Teguran & Nasihat

image

Assalammualaikum,

Salam pagi Jumaat.

Berapa ramai antara kita yang selalu memberi nasihat tapi jarang mahu menerima nasihat?
Saya jenis ok je nak terima nasihat, tapi yang selalu buat terguris tu sebab ‘cara’ nasihat tu diberi.
Walaupun sebenarnya tak perlu nak terguris sangat pun.
Tu kan cara Allah ‘tegur’ saya, melalui orang lain.

Lagi satu, bagaimana orang yang lebih memerlukan nasihat boleh nasihatkan orang lain sedangkan orang yang beri nasihat tu lebih memerlukan nasihat secara luarannya?

Tepuk dada. Tanyalah iman.

Posted from WordPress for Android

2 thoughts on “Teguran & Nasihat

Comments are closed.