Banda Aceh : Kapal di Atas Rumah Lampulo

Assalammualaikum Banda Aceh!
Hari ke 2 di Aceh, 22 Disember 2014.

Merenung ke luar jendela, hujan masih belum reda.
Lihat langit masih mendung, awan gelap memayungiku.

Tetiba nak menyanyi lagu Ku Tanya Apa Khabar.
Heee…

Yer anak anak, hujan masih turun di luar.
Makna bulan Disember kat Banda Aceh ni sama dengan Disember kita kat Pantai Timur.
Hujan. Dan banjir. Yup banjir. Nanti saya story lebih lanjut tentang banjir ni yer.

: : Apa apa pun kita breakfast dulu : :

Harga bilik di Hotel Sei ni termasuk breakfast.
Walaupun cuma light breakfast tapi alhamdulillah tetap mengenyangkan.
Ada nasi, mee, rendang, telur dan buah buahan.

Dekorasi sama macam dekat bilik.
Konsep warna hitam putih. Lawa!
Memang saya berkenan sesangat konsep hitam putih ni.

Jam 9.30 pagi Sabri, si driver pun sampai.
Aha hari ni Sabri yang akan bawak kami sekeluarga jalan jalan.
Sabri ni ok sikit compare dengan Muliyadi tu. Muliyadi tu macam pendiam sikit.
Sabri ni rajin sikit la bersembang, tapi takde la banyak mulut ke kepoci ke.
Kira selesa lah dengan dia. Dia ok je saya bagitau nak pegi sini, nak singgah sana.

Destinasi pertama untuk hari ini ialah Kapal di Atas Rumah, Lampulo.
Lampulo tu nama tempat tau.

Masa ni hujan rerenyai, pinjam payung dari reception hotel.
OK la tak lebat sangat tapi macam saya bagitau la, jenis hujan yang lama dan panjang.
Yang lambat nak stop.

Kapal di Atas Rumah ni adalah satu tempat yang wajib korang lawati kalau berkunjung ke Banda Aceh.
Tempat ni merupakan satu lagi bukti dan saksi tragedi tsunami pada tahun 2004.

DSC_0159

DSC_0160

DSC_0161

DSC_0173

Apa kisah di sebalik Kapal di Atas Rumah ini?

Saya bertuah sangat sangat sebab masa saya ke sini, seorang pakcik yang mengalami sendiri peristiwa tsunami tersebut sudi berkongsi cerita dengan saya sekeluarga.
Maaf saya dah lupa nama pakcik tu tapi kalau tak silap saya namanya Suffian.
Yaya pun ada mengiakan hari tu. Tapi kalau salah, saya mohon maaf ya.

Pakcik Suffian bercerita masa kejadian tu, gelombang laut naik dan kelihatan seperti seekor ular tedung yang menunggu masa nak mematuk mangsanya.
Hitam dan gelap airnya.
Pakcik Suffian sempat berlari selamatkan diri tapi kemudian dikaut ombak tsunami dan beliau tenggelam timbul dalam air.

Tak lama dia ternampak seorang budak lelaki umur dalam 5 tahun terkapai kapai.
Mula mula dia memang taknak selamatkan budak tu, sebab untung nasib dia pun belum tentu lagi.
Hayat ke? Maut ke?
Tapi akhirnya dia selamatkan jugak.
Dia berenang masuk dalam air dan selamatkan budak lelaki tu dan mereka sama sama naik berlindung di atas bumbung rumah.
Masa dia selamatkan budak lelaki tu baru la dia teringatkan keluarga dia.
Sedangkan masa dia lari selamatkan diri tu dia langsung tak teringat pada sesiapa.
Katanya macam di padang mahsyar lah. Fikir nak selamatkan diri sendiri je.

Elok dia terfikir tentang keluarga dia, dia terpandang kat atas.
Nampak isteri dan anak dia 2 orang berada atas pokok kelapa tu.
Dia selitkan kata kata ni ‘Bagaimana ya… bila kita membantu seseorang keluar dari kesulitan, Allah SWT balas dengan cara yang sama’
Maksudnya, sebab dia tolong budak tu, barangkali sebab tu Allah SWT selamatkan keluarganya.

DSC_0158

Rumah ni milik penduduk tempatan, Pak Misbah dan Ibu Abasiah.
Telah dibeli oleh kerajaan Indonesia untuk dijadikan tempat wisata.
Besar rumah ni, ada ruang bawah, ruang tengah dan tingkat atas.

Di ruangan tengah diletakkan nama nama mangsa tragedi tsunami penduduk di daerah Lampulo.
Tapi letak guna bunting macam ni je, takut lama lama nanti rosak huhu.

DSC_0165

DSC_0172

Itulah dia Pakcik Suffian.
Sebelah tu Sabri, our driver.

DSC_0166

Pakcik Suffian sambung bercerita….
Masa kejadian kapal ni naik atas rumah, kapal ni bergerak arah bertentangan dengan ombak.
Mula mula orang ramai yang berlindung atas rumah ni ingatkan kapal ni kapal penyelamat, rupanya kapal ni hanyut dari laut sampai lah terdampar atas rumah ni.

Diorang yang atas rumah ni pun semua naiklah atas kapal ni untuk selamatkan diri.
Kat rumah seberang tu kebetulan ada jugak seorang ibu dengan anak dia tengah berlindung, dan dia nampak ada buaya besar bawah kapal tu huhuhu.

Kapal yang terdampar ni asalnya kapal yang rosak.
So dalam tu ada peralatan untuk membaiki kapal.
Dengan peralatan yang ada dalam kapal tu, mereka gunakan untuk belah buah kelapa yang hanyut, dijadikan sebagai makanan sementara menunggu tsunami surut dan bantuan tiba.

Mungkin cara saya cerita ni tak dapat nak gambaran sangat, tapi Pakcik Suffian bercerita tu, sumpah sedih benar rasanya saya.
Saya jeling tengok Yaya, airmata dia pun dah mengalir dah.
Walhal pekat jugak bahasa Indonesia Pakcik Suffian tu, tapi Yaya faham.
Sedih. Memang sedih.
59 orang terselamat di atas kapal ini.

Belah atas ada galeri yang memaparkan gambar dan kisah tsunami.
Sedih lah tengok gambar ni semua.
Sama perasaan macam masa kat Museum Tsunami semalam.

: : tangga naik ke atas : :

DSC_0163

DSC_0175

: : sampai ke atas Pakcik Suffian ikut kitorang sambil bercerita gitu gini : :

Keluar dari dalam rumah, kami ke belah kanan.
Ada laluan macam jejantas tinggi untuk tengok kapal dengan lebih dekat.
Tapi tak boleh masuk dalam, bahaya kot.
Tu pun kiri kanan dah ditampung dengan besi.
Yer la, kang tak semena mena jatuh terbalik pulak kapal ni.
Lagipun dah 10 tahun kan. Dah nak reput kot kapal ni.

: : kena lalu sini kalau nak tengok kapal dengan lebih dekat : :

DSC_0167

DSC_0171

Sebelum balik sempat saya tulis kat buku pelawat.
Tanda saya sekeluarga pernah menjejak kaki kat sini.
Ada orang jual fridge magnet. So saya beli lah beberapa ketul takut tak jumpa kat tempat lain pulak.

DSC_0176

Kalau ke Banda Aceh, korang wajib melawat tempat ni k?

2 thoughts on “Banda Aceh : Kapal di Atas Rumah Lampulo

  1. mesti pakcik suffian bercerita dengan penuh perasaan kan….alhamdulillah keluarganya selamat…alfatihah buat mereka yang terkorban….

Comments are closed.