Labaikallah hum mala bai… labaikallah syarik kal la kala bai…

hari khamis lepas ayah mertua saya berangkat pegi menunaikan haji.
saya dengan encik z ambik half day, balik kundang dulu.
pastu sebelum gerak encik z azan. rasa saya ni first time kot saya bebetul hantar orang nak pegi haji dari awal.
sebelum ni siapa pun yang saya hantar eh? arwah tok & tokwan. kira tu pun bukan dari rumah, terus ke kompleks tabung haji sana je.
image
flight pukul 1 pagi.
tapi memang kena pegi awal la kot untuk urusan gitu gini.
pukul 5 petang semua pun dah sampai kat kelana jaya.
pukul 9 malam baru depa semua bertolak naik bas khas ke klia.
buat duit betul orang yang ambil kesempatan meniaga kat sini.
belon bentuk patung upin ipin, ultraman.. RM7 satu.
menjelang malam jadi RM10 satu. pengsan.
melayan zharief dengan zhicrie je lah saya ni.
image
image
penat layan depa, main game kat ipad.
kemudian termenung.
tapi memang meriah la kat sini.
terpancar muka muka kegembiraan mereka mereka yang nak menunaikan haji.
kebanyakan pun warga tua lah.
oh yer ayah mertua saya pergi sorang, mak mertua saya tak pergi.
ayah mertua saya pergi dengan adik lelaki dia, acik lan.
image
20130921-164838.jpg
: : encik z & ayahanda nya : :
20130921-164849.jpg
: : 3 beradik. dari 2 generasi : :
20130922-172137.jpg
untuk ayah dan semua yang bakal menunaikan haji, semoga selamat pergi dan pulang.
semoga mendapat haji yang mabrur, insya Allah…..
Firman Allah SWT: β€œDan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Al-Imran, ayat 97)

6 thoughts on “Labaikallah hum mala bai… labaikallah syarik kal la kala bai…

Comments are closed.