Destinasi Cinta Dia & Saya

so, semalam 3rd anniversary kami suami isteri.
the day before tu saya ajak encik z pegi midvalley.
meaning on 4th la, bukan 5th.
sebab 5th tu hari rabu, ada destinasi cinta bersama air asia.
me want to tonton lorr.
elok nak turun kereta baru saya perasan alaaa takde kasut sarung dalam kereta.
tak sanggup saya berheel bagai berjalan dalam midvalley ni ha.
selipar office ada lah, tapi susah kot sebab jenis yang tersekat kat ibu jari.
bila pakai stokin tak selesa la kan.
encik z kata takpe kita pegi makan dulu, nanti kita cari stokin yang boleh masuk jari.
ingat nak makan kat foodcourt je.
saya teringin teppanyaki. encik z nak makan nasi lembik tu.
yang gaul gaul dengan daging tu.
tetiba tengok eh eh food court dah ghaib?
nampak nau lama bebenau kitorang tak gi midvalley.
sapa tau eh food court baru pindah di mana lah?
pastu cam hmm takpela jalan je la tanpa tujuan cari tempat makan.
nampak la restoran bumbu desa ni.
memula harus cam ketakutan kan, kot harga melampau lampau.
tapi bila tengok set nya cam eh eh ok jugak.
so kami terus masuk makan kat sini.

: : es cincau yang datang dengan set. kalau taknak es cincau, boleh ambil es timun : :

: : encik z ambil Set Panasta RM15.90. Ada Ayam Cabai Ijo, Tahu Goreng & Sayur Asem : :

: : saya ambil set Paket Twin RM22.90. Ada Talapia Goreng, Tempe Goreng, Tahu Goreng, Kangkung Goreng & Sayur Asem : :
usai makan, pegi la cari stokin jari.
oh yer daiso yang jual barang harga RM5 tu dah dibuka kat midvalley ni tau.
so pasni takyah la sesusah nak pegi yang kat the curve sana tu.
kat sini lah saya beli 2 pasang stokin jari.
eh encik z yang belikan. belanja anniversary katanya.
mampu korang hadiah anniversary dapat stokin jari 2 pasang? hewhew.

: : somel tak stokin jari titew? : :

: : baru lah selesa! : :
lepas tu kami nonton movie.
life of PI. selling fast ok.
kena duduk kat seat 2 dari depan.
mendapatlah mendongak.
tapi tak menyesal dan tak rugi.
sebab cerita ni best! best angat angat angat.
mengisahkan seorang budak India yang keliru dalam mencari Tuhan.
akhirnya terdampar dalam bot di tengah lautan pasifik bersama seekor harimau.
yes u heard me. harimau yang bernama richard parker.
kelasss nama harimau kan.
so sila bayangkan macam mana kau dah terdampar tengah laut tu dah hazab.
ni ada plak seekor harimau dengan kau.
bukan sehari 2 plak tu, tapi selama 227 hari bersamaan lebih kurang 7 bulan setengah!
macam mana PI dengan richard parker boleh ada kat tengah laut?
tu korang kena tonton.
cerita ni adalah best. like seriously best.
sila pi tonton ok?
so kejadian sebenar anniversary semalam.
saya dah plan nak buat surprise untuk encik z.
so saya cari lah kedai bunga online dan mintak diorang hantarkan bunga.
being me yang berkira sikit ni ha, harus saya cari yang paling murah.
and yes memang murah pun.
siapa nak tau sila email saya k, nanti saya bagitau website tu 🙂
tapi boleh plak semalam encik z ada course kat lanai.
terpaksa la call balik mintak tukar venue.
dan suruh hantar waktu lunch.
akhirnya selamat lah sampai kat encik z bunga yang cantik itu.
of coz la pakcik tu terperanjat kan he he he.
balik kerja semalam terus je pegi makan satay dengan mee rebus kat foodcourt baru area rumah saya.
oh yer kedai yang saya selalu makan kat rampai business park tu dah tutup.
terus cam hilang punca nak makan kat mana tau.
si baik jumpa foodcourt d’tasik ni. dia kat depan-depan tasik tu.
alah siapa duduk area setapak jaya tau kot.

: : celebrate anniversary dengan memakan satay & mee rebus he he : :
sokayy la makanan kat sini sedap jugak.
hari tu saya makan tomyam dengan sup daging.
next time boleh try ikan ikan pulak.

: : mat bunga : :
bunga dia nak kata warna pink pun tak, purple pun tak.
tapi macam gabungan dua warna ni.
first time saya tengok. cantik cantik cantik.
cuma yang part lawak sikit kat kad ni la.
saya email lah kata-kata yang nak ditulis tu.
saya ingatkan kot yang tulis tu mestilah tulisannya lawa kan.
tapi gini tulisannya. dah la salah ejaan.
imam la incik. bukan iman.
encik z lagi best ‘awak suruh yasmin ke yang tulis?’
heyyy.. haha.. walaupunnnnn kan..
yang si payiet lagi menjerit.
hello.. kenapa tak print??
he he he.
ok la nanti di masa depan saya propose kan kepada mereka suruh print.
encik z bagi apa kat saya?
saya mintak dot dot dot. tapi macam takde harapan je nak dapat heh.
malam tu kitorang nonton destinasi cinta bersama air asia.
saya suka sangat tau nonton destinasi cinta ni.
saya kan suka jalan, so bila tengok rasa cam eh eh bestnyaa.
paling saya suka masa raja farrah dengan megat pegi kochi india.
saya peminat filem tamil kan.
memang selalu tengok diorang shooting kat kerala.
so saya cakap dengan encik z, panjang umur we must go there.
cewahh.
and guess what, salah satu destinasi dalam destinasi cinta ni, saya akan pergi next month. siapa terror sila lah teka! 🙂
3 years. and counting.
happy anniversary to us!

11 thoughts on “Destinasi Cinta Dia & Saya

  1. bestnya dpt bunga!! nak gak tp suami sy tak nak bg la dia kata baik blanja mkn dr membazir bg bunga.. apakah sy patut tiru cara akak dgn bg bunga kt dia dulu pstu letak kad.. pecah kaca pecah gelas.. huhuhuhu but so sweet la suprised kn suami cmtu..

  2. mak aih tulisan…print la kot ye pun..
    sy teka terengganu
    eh diaorg ada g ganu ke?
    belasah

  3. Congrats Maya!!! Happy anniversay… and many happy returns!! Moga berbahagia hingga ke SYURGA… amiinnn…

  4. tetiba rasa nak teka pasal destinasi ko tu, tapi tak de hadiah plak kalau betul, so tak jadi teka.

    Tulisan pada kad tu adalah keanak anakkan, sila beli printer pls

  5. happy anniversary….!
    kalau aku nak kasi bunga kat laki aku, agak2 penat tak despatch tu nak kejar laki aku yg berubah2 lokasi setiap masa? hehehehe

Comments are closed.