Salahkah Aku?

few weeks back saya ada tonton 2 cerekarama.
satu tajuknya salahkah aku. dan satu lagi aku mahu terbang.
aku mahu terbang ni dah pernah tayang dulu.
ditayangkan balik sebab tercalon dalam anugerah skrin.
lakonan terbaik syafie naswip dan ehem ehem my lovely beto kusyairy.
sedih kot ceritanya. kalau korang nak tonton pi cari kat youtube sana.
saya nak share lagu dalam cerita ni. kesedihanku by sammy simorangkir.
sedih lagu ni. memang synchronize betul lah dengan cerita aku mahu terbang ni.
Sepinya hari yang ku lewati
Tanpa ada dirimu menemani
Sunyi kurasa. Dalam hidupku
Tak mampu aku ‘tuk melangkah
Masih ku ingat indah senyummu
Yang selalu membuatku mengenalmu
Terbawa aku dalam sedihku
Tak sadar kau tak disini
Engkau masih yang terindah
Indah dalam hatiku
Mengapa kisah kita berakhir seperti ini
Masih kuingat indah senyummu.
Yang selalu membuatku mengenangmu
Terbawa aku ddalam sedihku
Tak sadar kini engkau tak disini
Engkau masih yang terindah
Indah dalam hatiku
Mengapa kisah kita berakhir yang seperti ini
Engkau masih yang terindah
Indah dalam hatiku
Mengapa kisah kita berakhir yang seperti ini
Hampa kini yang kurasa
Menangispun ku tak mampu
Hanya sisa kenangan terindah
Dan Kesedihanku
dan ada satu scene tu, beto kusyairy nasihatkan syafie.
masa tu syafie kecewa sangat bila abang & mak dia meninggal dunia dalam kemalangan.
watak syafie dalam cerita ni namanya rezki.
terkesan sangat rasanya dialog ni buat saya.
Rezki, perjalanan rezki masih jauh
Abang tau sekarang ni rezki tengah susah dengan semua yang jadi
Abang faham tapi abang nak bagitau rezki kalau tuhan tu nak duga rezki maknanya dia tau yg rezki blh hadap
Kena ingat bila Allah izinkan masalah tu datang dalam hidup kita dia mesti juga hadirkan jawapan untuk masalah tu
Kita jangan gagalkan diri kita sendiri sebelum Allah sempat makbulkan doa kita
Jangan mengalah rezki. Bukan masanya….
dan untuk cerekarama salahkah aku tu pulak, pun korang boleh search kat youtube.
sein ruffedge & anzalna berlakon.
cantik la anzalna pakai tudung. sangat cantik.
dua-dua dorang ada scene berdoa.
dan dua-dua scene pun buat saya sedih, sayu, sebak, syahdu semua lah.
masa anzalna doa tu, saya nangis sobsobsobsob.
akhir-akhir ni rasa macam rapuh benar hati saya.
Ya Allah ya Tuhanku jika dia benar jodoh ku Ya allah kau eratkanlah lagi hubungan kami
dan jangan pisahkan kami
Jika dia bukan jodoh ku, kau beri lah kami jalan yang terbaik supaya tidak saling menyakiti
Aku ingin zuhud ke jalanmu ya Allah
Makbulkan lah doa ku
Ya Allah ya Tuhanku
Adakah kerana penghijrahan aku maka aku diuji dengan sebegitu hebat
Atau adakah ini kafarah atas dosa-dosa ku yg lampau
Andai ini dapat meringankan dosa-dosa ku yg lalu
Maka aku redha ya Allah
Engkau tunjukkkanlah kepada ku jalanMu yang terbaik
Aku amat merindui suami ku ya Allah

4 thoughts on “Salahkah Aku?

  1. lama gile x tgk drama..ate nye malas aku nk bising2 berebut remote ngan anak
    kalo berebut remote ngan suami pasal bola pn aku kalah..ape lagi kalo ngan anak kan..
    huwaaa pasrah
    nasib ade youtube..tq youtube saya mesti pilih!! (Y)

Comments are closed.