Tonle Sap Lake & Floating Village

Tonle Sap Lake ni adalah salah satu tasik yang unik dengan keajaiban air ekologi di dunia.
Ia adalah tasik terbesar di Asia Tenggara dan perubahan dalam saiz dan dimensi setiap kali musim hujan.
Dengan saiz minimum 2,800 km ² dan kira-kira 1 m mendalam semasa musim panas, tasik akan mengecil.
Semasa musim hujan air sungai Mekong menjadi begitu kuat, ia membalikkan aliran sungai Tonle Sap dan menolak lebihan air hujan kembali ke Tonle Sap tasik.
Ini menjadikan tasik ke dalam takungan air semula jadi yang besar dan saiz tasik itu meningkat kepada kira-kira 15,000 km ² dengan kedalaman 8 m.
The Tonle Sap River menghubungkan tasik dengan Sungai Mekong di Phnom Penh, di timur selatan.
Dengan perubahan yang berterusan paras air, orang-orang yang hidup di tasik perlu menggerakkan rumah-rumah mereka jauh apabila paras air turun.
Seluruh kampung-kampung, termasuk sekolah, kedai-kedai, gereja dan ladang babi semakin ditarik ke tempat di mana air masih cukup tinggi untuk terapung.
hah kelas tak kelas rumah boleh digerak gerakkan.
rumah korang ado?
kitorang naik boat mengelilingi tonle sap lake dan floating village.
kena bayar tapi ampun lah bayaran semua kitorang dah masuk dalam lump sump makan apa semua.
mandang cerita ni pun dah setahun setengah berlalu, nota nota yang aku tulis pun mana campak ntah, so memang tak dapat nak share.
sorry sangat sangat.
memang jadi pengajaran kat aku lepas lepas ni jangan lagi dah lengah lengah nak update travelogue. haishh.
menyesal sekarang pun tiada berguna.

: : hah yang belakang aku tu lah zaki. driver dan pemandu pelancong sepanjang aku dan kawan kawan kat siem reap ini. baik orangnya : :
tujuan benarnya naik bot ni sebab nak tengok sunset.
kitorang tak share bot dengan pelancong lain. makanya bot itu kami yang punya he he.

: : rumah yang boleh bergerak ke sana ke mari : :
tetengah feel feel melayan perasaan atas bot tetiba nampak budak perempuan ni bapak laju mendayung ke arah bot kami.
macam ia pegang sesuatu.
bila aku amat amati…… heyyyy… ular sawa! *pengsan
apa lagi semua pun pakat pakat keluarkan kamera la snap gambar ia.
memula elok renyih, lepas renyih terus pekik ‘1 dollarrr… 1 dollarrr..’
mintak duit rupanya. aku buat buat tak dengar.
rasanya fin bagi kot. siap dia mintak kat ida, kat lelain la.
bila yang lain tak bagi terus dia tarik muka masam bebel bebel. sabau je la.
kami stop kat satu tempat yang macam ala ala rumah anak yatim.
tapi nak kata yatim sangat pun tak. tapi lebih kepada anak anak orang susah la.
mak ayah tak mampu tanggung, so hantar kat sini.
tapi aku tak pasti ni government punya atau NGO.
budak budak sini comel, behave je senyum bila ajak bergambar.
kitorang singgah kedai beli makanan dan minuman untuk didermakan kat sini 🙂
pastu lompat balik naik atas bot, bergambau bergambau bergambau.
bergambau la sampai lebam.
ok pulak lens kamera aku masa ni.
kadang ok, kadang k.o. hmpfffff…
masa yang dinanti nanti pun tiba.
sunset!

: : cantik angat angat! : :

: : yang ni pun cantik jugak #eh? : :

: : pose berangan : :
korang kalau ke siem reap, wajib naik bot kat tonle sap lake ni tau.
better ambik pakej/tour agent sebab jalan masuk ke dalam agak menjauh.
dan aku tak rasa ada public transport. kot.

One thought on “Tonle Sap Lake & Floating Village

Comments are closed.