Shopping Hujung Tahun

Kalau semalam dah up entry Urusan Hujung Tahun, hari ni kita up pulak cerita shopping hujung tahun.
Macam saya bagitau dalam entry semalam la, bukannya shopping benda benda besar ribu riban pun, shopping lite lite melayan nafsu serakah je.

Memula tu yang saya beli jubah Ruccimodisch kat Shah Alam tu lah.
Kekira tu la benda pertama yang beli guna duit bonus tu hehe.

25 Disember, Khamis, cuti Krismas tu, pagi saya melayan anak anak kat Farm in the City, Seri Kembangan.
Balik tu saya berdua je dengan Encik Z, otw balik singgah kat Wangsa Melawati. Pegi Hidy Boutique.
Kak Red ada tag saya kat Facebook, tapi saya tengok gitu gitu je sebab takut tak sempat nak pegi kan.

Saya pegi ni pun dah petang benar, dalam 6.30 petang gitu.
Depa ada buat sales dan konsep paper bag Fukubukuro.
Mostly baju baju depa semua guna material cotton linen yang ada jenis lembut, ada jenis keras.
Saya ni kena hati hati sikit pilih sebab takmo beli yang jarang.
Kuasa lah pulak nak berinner bagai. Panas kot huhu.

Berkenan la sehelai blouse ni warna gold harga RM50.
Pastu cuba nasib beli paper bag Fukubukuro.
Dapat sehelai lagi blouse warna hitam dengan shawl warna purple.
Shawl tu nanti nak let go lah bagi sesapa.

20141225_183741

20141225_190338
: : Barang dalam paper bag tu bernilai RM116, tapi saya beli dengan harga RM50 saja. Gitulah kekiranya konsep Fukubukuro ini : :

20141225_190644
: : Shawl dan blouse hitam itu : :

28 Disember 2014, Sabtu.
Keluar sebab utama nya nak mencari handphone Encik Z.
Handphone dia tu dah nazak benar dah.
Mana tak, dah 5 tahun kot. Saya beli kan untuk dia masa kitorang baru kahwin dulu.
Memang dah sampai haul dah untuk tukar.

Tapi sebelum tu ajak Encik Z melencong dulu pegi MATRADE.
Saya dok tengok dalam instagram la ni, ramai dok promote Vendeur Festival ni.
Saya memang aim nak pegi booth Fashion Republic.
Asyik telan air liur je dok tengok boot yang cun melecun kat instagram ia.

Sampai sampai terus tuju je lah.
Best Vendeur Festival ni sebab tempat ia selesa.
Ada 3 hall. Takde la bersempit sesak ke hapa.

20141227_133110
: : Lawanyaaaa boot warna pink ni.. Aaaa gerammm. Tapi keji pulak rasa diri ini dah tua kebana nak pakai warna pink haaa : :

20141227_132955
: : Warna ni pun sukaaaa sebab ala ala inspired by Timberland gitu : :

20141227_132644
: : Saiz 39 molek di kaki. OK ambik yang ni lah! Heee : :

Harga? RM70 jer. Mana tak telan air liur nya haaa..
Tapi pastu yang saya geram kan, esoknya tu kan.. depa buat clearance sales RM50 je haaa..
Adoiyaiiii #tarikrambut.
Tapi takpe.. Mana tau kot yang clearance tu warna lain ke, saiz takde ke kan kan kan #ayatpujukhati

Korang kalau nak beli pegi la usha kat instagram fashionrepublic.
Tapi kan saya ni beria beli boot ni nak pegi mana sebenarnya ni?
Bukannya ada nak pegi negara sejuk ke, negara salji ke, negara Eropah ke.
Menggatal sangat beli ni pasai apa.
Heyyy suka hati mak hencek la.
Kot saya nak pakai dengan jubah ke pun, saya pedulik hapa kohkohkoh.

Pastu ronda lagi kat semua hall.
Nampak ada booth Fynn Jamal.
Malam sebelum tu saya dok sembang dengan Ida & Ain kat Facebook pasal Fynn Jamal ni.
Ada la isu nya ha, tapi nothing serius pon.

Saya takde masalah pun dengan Fynn Jamal ni.
Tapi jujur pendapat saya, saya rasa suara dia tak best.
Saya rasa better dia jadi penulis / pencipta lagu je lah, bagi orang lain nyanyi.

Tapi tapi tapi.
Saya OK jer dengan dia punya puisi bagai tu.
Dengan dia share pasal anak dia semua tu, tu dia punya hal lah kan.
Dan yang terbaru ni dia buat jubah ni ha, pun saya ok je.
Orang glamour kan, jual apa pun mesti ada je peminat setia akan beli.

Sempat lah saya kaut sehelai acu kat badan.
Eh sebenarnya sempat je saya try sehelai haha.
Tapi tak berjodoh gamak saya dengan Fynn Jamal ni, gambar saya selfie tu hilang ghaib dari dalam handphone. Ish ish ish.

