A Thought about travelling by Henry Rollings

hari tu masy ada tweet pasal ada sorang ni blog kan pengalaman dia pegi travelling ke korea dengan satu grup.
pas tu ada la peel peel ahli kumpulan yang menyakitkan hati.
saya pun kepohchi mintak link blog tu, lalu masy pun bagi.
bila saya baca cam fuuuuuu memang sakit jiwa rasanya.
akak ni tulis blog cam lawak lawak gak la.
sambil saya bayangkan peel peel orang dalam grup dia ni.
5 orang je pun depa.
tapi memasing perangai kemain hazabb.
gigih la saya tunggu dia update hari ke sehari.
akhirnya watamat. memang katanya dia serik dah la nak travel ceni.
baik dia travel sensorang.
saya ni pun dah travel dengan memacam jenis kengkawan.
ada yang begitu, ada yang begini.
kalau memang ambik pakej mungkin sokayy la.
tapi kalau yang cam plan gerak sendiri sendiri, memang nak ikut kehendak semorang susah lah.
sebab tu saya senang jalan dengan encik z je.
dia follow je kan. pastu dia akan snap gambar tanpa dipinta.
ada yang saya travel, kamera sendiri malas nak keluarkan.
pastu bila saya snap pemandangan ke, makanan ke, sibuk lah dia ‘maya amik gambar aku. maya ambik gambar aku kat sini, maya amik gambar aku kat sana’
derrrr??
kalau dia suh kamera dia sendiri tu logik gak la kan.
pastu takde pun dia nak offer offer kan amik gambar saya ke hapa.
sentap k.
ada plak yang jenis asyik nak bercakap sesaja.
nampak tiang lampu nak komen, nampak daun pokok jatuh nak kritik, panas sikit mengomel, sejuk sikit meroyan.
pfffffttt.. 24/7 bercakap tak penat ke yeop?
ada plak yang penggeli tak tentu pasal.
dah duduk motel 2 star kau nak xpac apa kan.
ni bila sampai siap buat muka gelik gelik.
dah tau style saya ni memang travel lite, backpackers, sapa suruh nak follow jugak?
pegi la ambik 5 hotel sana.
tskkkkkk…
eh macam macam peel lah.
sebab tu orang kata kalau nak kenal kawan sejati, bermusafirlah bersamanya. bermalam lah bersamanya.
haaa baru kau tau luar dalam kawan kau tu cemana.
pastu saya jumpa lagi satu blog.
masa tu saya nak search pasal manila rasanya.
best gila kot blog ni.
ayat-ayat dia lawak nak mampos.
tengah tengah malam dalam gelap saya baca guna ipad.
actually banyak je kan blog travel ni.
tinggal lagi cara depa kupas tu menarik atau tak je lah kan.
lagi 2 blog yang saya suka baca blog biqque dengan fatt backpacker busuk.
pun lawak lawak je depa tulis.
suka.
best kan baca ayat henry rollins ni?
korang kenal ke idok henry rollins?
henry collins ni ialah performer, writer, journalist, publisher, actor, radio host, activist and musician (hah ambik copy paste dari wikipedia he he)
dia macam ala-ala mother theresa, mahatma gandhi, hamka. selalu keluarkan quote yang best best, begitulah.
saya kan suka travel. bila baca quote beliau kat atas tu rasa macam bestnya, lalu nak share di belog.
negara pertama yang saya jejak of coz lah malaysia #lawakhambar
aternyerr yeop dah lahir kat malaysia kan.
kekira negara lain selain malaysia lah, pertama tama sekali ialah singapore.
tu pun sebab arwah abah saya kerja kat sana.
so takyah nak feel feel vacation sangat la kan, sebab dapat pegi dan stay sana pun di atas tugas arwah abah oleh kerajaan malaysia.
tu pun tak berapa nak boleh kira la kot kan sebab masa tu i small small.
ok lah kekira yang bebetul nya lah ni.
first negara yang saya pergi vacation ialah indonesia.
untuk lebih tepat lagi ialah ke Medan.
kenapa eh saya nak pergi sangat medan?
saya ingat masa saya form 5, lepak lepak kat rumah bf saya masa tu, KHJ. nampak la gambar depa sefamily pi bercuti kat medan.  matiklaa kekecik dah lepak rumah bf bagai.
tengok tasik danau toba tu terus cam satu perasaan menyusup, cantiknya tasik ni!
dan terus cam jiwa meronta nak nak nak pegi.
amboii baru form 5 jiwa dah meronta bagai.
apa nak buat, form 5 lah jiwa menggatal menggedik begitu kuat bersemadi.
kira ok la kan form 5 kan.
dari tua tua kabana ceni nak gatal gedik lagi, harus kena lempang laju laju bagi sedar.
so, masa tu pun air asia baru wujud, everyone can fly katanya.
gigihla book flight ticket semua.
bulan 8, 2007. saya pun fly fly lah ke Medan.
sapa yang follow blog saya lama dulu ada lah kot ek korang baca entry tu. saya baca balik cam terhapa hapanya dulu aku menulis. hikss..
nah saya letak sekeping gambar. belakang tu la tasik danau toba. sumpah cantik okk.
korang pegi lah.. cantik tau tempat ni.
dan bertitiktolak dari situlah saya mula merencana percutian saya. setakat ni memang saya pegi dekat dekat je.
tak mampu lagi nak pegi jejauh.
insya Allah bila hutang piutang dah terlunas baru boleh plan jejauh.
seingat saya tahun yang paling banyak saya travel tahun 2011.
saya pergi taiwan. miri. brunei. bali. singapore. dan hatyai. 6 tempat dalam masa setahun. nisbah 2 bulan sekali travel!
bila ingat balik heyy mana la aku cekau duit pegi sana sini ni.
walhal bukannya berduit sangat pun.
alhamdulillah, Allah SWT mempermudahkan semua urusan saya.
lain lain tempat yang saya pernah pegi cambodia, bandung, jakarta, laos, kota kinabalu, kuching, labuan, bangkok, hanoi & ho chi minh.
saya paling tak suka bila orang cakap ‘eh kau pegi sana buat apa? bukan ada apa.’
don’t say like that la my friend.
bagi saya setiap tempat tu ada keistimewaan tersendiri.
orang orangnya, budaya nya, makanannya, tempat bersejarahnya. mesti ada sesuatu yang boleh kita lihat dan pelajari.
dan bawak balik ke tanah air kita. untuk kita ingati dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
korang yang biasa pegi indonesia mesti tau kan cemana kat sana.
budak budak gelandangan tepi jalan, jual paper, nyanyi lagu, demi nak dapatkan sesuap nasi.
benda benda ni yang berharga untuk kita jadikan pengalaman.
lain la kalau korang vacation ke negara negara hebat, shopping prada, LV semua. tu mungkin lain lah pula pengalaman korang kan.

: : can’t wait! : :

5 thoughts on “A Thought about travelling by Henry Rollings

  1. Salam mya,

    hehe, nak kepoh jugak…boleh email/share blog yg cerita psl travel tu tak? tq

  2. jauh perjalanan luas pemandangan..dgn melanconglah kita dpt melihat dunia luar..byk lg yg kita x tau ada kt luar sana tu kan Kak…sementara ada rezeki tu,okla akak ambil kesempatan yg ada…

Comments are closed.