SimplySiti Grand Finale Star Search

pada 20 oktober yang lepas telah berlangsungnya Simplysiti Grand Finale Star Search.
seramai 10 orang peserta telah berentap untuk merebut gelaran Miss Precious, Miss Memoire dan Miss Pure.
saya datang dengan kaktin.
tq kaktin sebab sudi nemanin diriku.
wah siap cop tangan. dah macam nak masuk club. heh.
oh yer kejadian berlangsung di the strand kota damansara.
first time kot saya sampai sini. sesat barat jugak lah.
majalah Lisa merupakan antara penaja selain dari Simplysiti itu sendiri.
dan juga metrowealth 🙂 .

: : penyokong : :

: : inilah dia peserta akhir Simplysiti Star Search. cantik cantik semuanya : :
majlis diacarakan oleh pasangan suami isteri, awal ashaari dan scha al yahya.
kesemua peserta diwajibkan membuat persembahan berupa lakonan pendek di hadapan juri.
ha tu 3 orang tu la juri tu.
dato’ siti nurhaliza. mejar david teoh dengan sorang lagi tu orang kuat majalah lisa.
artis jemputan faizal tahir. tengah perform lagu karma. lagu favourite dato’ siti katanya.
diorang ni punya lakonan perghhh memang mantap kot.
meremang remang bulu roma saya.
oh kenapa diorang kena berlakon?
sebabnya, 3 orang pemenang akan dipilih untuk berlakon dalam filem mejar david teoh tau.
zalif, siti dan epie pelakon yang membantu peserta dalam merealisasikan lakonan 3 minit mereka di atas pentas.
selain dari 3 orang juri di atas, pihak media juga diberi peluang untuk memilih peserta kegemaran.
agak-agak siapa yang saya pilih? eh undi adalah rahsia! :-p
masa yang dinanti nantikan pun tiba.
inilah dia barisan peserta simplysiti grand finale star search.
diumumkan oleh awal ashaari dan 2 orang duta perfume simplysiti yang hensem!
dan pemenangnya adalah……………………. *drum roll
Miss Precious – Musal
Miss Memoire – Hidayah
Miss Pure – Liyana
congratulations girls!
usai keputusan, dato’ siti nurhaliza membuat persembahan falling in love nya.
dan seperti biasa, saya mesti falling punya lah 🙂

: : epie raja lawak : :

: : hi mejar! : :

: : scha & awal yang main-main bergambar. ngada! : :
untuk lebih mendapat gambaran sebenar hari kejadian, korang boleh tonton youtube ni k.
credit METROWEALTH.
nak kenal peserta simplysiti grand finale star search dengan lebih dekat?
jom kita stalk blog dorang jom!
1.  MUSAL – http://musalmahrahman.blogspot.com
2.  LIYANA – http://borneodarling.blogspot.com
3.  HIDAYAH – http://hidayahserialam.blogspot.com/
4.  SOPHIA – http://sophialiana.blogspot.com/
5.  MA ET – http://hasnidainibelogsaya.blogspot.com/
6.  ARDIELA – http://ardielarahman.blogspot.com/
7.  HAAS – http://hasmidarjaafar.blogspot.com/
8.  JANNA – http://wanitabukanratu.blogspot.com/
9.  NAZEERA –http://miszjern.blogspot.com
10. KETTY NATALIA – http://kettynatalia.blogspot.com/
nak tau lebih lanjut tentang produk simplysiti?
sila ke http://simplysiti.com.my/

5 thoughts on “SimplySiti Grand Finale Star Search

  1. best giler kot.
    tq kerana mengangkut diriku sekali. sonang jer takyah masuk contest bagai, terus dpt invitation…best best 🙂

Comments are closed.