Syawal ke 3 di Melaka

Saya book Klebang Besar Townlodge ni via booking.com.
Cuma RM75 satu malam.
Simple je biliknya, tapi sangat sangat bersih.
Toilet pun bersih.
Aircond kuat. Channel TV jelas.
Eh memang puas hati lah.
Direkemen sangat sapa yang nak pergi Melaka just untuk tidur.
Location wise pun menarik, sebab dekat dengan Pantai Klebang.

Staff yang bertugas pun ramah tamah mesra semuanya walaupun Cina.
Masa check in ramai pulak ahso ahso melepak kat reception tu.
Saya nyakat Uncle yang tulis resit.

“Wah.. tulisan Uncle sangat cantik. Boleh jadi polis”
“Haha.. Uncle taktau tulis la”

Diikuti dengan derai tawa ahso ahso di situ.
Kelas tak guna ayat derai tawa.

Mama menyampuk.
“Tulisan doktor paling tak cantik”
Uncle menyahut “Ya la, tulis sakit apa pun taktau. Tulis ubat apa pun taktau”

Sekali lagi derai tawa di situ.
Kan boleh je kita semua hidup gembira aman damai.
Kenapa nak gaduh gaduh, betul tak?

: : Jalan masuk : :

: : Warna warni : :

: : View dari bilik : :

: : Double bed : :

: : Ada meja kecik, kerusi dan tong sampah. Lengkap dengan tempat sangkut baju : :

: : Toilet yang bersih dan wangi. Lengkap dengan sabun dan syampoo. Selipar pun ada untuk pakai dalam toilet tu : :

: : Malam tu kira duit raya. Biasa kalau pegi raya kat Melaka, kaya raya budak tu : :

Esoknya check out pukul 12 tengah hari, tunggu Yaya pastu terus zass untuk lunch.
Lapau. Lunch kat Restoran Zaiton area Plaza Mahkota.
Sib baik la bukak. Dah a few times jugak saya makan kat sini, sedap food nya.

: : Asam pedas tetel, kobis masak lemak, ayam goreng, sambal belacan, kacang botol : :

: : Budak budak bertuah dah kenyang makan kat rumah Atoknya sana. Kalau kenyang dok dendiam, Mommy & Ayah nak makan sat : :

Lepas lunch kitorang terus pergi Upside Down House Gallery Melaka.
2 minit je dari Restoran Zaiton tu. Berlari pun sampai.
Tapi motiplah pulak nak berlari kan. Bawak la kereta sebab ia macam seberang jalan.
Gambar gambar kat Upside Down House Gallery Melaka saya share kat next entry k?

WP_20150719_16_16_47_Pro : : Lepas keluar dari Upside Down House Gallery Melaka bebudak ni lapar. So stop makan kat Mcdonalds : :

Sementara depa makan saya ingat nak pegi la jalan kat kedai kedai tetepi tu.
Ala yang biasa jual makanan la, belacan, cencalok segala tu.
Tapi tetengok eh kekedai semua dah takde. Siap cam ada pagar tutup kat area tu.
Aikk? Takkan tutup lagi? Ke semua dah pindah?
Tanya kat budak McDonalds tu, katanya semua dah pindah ke belah belakang.
Berdepan dengan Taman Lebah.

WP_20150719_16_40_19_Pro : : Taman Lebah : :

WP_20150719_16_40_13_Pro : : Kedai yang lebih tersusun dan sistematik. Banyak yang tutup : :

WP_20150719_16_39_50_Pro : : Beli kat kedai ini : :

WP_20150719_16_42_18_Pro : : Ayah kata, cepat pose sebagai Ratu Belacan. Sorang pegang belacan sebesar penumbuk, sorang pegang belacan serbuk : :

WP_20150719_16_42_22_Pro : : Belacan pun belacan lahhhh : :

Meneruskan perjalanan pulang ke KL.
Jalan sesak jugak. Kitorang exit kat Senawang, berhenti gi toilet dan solat semua.
Sampai KL ingat nak belanja bebudak ni makan kat Restoran Nasi Ayam Chee Meng Bukit Bintang tu, tetengok tutup lah pulak huhu.
End up makan kat area Sri Rampai. Sib baik ada kedai bukak di Hari Raya ke 3 ini.

End of 3 Syawal 🙂

One thought on “Syawal ke 3 di Melaka

Comments are closed.