Banda Aceh : Pantai Ulee Lheue & Dinner

Dalam hujan lebat tu Muliyadi tanya Nak ke mana Kak?
Saya kata la saya nak pegi lepak lepak kat pantai.
Dengar katanya Jagung Aceh sedap.

Dia pun buat satu laluan pusingan kat Pantai Lhok Nga.
Dan kemudian terus ke Pantai Ulee Lheue.
Sepanjang jalan banyak gerai yang jual jagung rebus dan jagung bakar.

Berlari lari anaklah dari van menuju ke satu port gerai kat tepi pantai.
Gerainya ala ala je pun.
Tempat lepak tu cover dengan kain kanvas yang sekejapan air dah bertakung.
Tapi demi semangat nak lepak tepi pantai dan pekena jagung, ayuhhh.

: : Selebat hujan yang turun, mencurah membasahi bumi…. tidak selebat hujan di dalam jiwakuuuuu : :

: : Order air kelapa dan teh botol : :

Encik Z dengan Yaya order jagung bakar biasa.
Saya order jagung bakar sambal.
Mak aiiii dia punya berdesingggg pedasss. Migraine kejap.
Tapi memang sedap ah.
Sambal tu depa buat sendiri.
Direkemenkan pada korang yang nak pegi Banda Aceh. Wajib cuba k?

Angin dengan tempias jangan ceritalah.
Dari kiri kanan depan belakang haaa.
Takpe, tetap tak menghalang kami untuk menikmati panorama hujan lebat di Pantai Ulee Lheue.

Gambar ni saya pegang monopod.
Terjuluq keluaq la gambaq kayu monopod tu.
Saya paling tak boleh bla kalau tengok orang bergambar nampak kayu monopod ni ha.
Tapi kalau kayu GoPro tu saya ok pulak. Ntah hapa hapa.
Tu sebab seetiba tiba ada imej kucing kat situ, walhal saya la paling pentakut kucing hehe.

Eh no offend ya korang yang bergambar nampak batang kayu monopod tu.
Ni saya sendiri yang rasa. OCD barangkali.

cats

Dah kenyang pekena jagung yang pedas tapi sedap itu, saya suruh Muliyadi hantar balik hotel je lah.
Dah hujan lebat gini cemana romannya nak melepak lelama kan.
Sampai hotel rehat rehat je lah.
Malam tu order je food dari kitchen hotel.

Nasi Putih RP10,000, Ayam Penyet RP40,000, Daging Lada Hitam RP40,000, Tumis Kangkung RP30,000, Nasi Goreng Kampung RP35,000, Jus Avocado RP20,000 & Nescafe O RP15,000.
Total RP190,000. Semua pun sedap.

DSC_0151

Watamat hari kedua.

P/S : Jubah saya pakai tu dari RucciModisch . Tudung pulak beli dari Abby Abadi masa dia bukak gerai kat luar Masjid Al Ridhuan, Hulu Klang

2 thoughts on “Banda Aceh : Pantai Ulee Lheue & Dinner

Comments are closed.