Nasi Ayam 2 Kali

Saya suka makan nasi ayam, tapi tu la. Tak penah ada inisiatif nak cuba masak.
Taktau kenapa hari Isnin sebelum cuti Nuzul Quran tu terasa rasa nau nak try masak nasi ayam.

Balik office terus pegi NSK beli apa yang patut.
Tapi tu la saya masak ikut sedap je ni.
Takde sukatan atau proper punya bahan.
Google resepi nasi ayam paling simple.
Hah itu ler yang saya buat.

20140714_180339
: : ayam perapan : :

20140714_180642
: : tumis tumis Ramadhan : :

20140714_181016
: : masak nasi ayam kena letak daun pandan ke eh? sesuka haku je kannn haha : :

Lepas tu dah malas nak snap gambar.
Setelah berhempas pulas akhirnya siap jugak la nasi ayam versi ostajah normaayah.
Nak kata sedap gila tu tidak lah.
Tapi nak kata tak sedap, eh ok je lah pun.
Dah nama pun nasi ayam kan, takkan tetiba rasa nasi lemak pulak. Hiks.

Cuma nasi tu macam terkeras sikit.
Saya takut nak letak air lebih, takut kang terlembik pulak nasinya.
Dah siap tu rasa cam oh ok senang je lah buat nasi ayam ni, takde la susah mana kan.
Nanti Yaya ada sini boleh Mommy try test masak untuk awak ek ek..

20140714_191504
: : tak cukup sifat sebab takde salad : :

Hari cuti Nuzul Quran tu saya keluar shopping raya.
Tu nanti saya share kat entry lain k.
Habis shopping pi bukak puasa kat nasi ayam Bukit Bintang.
Aikk nasi ayam lagik? Heeee.

20140715_203247
: : Laici RM6. Nescafe o ais RM3 : :

20140715_203405
: : mesti akan ambik wings. kalau tak boleh bergaduh kami laki bini berebut hehe. nasi ayam biasa RM9 each. Encik Z macam biasa tak cukup nya nasi tu, so up satu lagi nasi besar tambahan RM2.50 : :

20140715_203418
: : kerabu mangga tersedap. pinggan kecil RM9 : :

20140715_203434
: : sup yang ada kacang didalamnya : :

20140715_203552
: : sos cili pedas berapi : :

20140715_203659
: : saja nak try sambal sotong. tapi tak berapa umphh la. gamak version chinese style gini kot. RM11 : :

Kali pertama berbuka kat luar Ramadhan tahun ni.
Tolak yang kat Taiping tu lah kan.
Ini kat KL punya cerita maa..

4 thoughts on “Nasi Ayam 2 Kali

  1. hoih lamanya x pekena nasi ayam bb ittewww
    kalau kita suka up ngan tauhu sambal
    pun sedap

Comments are closed.