Melur & Thyme And Lovely Lace

2 hari lepas birthday saya, 21 Januari, KakTin & Payiet ajak keluar makan.
Nak belanja sebab birthday saya tu lah.
So lepas office bergerak lah kami ke Nu Sentral.
First time saya masuk sini, sokayy la best jugak eh tempat ni.

Kami pi makan kat Melur & Thyme.
Sian saya tak penah tau pasal restoran ni hehe.
Tapi dengan adanya Kaktin & Payiet yang terror bab makan memakan ni, maka semuanya berehhh.

WP_20150120_19_27_36_Pro
: : entrance : :

WP_20150120_18_22_11_Pro
: : dekorasi : :

WP_20150120_18_06_38_Pro
: : buku menu : :

Terkulat kulat nak order sebab banyak nau pilihan makanannya.
Dah la takde gambau pulak tu.
Sat sat tanya Payiet, sat sat tanya KakTin.
Dan kemudian inilah yang diorder…

WP_20150120_18_25_47_Pro

: : Air suam sapa lettew… Watermelon RM13. Lemon Berry Sting RM18 : :

035
: : Payiet order ni. Carbonara with Smoked Duck RM32.00 : :

WP_20150120_18_21_13_Pro
: : KakTin sedang berdiet. So dia order ni jeWild Mushroom Soup RM12.00 : :

WP_20150120_18_32_31_Pro
: : Saya order ni. Cumi Bakar Kicap RM27 : :

034

???????????????????????

Tapi Cumi Bakar Kicap yang saya order tu tak kena kat tekak ah.
Kata bakar? Tapi tak macam bakar pun???
Sib baik KakTin habiskan. Dia kata sedap je.
Kalau tak harus pembaziran.

Makanya… macam biasa, Payiet kalau makan jarang habiskan food dia.
So saya la bagi pelicin miahahahha.
Pasrah je la kengkawan haku aku ni ha dapat kawan macam haku yang suka habiskan food kat pinggan orang hiks.

Next time pegi boleh la try food lain pula.
Tapi big no no Cumi Bakar Kicap itu huhu..
Lepas makan cuci mulut dengan sepotong kek.
Dan setiba tiba dapat kad & hadiah hari jadi.
Aaaaa terharu angat ni.

WP_20150120_19_09_44_Pro

Dengan rakus terus bukak hadiah itu.
Satu set shower gel, bubble bath & lotion dari Lovely Lace.
Aaaa wangiii. Suka!

037

WP_20150121_07_25_33_Pro
: : Balik tu terus semangat mandi wangi wangi he he : :

WP_20150121_14_23_26_Pro
: : Birthday wishes : :

Macehhhh KakTin & Payiet sesusah belanja iolls makan dan bagi hadiah.
Me is terharu u know.
Sayang korang sesangat! Friendship forever! Muahss muahss..

4 thoughts on “Melur & Thyme And Lovely Lace

  1. oke boleh try nanti bebila ke klcc,,, aku tak akan oder cumi bakar sebab normaya tak recommend

  2. handwriting payiet seketul2 mcm kanak2..tak sepadan usianya..hihihi
    suka friendship uols.
    kawan baik-baik naa…

Comments are closed.