Action Song Peringkat Kebangsaan

korang ingat lagi tak entry yang INI, dengan yang INI?
ingat kot no? kalau tak ingat pun takpe, bukan dapat duit pun kalau ingat.
tapi saya wajib lah ingat, kata anak sendiri punya aktiviti kan.
kalau hari tu peringkat sekolah/negeri, kali ni peringkat kebangsaan.
tapi untuk sekolah kluster kecemerlangan katanya.
ntah la saya pun tak berapa paham benau nya, kang tanya banyak banyak kat cikgu, dia rengsa pulak nanti.
so bila yaya kata mommy, yaya kena pegi kuantan bertanding action song.
saya pun cam haa yer lah yer lah.. jom mommy hantar. gitu.
20131112-184409.jpg
: : tempat kejadian di sek keb saint thomas kuantan : :
20131112-184421.jpg
: : action song ni sama macam hari tu gak, sempena english carnival : :
masuk dalam sekolah terus cari dewan, sebab action song ni buat kat dewan.
macam kategori lain public speaking, choral speaking, storytelling semua buat dalam bilik darjah je.
nampak yaya terus lambai lambai ia.
ada 5 sekolah je pun yang bertanding. convent taiping peserta terakhir untuk perform.
580301_10152119548514131_1859855043_n
: : wajah wajah ceria sebelum bertanding : :
20131112-184441.jpg
: : pakai baju yang sama gak. sib baik semua pun muat lagi : :
1464674_10152119334919131_1322461608_n
: : tertoleh toleh pandang belakang. mommy ada kat belakang ni nak oii : :
20131112-184452.jpg
: : backdrop : :
20131112-184459.jpg
: : yaya & mommy : :
 
20131112-184537.jpg
: : camwhore anak beranak. hidung tu trademark sangat kot. penyek : :
kemudian sampailah giliran sek keb convent taiping buat persembahan.
terus saya yang berderau berdebau debau ehe.
masa depa perform tu tetiba ada sorang encik jurugambar ni tegur saya ‘dari sekolah mana ni cikgu?’
wahh ada rupa paras cikgu ke saya ini? hiks.
convent taiping.
oh, convent? ganas budak budak ni menari.
20131112-184557.jpg
20131112-184603.jpg
482442_10152119338634131_631631475_n
: : thank you encik z yang bertungkus lumus snap gambar dan rakam video : :
dah habis action song, solo singing pulak. pun ada 5 orang peserta.
yang wakil convent taiping tu darjah 4, anak cikgu.
dia tengok peserta sebelum tu nyanyi best, dia dah stress. terus nangis.
alahai.
teringat saya kekecik dulu ada masuk pertandingan bercerita.
elok mukadimah ‘pada suatu hari…’
pastu uwaaaa… saya nangis. ntah hapa hapa sungguh.
cerita je la kan, nak nangis pasai apa.
yer saya kekecik dulu selalu nangis. orang panggil cembeng/cengeng.
sesikit nak nangis, sesikit nak nangis. pffftt..
solo singing ni salah sorang pesertanya ialah artis.
aku la dok dengar cikgu dok sok sek sok.
depa kata namanya trisyia, peserta popstar ceria kat astro tu.
oooo haruslah saya tak kenal.
tapi yaya kenal. dapat nombor 2 budak ni dalam pertandingan popstar cerita tu.
memang sedap pun suara dia.
saya ada rakam video, nanti la saya upload kat youtube saya letak sini ek.
20131112-184616.jpg
: : semua pakat pakat nak bergambau dgn trisyia : :
20131112-184645.jpg
: : pose artis dan peminat sangat tiheee : :
akhirnya masa yang ditunggu tunggu pun tiba.
masa untuk keputusan! uhuu..
1456489_10152119342509131_951458747_n
: : berdebar menunggu keputusan : :
dan keputusannya adalah, champion action song national level jatuh kepada sekolah kebangsaan convent taiping!
alhamdulillah. suka lah bebudak tu dok jerit jerit termasuklah saya heheh.
ni pun encik z ada rakam video. nanti saya up lagi satu entry bubuh semua video k.
1458414_10152119343189131_682617151_n
: : q ambik piala : :
20131112-184655.jpg
: : kamilah juara! : :
1471191_10152119343784131_172845877_n
: : encik jurugambar yang panggil saya cikgu sedang menyusun student : :
cikgu, cikgu.. pegilah naik stage ambik gambar.
eh takpe takpe. saya cikgu belakang tabir je.
nak gak feel feel cikgu khennn hehe.
1451367_10152119348329131_1307750570_n
: : ok semua sekali cikgu dan peserta yang ambik bahagian : :
20131112-184701.jpg
: : cikgu yang bertanggungjawab menunjuk ajar group action song sk convent taiping. terima kasih cikgu! : :
20131112-184711.jpg
: : mommy pun nak tumpang bergambar dengan piala : :
cuma tak puas hati sikit dengan piala ni.
apa relevannya nak letak sek keb saint thomas kat piala ni ek?
tau la depa penganjur tapi cam gila kuasa je nak letak nama sekolah depa kat sini.
seolah olah macam depa yang menang.
tak pun nanti cam bila yaya dah besar, bila orang tengok piala ni mesti orang ingatkan yaya penah sekolah kat saint thomas ni. yes no?
09112013985
lepas tu terus ke kantin untuk jamuan makan.
dah orang bagi makan free kan, rezeki jangan ditolak.
lalu saya dengan encik z pun tumpang sama menjamu selera.
20131112-184717.jpg
20131112-184732.jpg
pastu terus ke tempat persalinan tukar baju segala.
kasi bergambar seround dulu.
20131112-184737.jpg
1454770_10152119349359131_518481718_n
: : ok jom bergerak pulang! : :
tahniah anak-anak sebab jadi champion action song peringkat kebangsaan.
mommy tumpang bangga dengan korang semua 🙂

18 thoughts on “Action Song Peringkat Kebangsaan

  1. Eh… yang bab cerita sekerat pehtu nangis tu kan… taun lepas masa birthday Yaya kat umah kak long tu pun centu kan… dia cerita sekerat.. pehtu dia lupa.. terus nangis… menurun dari mommy rupanya… heheheheh

    • haah last year kat rumah kaklong kami ek hehehe..
      like mommy like daughter, motip sangat nak nangis kan walhal nak cerita je hikhik

  2. cayalah convent taiping!!!
    kita pun tumpang happy
    haah la cikgu normaya mcm x releven letak nama sek.saint Thomas tu
    kalau penambahan kat depan ‘held at’ baru la wajar kot

Comments are closed.