Saya Simpati. Jujur

ahad lepas saya keluar pegi kompleks mutiara jalan ipoh.
tujuan sebab nak cek kamera saya tu lah.
yang ‘konon’ rosak tu.
kedai kamera kat kompleks mutiara tu tutup lah pulak.
so terus je ke sunway pyramid sebab janji nak tengok kaktin main boling inter-pasukan.
sebelum tu lunch dulu kat laksa shack.
memula dah plan dengan encik z nak lunch mcd.
tapi bila dah sampai sunway pyramid, apa kelas datang jauh-jauh makan mcd.
tu yang makan kat laksa shack.
tapi tak sedap pun laksa sarawak dia.
tak sama macam saya makan kat kuching & miri dulu. huhu.
masa saya sampai kat tempat kejadian dah masuk game ke 3.
diorang main 5 game.
kaktin tu sebenarnya bidan terjun je tu.
dia ganti orang yang tak dapat nak main.
tu pun 2 orang sebenarnya yang tak dapat main.
ada ke kaktin ajak saya main.
heyyyy….
saya tak pandai dan saya tak minat main boling.
so pls?
saya datang bagi sokongan cukup.
dapat pahala tau menggembirakan kawan-kawan 🙂
saya harap kaktin gembira lah dengan kedatangan saya tu memberi sokongan yang tak seberapa.

: : gigih ni pakai warna tema pasukan kijang : :
dan keputusan akhir pasukan kijang menang keseluruhan.
alhamdulillah 🙂
saya tinggalkan kaktin pukul 6 petang camtu sebab tak solat lagi.
pastu jalan jalan dalam sunway pyramid.
takde la apa nak cari pun.
jalan jalan cuci mata di samping bercinta dengan suami.

: : tetiba ada merry go round di tengah dunia : :
pas maghrib saya cakap dengan encik z cam teringin nak makan kat bawal power kat uptown damansara nun.
so encik z pun bawak.
tapi kecewa sebab tutup 🙁 🙁
takpe takpe takpe. nanti saya nak buat bawal power sendiri.
alah goreng biasa je kan? rangup rangup kan?
pastu buat cili kicap campur bawang tu.
tungguuuu..
lalu end up saya makan nasi goreng ikan masin dan lala masak cili kering saja.
dan lychee shake ali baba yang dah tak sedap.
yang dah tak shake. dah la harga makin naik.
frust tau.
oh yer masa makan tu kan, kitorang duduk betul betul depan gerai sorang pakcik ni.
dia jual satay.
dari sampai hingga kami nak balik takde pun orang order satay kat kedai dia.
saya cam sedih dan simpati.
banyak lagi kot satay dia yang dia dah ikat-ikat.
secara logiknya orang tak datang uptown damansara ni untuk makan satay kot kan?
semua pun makan steak. tak pun masakan-masakan cina.
pastu dia bawak kertas menu pegi dari meja ke meja cari customer.
jujur ah saya sedih 🙁
ni saya snap gambar gerai dia.
kalau kot korang ada nak tempah satay tapi taktau kat mana, korang boleh call nombor ni. 014 2235034.
nama dia wak aziri.
dia tulis situ satay kajang.
so saya assume dia duduk kajang dan meniaga sekitar kajang jugak lah kot.
saya ada satu lagi cerita nak share dengan korang pasal simpati simpati ni.
kisah tu rasanya saya lagi simpati kot.
takpe simpan dulu.
takkan lari blogmaya dikejar.
kan?

5 thoughts on “Saya Simpati. Jujur

  1. of course i am happy!
    thank you for being there for me n KIJANG!
    yeayyyy kijang juara lagi n lagi n lagi….
    #toksahdokyeayyysgtlabukanbolehmasukkubopon ;p

  2. saya pon klu g tmpt2 mkn pastu tgk org x dtg nyinggah kedai mmg rasa kesian jek.Yelah,penat2 dia bukak kedai,org keliling laku dia sorang jek x jln..dats y xleh nk g tmpt2 mcm tu,cz biler kesian msti beli pastu x habis..da mbazir.Insyaallah ada la rezeki Wak tu ye Kak…

Comments are closed.