Banda Aceh : Taman Putroe Phang & Taman Sari Gunongan

Dari Museum Tsunami Aceh kami ke Taman Putroe Phang.
Putroe tu sebut Putra. Dan Phang tu benarnya Pahang.
Korang boleh baca tak info tentang Taman Putroe Phang kat gambar bawah ni?

Meh la saya story sikit.
Taman Putroe Phang ni telah dibina oleh Sultan Iskandar Muda untuk permaisurinya, Putroe Phang, seorang puteri dari Kerajaan Pahang, Malaysia.  Sultan Iskandar Muda menang dalam peperangan dan berjaya menakluk Kerajaan Johor dan Kerajaan Pahang.

Dulu dulu, tradisinya kerajaan yang kalah dalam peperangan kena macam bayar denda. Termasuklah jugak kena serahkan puteri kerajaan depa, kekira tu tanda kemenangan dan tanda persaudaraan gitulah.
Kot dapat puteri cantik ok la kan, kot tak berapa nak cantik cemana? Boleh ke tetiba ‘eh takpela, iolls tak jadi la ambik puteri uolls’. Boleh ke gitu? Hiks.

Putroe Phang ni sungguhlah cantik molek rupa parasnya. Dan jua berbudi pekerti, lalu Sultan Iskandar Muda pun berminat untuk mengahwininya.
Ia sangat sayang pada puteri ni dan sebab tu ia telah membina Taman Putroe Phang setelah direquest oleh sang puteri.  Tujuannya supaya kuranglah rindu dendam sang puteri kepada tanah tumpah darahnya di Pahang sana yang mempunyai pergunungan yang indah.

Taman Putroe Phang ni lengkap dengan taman sari yang indah, ada sungai yang mengalir di tengah istana, sesuai untuk sang puteri bermain main dengan dayang dayangnya.

Cer korang bayangkan cerita dulu dulu yang scene puteri bersiram dengan dayang dayang.
Haa sebabnya saya bayangkan gitulah hehe.

Nak masuk ke taman ni Sultan Iskandar Muda buat sebuah pintu gerbang sebagai penghubung antara istana dengan Taman Ghairah.  Pintu ni dipanggil Pinto Khop, bermaksud mutiara kendraan atau kedewaan.  Panjangnya 2 meter, lebar 3 meter dan tinggi 3 meter, diperbuat dari bahan kapur.

DSC_0097

DSC_0095

DSC_0096

DSC_0093

Next, ke Gunongan pulak.
Gunongan ni sebelah je dengan Taman Putroe Phang dan sebenarnya memang part of Taman Putroe Phang.
Tapi disebabkan pembangunan, taman ni macam dah terpecah. Dulu ada sungai yang mengalir bawah Gunongan ni tau. Gitulah ikut pemahaman saya.
Kena keluar dari compound Taman Putroe Phang, baru dapat masuk ke Gunongan.
Tapi kalau nak jalan kaki boleh je, cuma nak kena cross jalan yang boleh tahan banyak keretanya.
So senang lompat naik jelah dalam kereta ha.

DSC_0099

DSC_0101

DSC_0102

DSC_0119

Memula memang bergambar je kat depan ni cukuplah.
Sebab gate kat belakang tu berkunci.
Tetiba datang sorang pakcik security tanya Nak masuk tak?
Saya tanya la balik Boleh ke? Dia kata Ya Boleh saja.
So letslah masuk.

DSC_0106

Pintu masuk dalam ni kecik je, memang jalan kena tunduk je lah.
Nak naik tangga ke belah atas pun memang curam dan jalan sempit.
Menunjukkan kecik comel je lah sang puteri dan dayang dayangnya.
Kot dayang menggemuk cecepatlah kena diet, kalau tak mau tersangkut hehe.

Untunglah suami sayang lalu buatkan taman ini.
Kita gamak kalau mintak taman ceni kat husband, depa terus buat atau terus kena maki? Hiks.

DSC_0107

DSC_0110

DSC_0109

DSC_0116

DSC_0117

DSC_0114

Bersebelahan Gunongan ni ialah Makam Sultan Iskandar Thani yang berasal dari Pahang, yang jua dipanggil Kandang.
Sultan Iskandar Thani merupakan pengganti kepada Sultan Iskandar Muda selepas beliau mangkat.

DSC_0113

DSC_0118

Gunongan ni tinggi, curam dan laluan sempit.
Encik Z dengan Yaya naik bebetul sampai puncak nya ha.
Tapi saya macam ketakutan, jalan pun gelong gelong, dah la gemuk kan.
So saya tunggu kat tengah tengah je la.

FSCN8725

DSC_0115

FSCN8722

Masa ni hujan dah start turun renyai renyai dah.
Sedang molek kitorang pun nak gerak.
Ucap terima kasih kat pakcik security dan terus bergerak ke destinasi seterusnya…

One thought on “Banda Aceh : Taman Putroe Phang & Taman Sari Gunongan

Comments are closed.