~3498192
: : Nampak tak korang Fynn Jamal kat belakang tu ha, tengah bergambar dengan peminat ia : :

Untuk info korang lah yang berminat nak beli jubah Fynn Jamal RTW ni, dia buat cutting besar tau.
Macam hari tu saya try test saiz S, ok tapi ketat sikit kat ketiak.
Makna saya kena ambik saiz M lah kalau nak beli.

Selalu saya kalau beli jubah mesti XL.
Tak pun L. M tu macam mimpi di siang hari je.
So maknanya korang kena ambik satu saiz lebih kecik dari saiz jubah biasa yang korang pakai k.
Baik tak saya siap share info?
Tu saya kata, saya tak campur adukkan soal hati dan perasaan.

Me dont like her voice.
But me dont have any issue regarding her puisi ke, her jubah ke, her anak ke..
Professional. Gitu.
Bukan macam sesetengah orang.
Kalau tak suka Normaya, habis segala kawan kawan, saudara mara, keluarga Normaya pun dia benci.
Not good not good.

20141227_141010
: : Encik Z berkenan kurta ni tapi takde saiz pulak. Sian : :

20141227_142441
: : Muka ada sinyummm sebab dapat boot baru : :

Dari MATRADE terus ke Gardens sebab nak cari handphone lah.
Encik Z berkeras nak beli jenama Nokia jugak. Baiklah bang.
Ada dia berkenan satu handphone ni, latest model katanya tapi sayyyyanngggg takde stok.
Next week baru ada katanya.

20141227_152252

Nyinggah pulak kat Levi’s. Encik Z nak beli kan jeans sempena hadiah anniversary awww.
So sweet. Walaupun dah berzaman saya tak pakai jeans kan.
Tapi sebab nanti ada tempat tempat yang saya nak travel tu macam tak sesuai nak berjubah berkain bagai, so ok jugak la up jeans sehelai.
Jeans saya yang boleh pakai sehelai tu je lah, yang saya pakai dalam gambar atas tu.
Sehelai dah koyak kat paha, lagi 2 helai ketat seketat ketatnya ha.

Saya nak cari yang Bold Curve. Sebab yang tu paling selesa.
Tapi both kedai kat Gardens & Midvalley takde katanya.
Takde sebab habis ke, takde stok ke idok ler pulak saya soalsiasat.
Takpe, nanti ingat nak pegi cari kat KLCC pulak. Hmmm..

7 thoughts on “Shopping Hujung Tahun

  1. haaaaa merujuk kepada HP Nokia
    incik suami saya juga pengguna tegar Nokia
    habis diracunnya saya untuk beralih arah ke Nokia..
    katanya….Nokia skrang di ambil alih oleh Microsoft..lepas ni no more Nokia Brand..kiranya ni dah jadi ‘rare’ lah lepas nieH…

    tapi saya tegar orangnya..lagipun HP masih boleh digunakan
    dia saja nak tukar baru..suka hati lah kan
    yang bestnya…

    masa pegi Pertama tu
    nak target harga yang cheap cheap…
    memang ok lah…sbb masa datang kedai Nokia tu
    memang tengah offer debaboommmm
    ada tiga serangkai di offer

    siap cakap..dapat voucher kfc/ayamas, thsirt, powerbank, memory card, beg, pastu dapat bear kecik nokia yang cute itu

    waaaaaaaaaaaaaaaaa bila sebut freegift memang mata buntang2 lah kannn

    tapi yang jadi tak ‘berbuntang’ mata tu..sbb incik suami kena racun dengan HP NOKIA yang bukan cheap cheap..

    waaaaaaaaaaaaaaaaaa..ape lagi….terkebil kebil si incik suami meminta kebenaran isterinya…(chewahhhhh)

    yang menjadi terus tertangkap dengan HP tu sbb dia bg offer tambahan..FREE another Nokia HP….giler dia tak nak
    memang niat kat hati dia nak belikan dia dan anaknya..

    memang tak boleh cakap apa lah..
    si isteri hanya menjeling dari jauh..
    akhirnya..dapatlah dua orang itu HP Nokia…
    sekian cerita saya…..

    *motip sebenar nak komen..awat tak pegi Pertama, Maya? hehehe*

    erk…Maya sorry..tertolis macam kat blog…nanti iLa copy…..iLa letak kat blog ye..heheheh

  2. bestnya shopping! x kisahle lite ke heavy ke janji shopping kan..kekeke
    jeans gap real straight pun best pakai kak

  3. kita ada bertembungkan kat VF? Awak yg tego saya yg tak berapa nak memandang orang masa tu sebab mata bz tgk tudung2 yang dijual sana sini masa tu…huhu…

    *wink*…*wink*…

    emm…sayang la tak beli boot..tak perasan boothnye sebab dah penat nau berjalan dalam tu…

  4. mohon kokpin buat jubah small size juga sbb mungkin ada fans yang kecik molek nak pakai. Hikhikhikkk…

Comments are closed.