Makan Makan Raya @ Zalmi & Maya’s Crib

Takde niat pun nak buat makan makan ni.
Asalnya ada 2,3 orang kawan nak datang rumah, terus cam hmmm ok lah sekalian ajak je lah kawan kawan lain.
Lagipun tahun ni last saya beraya kat Jasmine ni, so buat je lah, ala ala farewell kepada rumah gitu.
Ahad, 2 Ogos 2015. Bersamaan 17 Syawal.

: : Tanpa rasa bersalah letak nombor rumah kann. Mementang nak pindah dah. Tapi ada ke pun orang nak jadi paparazzi terjah iolls kann : :

: : Menu di hari kejadian : :

Bihun goreng tempah kat SINI.
Roti jala & kari ayam dengan talam suji tempah kat SINI.
Sandwich tempah kat SINI.
Kuah kacang kawan bagi.
Nasi himpit rebus sendiri.
Lodeh buat sendiri.
Puding KakTin bawak.
Kek kek semua beli.

: : Nasi ayam dimasak secara emergency sebab mengingatkan dah janji. Tapi sekejapan habis : :

: : Tetamu pertama ialah KakTin & pranita nya. Diikuti dengan Umi sekeluarga : :

: : Amy dan anak anaknya. Juga adiknya, Mira. Amy dah banyak kali datang rumah saya. Berkenalan kali pertama pun rasanya kat rumah ni kan, Amy? : :

: : Kak As & Kak Wan both pun pertama kali sampai rumah saya : :

: : Abang Nuar, Kak As & Kak Red : :

: : TQ Kak sebab datang. Tiap kali jemput tak penah tak datang. Tahun depan rumah baru na, insya Allah : :

: : Zeeshan yang mencomel : :

: : Tak lama pastu Khairy sekeluarga pulak sampai. Jauh tu datang dari Putrajaya tu. TQ beb : :

: : Kak Gee, Abang Man & mak Abang Man. Mak Abang Man orang Taiping tau. Gimme 5 sikit Makcik hehe : :

: : Nida & Pae sekeluarga. Depa pun dah pernah datang rumah saya sebelum ni, so takde la sesat barat : :

: : Dua beradik yang kagum nau nau dengan monopod saya tu ha. Nanti Mommy kaya Mommy beli gopro yer anak-anak. Monopod ni macam malu sikit nak pakai kan haha : :

: : Baru berkesempatan jumpa AN. Selalu menggeram je tengok video ia kat instagram. Gediks! Hehe : :

: : AN pun kagum dengan monopod ha. Nak pegang gak. Ah peganglah, nak : :

IMG-20150802-WA0003 : : Pae yang menten berkulit flawless. Jeles tau nggak : :

: : Jiran sebelah rumah pun datang gak, tapi segan pulak saya nak ajak depa bergambar. So snap gambar Ayin je lah : :

Tetamu terakhir di hari kejadian ialah Di sekeluarga.
Lama dah kenal, first time ha baru saya mengajak Di datang rumah.
Ampun Di.
Tapi akhirnya sampai jugak awak kat rumah kontroversi 50 ribu ni kann.

Minggu depannya pulak Aida sekeluarga datang.
Ahad, 9 Ogos 2015. 24 Syawal.
Aida first time sampai rumah saya ni ha.
Ikutkan Aida & Lynda. Tapi kan kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.
Lynda last minute tak dapat datang.
So tinggal Aida sekeluarga je lah.

: : Menu di hari kejadian : :

Lemang beli. Serunding orang bagi.
Beli putu bambu.
Rebus nasi himpit.
Masak sup ayam.

: : Baru la nak sengih anak dara si Aida ni. Selalunya taknak senyum pun tau. Sentap Mommy tahu tak, Seri? Ni elok renyih sampai telinga haaa : :

Kawan kawan ni semua saya invite via whatsapp jer.
Memang takde telek belek kat Facebook pun.
Bila dah usai majlis baru la perasan ada beberapa orang yang saya rapat tapi saya tak invite.
Sebabnya lepas tukar handphone, nombor handphone depa takde dalam sim card.

Bersalah sangat sangat terutamanya pada June Fahmi.
Haishhh… June, ampun tau.
Insya Allah tahun depan ada rezeki awak datang rumah baru akak k? Sob sob.

Thank you pada semua yang hadir.
Saya sangat menghargainya 🙂

12 thoughts on “Makan Makan Raya @ Zalmi & Maya’s Crib

  1. dah ke laut flawless tu kak oii..hahahha. tq kak atas ingatan dan jemputan. looking forward untuk house warming rumah baru pula…

    • oh lagi satu lupa nak habaq.. skrg ni bila masuk KL je AN cakap nak pegi rumah Mommy. hahahah dah pandai..

    • masih floles hapa. sikit2 biasa la tu, hormon mak mak kan.
      insya Allah, walaupun tak tau lagi rumahnya kat mana pun haha.
      tq for coming tau 🙂

  2. Orang dah jemput, tak datang pulak.. Saya lah tu orang nya. heheh.
    datang housewarming je lah. Eh. Tapi kat mana rumahnya.. kalau beralamat di luar KL, memang tinggal harapan jugak lah.. Hiksss

Comments are closed.