Welcome to Siem Reap!

korang mesti dah lupa kan yang saya belum share lagi sambungan cerita cuti cuti saya ke cambodia tahun lepas?
yer tahun lepas. bulan 1. ehek.
saya cerita sampai phnom penh je.
yang siem reap sampai ke sudah saya tak update.
sempena cuti 3 hari yang saya takde ke mana ni gigih saya cuba update mana mampu.
so sambungan dari ENTRY INI, (aah elok la tu, last saya update june 2012, sekarang june 2013. bagus timing yer normaya)
ok terimalah sambungannya…..
masa ni saya masih guna kata ganti diri aku. malas ler pulak nak tukau heh.
sebab sebenarnya ada entry yang saya memang dah menaip, gambau je tak upload upload.
eh tak yah banyak cakap lah, korang baca je la eh.
macam biasa tak paham boleh tanya. 😀
perjalanan dari phnom penh ke siem reap lebih kurang 4 jam ke 5 jam.
oh yer van yang kitorang naik tu memang tiket dah dibeli semalamnya lagi.
ustaz salleh la yang tolong arrange.
walaupun dia macam ala-ala kerek, tapi sokayyy la mulut je kerek tapi hati baik gitu.
tiket berharga 10USD.
van ni share reramai tau.
idok ler kitorang 6 ketul je naik.
stop 2 kali. dapat gak la aku kencing.
sebab duduk dalam van sejuk gini memang nak terkucil je.
stop kat tempat ni yang taktau nama.
aku beli mangga manis yang sedap.
pastu ada budak peminta sedekah ni.
kesian tengok ia 🙁
sampai je kat siem reap, driver yang bernama zaki dah sedia menunggu.
ok kat siem reap ni pun kitorang engaged guide.
namanya ustaz musa.
nanti hujung-hujung cerita aku share contact number ustaz musa ni k.
sampai dah ngam ngam waktu lunch.
so lunch dulu la kami.
lunch kat restoran milik ustaz musa.

: : ustaz musa : :
lepas kenyang perut suka hati, kami gerak ke destinasi pertama di siem reap.
iaitu LES Artisan D’ Angkor.
ni adalah handicraft centre.
tempat ni diwujudkan oleh kerajaan untuk bagi pendidikan kemahiran percuma pada anak-anak luar bandar untuk develop skills diorang dalam bidang ukir mengukir, pahat memahat dan perkara perkara lain yang sewaktu dengannya.
tapi tak lama lepas tu tempat ni dah diswastakan.
jadi cam ala-ala institut kemahiran MARA gitu la.
nak tau lebih lanjut, korang boleh baca kat WEBSITE ni ote?
masuk percuma sahaja.
tapi nak derma ikhlas dialu-alukan.
untuk setiap group, sorang guide akan menemani korang bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
sambil explain gitu gini.
dari sini kami bergerak ke destinasi seterusnya…..

2 thoughts on “Welcome to Siem Reap!

  1. Along pi Chiangmai ari tuh pun memang ramai jer budak2 mintak sedekah ni….sgt2 x suka..tp dah keadaan mereka macam tu kan..terima jer la…

Comments are closed.