U Cafe Wangsa Walk Mall

adalah di satu hari kerja tu, petang balik kerja je tekak saya cam teringin ringin nak makan green curry kat mango chillies wangsa walk.
so ajak la encik z pegi.
elok je dapat parking pun ha bebetul dekat kedai.
bila masuk duduk je pekerja tu kata dapur depa rosak. dalam setengah jam ke 45 minit baru ok.
sentap la mak hencek di situ kan.
tak sanggup la nak tunggu lama nau.
dah la perut melapau sebab punya la biar perut kosong nak makan green curry.
lalu terus lah membawa diri.
pastu cakap dengan encik z jom la try kat u cafe.
macam kelas kelas je restorannya.
DSC_1473 Editted
boleh makan kat belah bawah, atau belah atas.
so kitorang naik panjat ke atas.
environment memang best lah. cosy je.
moh tengok menu nya cemana ke pulak.
20131023-131613.jpg
: : buku menu yang simple : :
20131023-131621.jpg
: : ada jua menu di papan hitam : :
pilihan makanan boleh tahan banyak.
ada western, malaysian food, goreng goreng, pasta semua pun ada.
beverages pun canggih canggih semua campuran gitu gini.
20131023-131632.jpg
: : u fresh lemon honey drink RM6.90. sedap plisss.. ada anggur kecik ditabur bersama : :
20131023-213212.jpg
: : old malacca coffee cold RM5.90. pun sedap : :
20131024-110847.jpg
: : encik z makan pineapple seafood fried rice RM15.90 rasa so so : :
saya makan fried kway teow w X.O sauce in lotus leaf.
hambik kau panjang nama menu nya, walhal kway teow je pun hehe.
sebab nampak dalam gambar cam menarik je. RM12.90.
20131023-213201.jpg
: : dibungkus dan diikat dalam daun : :
20131023-131705.jpg
: : bila dah dibukak cenilah romannya : :
20131023-131714.jpg
: : kerang bapak besar hoih : :
kira tastewise boleh bagi 4/5. sedap lah dengan harga cenggini.
kot korang kalau tersesat barat kat wangsa walk boleh la try makan kat sini.
sesekali sokay, kalau seselalu pengsan.
sebelum balik encik z tanya saya, u cafe ni satu syarikat dengan u mobile ke ek?
hmmm… cemana nak jawab tu…

8 thoughts on “U Cafe Wangsa Walk Mall

  1. pernah makan kat sini ngan cik abe..tp makan western jer..biaa la..along if kuar ngan cik abe..dia x suka along duk amik2 gambar makanan ni…looser katanya…pfftttt…jeles la tu…

    • saya ni pun snap gambar kalau pegi kedai yang tak penah/jarang pegi. kalau dah selalu tu cam memalas gak he he..

  2. cam bes.. ada gak sesekali ter sesat barat ke wangsa walk nih.. tp tak pernah lagi try kedai2 camni..bule la try nenati. huhu. tp fobia tgk nasi goreng dlm nenas tu sbb pernah makan kat krabi. dah la org tu tersalah bagi. mintak satu je nasik goreng nenas. dtg dua.. terus tak abis..

Comments are closed.