Shah Alam, Klang, Makan-Makan

dah caca marba oihh cerita ceriti saya.
dah tak tau mana dulu mana kemudian.
gasak la eh.
bak kata sahabat saya ni ha, dah snap snap gambar, sayang plak kalau tak diblogkan.
so zass je lah.
korang pun bertabah la yer membaca.
mana yang sempat saya update je la laju laju dulu.
ok ni cerita sama dengan hari saya up ENTRY ni.
tapi kisah sebenar benar nanti yer.
ni saya cerita dulu lepas jumpa dengan SI DIA tu, saya dengan encik z ronda ronda lah dalam mydin subang jaya tu.
beli karpet kecil, beli almari kain etc etc.
lepas tu ajak encik z pegi setia city mall.
ye lah dah sana sini orang dok gebang je pasal scm ni, harus taknak ketinggalan (perlu ke pun?)
so pegi lah.
otw nampak accident. scary huhu.
berpusing pusing jugak la mencari scm ni.
macam confuse ia dalam kawasan shah alam ke klang sebenar benarnya?
tapi berkat kebijaksanaan kami berdua, sampailah jugak.
ditemani hujan rintik rintik.
takde buat apa pun kat sinun.
pusing la dalam H & M yang digembar gemburkan.
sokayyyy biasa je pun kot.
takde yang terpikat di hati.
puas ronda jom lah balik.
sebelum tu tapau krispy kreme tapi malangnya menjadi rezeki lipas.
kenapa?
dapat lah rasa sebijik. encik z sebijik.
pastu kitorang tertinggal dalam kereta.
tak sampai 10 minit encik z turun nak ambik, dah ada lipas2 kecil dalam tu.
apakah?????
adakah kereta adil itu merupakan rumah lipas??
why lah lipas?
malam tu dinner kat fiske steakhouse yang terletak di medan selera AU2, taman keramat. berdepan dengan kilang pernec.
siapa yang biasa area keramat tau kot eh?

: : gambar KREDIT  : :

: : nescafe O panas RM1.50 & laici RM2.50 : :

: : mushrooms soup dan roti RM3.90 : :

: : mixed grill. ada chicken, lamb dan beef RM20 : :

: : grill lamb chop RM12.90 : :
ok la makanan memuaskan.
servis pun cepat. harga berbaloi baloi.
tu boleh tengok kat gambar atas tu waktu operasi dan nombor untuk dicalling calling.
sapa pecinta western gi lah try k.
ok ni dah alang-alang cerita pasal makan, saya satukanlah sekali dengan entry makan-makan saya kat 2 tempat ni ha.
tapi lain lain hari la ni yer.
jangan ingat saya ni kaki makan sampai lahap semua hari yang sama.
no no no.
ni saya dinner kat restoran bawang kecik kat aeon setiawangsa.
konon pi sini sebab nak shopping barang pantry office.
pastu baru teringat masterchef ada penyingkiran.
makan laju laju terus balik. huhuhu.
kat aeon setiawangsa ni memang meriah dengan restoran.
macam macam ada. yang tak sempat saya nak rasa, pastu dah tutup pun ada jugak.
sama macam kat wangsa walk la, meriah dengan restoran.

: : air assam boi ia sedap RM2.80 : :

: : encik z makan kam heong fried rice RM6.90 : :

: : saya makan asam pedas tenggiri RM11.90 : :
tapi asam pedas tak macam asam pedas ponn.
potong laaa.. ini bukan asam pedas. ini asam rebus huhu.
korang pegi je aeon setiawangsa, jumpa je restoran ni kat ground floor.

: : pasta seafood berkrim! RM20 : :
boleh agak tak pasta seafood berkrim ni saya makan kat mana?
cer cer cer teka.
yer kat william danau kota.
sedap sangat plissss….
tapi gara-gara nak makan pasta ni lah saya terlepas nak tengok destinasi cinta norman hakim & memey ke medan indonesia.
cari cari dalam youtube pun tak jumpa.
huhuhu…

2 thoughts on “Shah Alam, Klang, Makan-Makan

Comments are closed.