Yasmin saya tinggal dan kerja di Melaka.
Buat pemeriksaan kesihatan kat Klinik Kesihatan sebelah apartment saya tinggal.
Di Peringgit.
Saya jalan kaki pelan pelan pegi check up.
Check darah, minum air gula dan lain lain. Semua buat sorang sorang.

Masa mengandung banyak cabaran yang saya lalui.
Maksud saya perkara perkara sekeliling.
Selalu saya usap perut dan bercakap dengan Yasmin.
Rasa dia sangat memahami walaupun dia masih dalam perut.

Saya lahirkan Yasmin pada hari Sabtu, 16 Oktober 2004.
Masa tu bulan Ramadhan. Rasanya baru seminggu puasa.
Saya mula rasa sakit pukul 6.30 petang.
Mama dan FM hantar saya terus ke Hospital Taiping.

Sampai kat hospital doktor takde.
Sebab semua pun tengah siap siap nak berbuka puasa.
Mama bagi minum air selusuh dan sapu sikit kat perut.
Rasa la sakit contraction tu sikit sikit tapi masih boleh tahan.

Pukul 7.30 malam nurse datang cek.
Dia suruh saya tukar kain.
Sebelum nak tukar tu tetiba rasa air mengalir.
Rupanya air ketuban dah pecah. Pun takde rasa sakit.

Saya masuk toilet, lock pintu.
Nurse ketuk ketuk tak bagi saya lock.
Takut saya terberanak kot? Hiks.
Saya tak ingat waktu bila yang nurse ada cakap “Kena cepat ni. Baby dah berak. Takut dia makan taik”

Itu lah modal Encik Z dok mengusik Yasmin sampai sekarang.
Tapi awak tak makan taik kan, Yasmin? Lol

Saya sakit pun sekejap je. Dan rasanya takde la sakit yang sangat sangat sakit.
Memula nurse seluk tu katanya lambat lagi ni. Baru 6cm. Mungkin esok pagi bersalin.
Masa tu dalam pukul 8 malam.
Dalam hati saya “Pengsan nak tunggu sampai esok pagi”
Tapi pukul 10 malam camtu saya dah terasa rasa sangat haaa Yasmin nak keluar.

Panggil nurse. Nurse seluk seluk aah la, dah nak bersalin ni.
Panggil doktor. Gedebak gedebuk. Teran beberapa kali.
Pukul 10.21 malam, selamatlah saya melahirkan Yasmin.
Berat ia 3.05kg saja.

Banyak lagi saya nak cerita tentang Yasmin.
Insya Allah panjang umur saya sambung nanti di entry hari jadi ia yang ke 12 tahun nanti.
Boleh macam tu? Boleh la.
Entry ni pun dah panjang sangat ni.

IMG-20150830-WA0007 : : Peneman Opah ke kenduri kendara : :

Yang pertandingan Tokoh Nilam hari tu, dia Johan Daerah Larut Matang Selama kan, tak sangka pulak siap ada dibuat banner bagai hah.
Katanya digantung kat sekolah.
Famous lah Yaya ha. Pakcik security, pakcik tukang kebun semua kenal dia.

Good luck untuk peringkat negeri sayang!

IMG-20150903-WA0024

Percaya atau tidak, Yaya dah jadi model tudung dan skirt ok..
Bagus bagus. Kekecik dah pandai cari duit sendiri.
Korang kalau nak tengok tudung dan skirt untuk kanak kanak boleh view kat Facebook HH Collections.
Ada la gambar Yaya kat situ.
Saya letak sekeping je lah kat sini.

IMG-20150913-WA0005

Gambar ni masa wedding sepupu saya, Faiz.
Kat Taiping sana.

IMG-20150916-WA0012

Ada satu lagi pertandingan Yaya masuk kat Pulau Pinang sana.
Penang International  Kids Storytelling Pre-Festival.
Entahlah, saya pun tak tau pertandingan apa ni huhu.
Tapi yang penting Yaya menang Pingat Emas.

IMG-20150929-WA0005

IMG-20151003-WA0002

IMG-20151003-WA0003

IMG-20151003-WA0004

Begitu banyak dosa yang telah saya lakukan di masa silam
Tak terkira sisi gelap yang pernah saya kesalkan
Tapi Allah tetap membuka ruang, memberi peluang

Apakah agaknya kebaikan yang pernah saya lakukan
Sehingga dianugerah dan dipinjamkan anak seindah ini
Jagalah diri, hiasilah peribadi
Yasmin anakku, ibumu terlalu cintakan kamu!

Selamat hari lahir yang ke 11 tahun, sayang…

ENTRY TAHUN LEPAS

7 thoughts on “Sanah Helwah Ya Yasmin!

  1. sobsobsob

    happy bday yasmin! untunglah jadi model, acik ni teringin gak tapi dah gemok ni simpan jelah cecite di dalam peti lantas dicampak ke laut hiks

  2. Happy bufday Yaya.. Aktif dia..bagus bagus..
    Keep up good work ya Yasmin.. Kipidap! Hee..
    Nanti datang umah mummy, bule la acik jumpa awak yg dah jadi model ni =)

  3. give me 5 October babies! happy birthday Yaya!
    semoga terus menjadi anak yang baik untuk mommy

  4. Kurlasss la Yasmin!
    Happy belated birthday!
    Semoga terus berjaya dalam penuh keberkatan dari Allah

Comments are closed.