Terpengaruh

hebat betul penangan media social ni kan.
sebab buat kita mudah terpengaruh.
kalau terpengaruh yang baik baik baguslah.
jangan terpengaruh benda yang tidak tidak yer, takmo takmo.
ni bebaru ni saya terpengaruh bila tengok mimie up gambar kat instagram.
gambar kopi secawan je pun. bila tengok rasa slurppp slurppp.
lokasi plak kat kl festival je.
terus cam okeh nanti nak ajak encik z gi sini.
balik dari majlis kat rumah norm & nain, kitorang pun pi lah ke kl festival.
cadangnya mau nonton movie cerita devil’s due.
tengok kat poster cam best je, cam seram je, cam takut je.
ni pun salah satu aspek keterpengaruhan gak ni.
lepas beli tiket, carilah dr cafe coffee.
letaknya kat ground floor.
sebelah dengan entrance depan jalan besar.
cara order sama macam starbucks dan coffee bean.
kena q beli kat kaunter.
sebelum tu korang tengok la minuman dengan price idaman hati.
IMG_20140112_152022
: : blended, espresso, hot drinks, cocktails : :
IMG_20140112_152525
: : lepas bayar, pick up order kat sini : :
IMG_20140112_152442
: : sementara tunggu order siap, kalau nak take away, boleh lepak lu kat sini : :
IMG_20140112_152912
: : saya ambik caramel frappucino with whipped cream. encik z ambik coffee mocha : :
IMG_20140112_155513
: : harga : :
standard harga starbucks & coffee bean gak kan?
rasa? sedappppp. kalau korang tanya mana lagi sedap, boleh saya katakan setanding dan setara.
kat kl festival ni takde starbucks dengan coffee bean, so ada alternatif la kalau korang nak mengopi.
IMG_20140112_160056
: : suasana di dr cafe coffee. sesuai untuk lepak santai : :
usai acara pengopian, terus lah kami gi nonton movie.
ughhh tak best langsung kot devil’s due ni!
pulangkan duit kuuuuuu *baling popcorn kat pengarah
taktau la ke saya yang tak paham ke cemana.
tapi cam nak kena berfikir bagai. ending dia pun saya cam apakah? gila ke?
encik z gamak paham kot sebab dia explain kat saya gitu gini.
kesimpulannya, cam nak tunjukkan kemunculan dajjal. gitulah.
apa ke susah sangat nak buat citer hantu tapi berbelit belit.
kang senang kau buat cerita perempuan dirogol lalu dibunuh.
lalu menjadi hantu dan membalas dendam.
straight forward gituuu.
hr_Devils_Due_7
hasil terpengaruh di instagram inaachik, saya ke kaison pula.
jual barang rumah yang comel comel.
beli kotak hadiah untuk letak hadiah birthday kaklong.
dan 2 bekas comel untuk letak handsocks & stokin. asyik la dok campak ke sana ke mari sampai cari pun tak jumpa huhu.
image
20140128-224814.jpg
pastu ajak encik z pi makan kat restoran hayaki.
bukan dalam kl festival tapi kat deret kedai bersebelahan.
jalan kaki pun boleh je.
ni plak gara gara terpengaruh tengok romantika linda rafar & syed aiman.
katanya restoran hayaki ni serve masakan kelantan. so lets lah try.
20140115-171531.jpg
: : beroperasi 24 jam. gamak lapau tengah malam boleh je terjah sini : :
20140115-171742.jpg
: : buku menu : :
20140115-171752.jpg
: : antara sajian yang dihidangkan : :
20140115-171802.jpg
: : set pun ada juga : :
20140115-171541.jpg
: : Iced Honey Lemon & Iced Teh O Laici. dedua pun berharga RM3.80 : :
20140115-171550.jpg
: : encik z makan Mee Kari RM6.50 : :
20140115-171557.jpg
: : saya makan Nasi Ulam Ikan RM7.90. sedap tu sedap tapi tak berapa kick sebab takde sambal belacan. ada budu je huhu : :
20140115-171607.jpg
: : Pulut Mango RM5.50 : :
total makan RM28.90. oklah kot no harga?
taste wise, ok ok la. nak kata sedap sangat pun idok, nak kata tak sedap pun ok ok jer.
nama pun ikan. kau goreng panas panas, makan dengan nasi panas.
memang sokmo sedap kot.

10 thoughts on “Terpengaruh

  1. memang tak best pon cite devil’s due tu. i is olso kesal! kalau tahu, baik nonton cite antu cina lagi bagus. jom kakak!

    • kan? tah hapa2 punya cerita. buang karan betoi.
      cerita minyak dagu lagi best kot #tetiba
      jom nanti dating kita nonton cite antu cina eh

  2. bkn pnggemar tegar kopi so x tpengaruh dgn Dr Cafe tp Hayaki tu ade la mcm terasa2 kt tekak nk g mkn especilly pulut mangga..bsinar2 jek warna kuning mngga tu…hehehe…

Comments are closed.