Berbuka Puasa di Kampung Pengantin

semalam saya berbuka puasa kat kampung pengantin.
sebelum tu pegi kl festival dulu mau cari kasut.
tapi tak jugak jumpa yang berkenan di hati.
selalunya memang beli sandal biasa je tapi tahun ni, hmmm…

jalan-jalan kejap kat kl festival tu pastu terus ke kampung pengantin.
plan nak berbuka kat sini dah lama tapi tu lah dia, takde masa dan kekangan kewangan juga.
nasib baik last minute, B** annouce ada advance.
merasalah juga ke sini.

cuma RM25nett per pax.
memula saya ingatkan hidang, tapi rupa-rupanya buffet.
menu sangat minima.
nasi bukhara ayam & kambing, mee kari, kueyteow goreng, air sirap, air panas, aneka pencuci mulut.
tapi sangat puas hati.


: : bubur pulut hitam, bubur kacang, laici kang moden, ABC : :


: : sirap, fruits, kuih muih : :


: : mee kari & nasi bukhara ayam/daging : :

kueyteow tu saya lupa nak ambil.
hidangan semua adalah sedap.
katanya memang masak untuk lauk pengantin kan.
walaupun pilihan tak banyak, tapi dengan harga RM25 makanlah sampai kenyang.


: : dekorasi yang cantik : :

balik tu siap dibekalkan dengan serunding untuk tetamu.
harap-harap buffet ni ada lagi la tahun depan.

boleh buat gathering/reunion/buka puasa dengan kawan-kawan.
kawasan luas, ample parking, surau semua ada.

alamat kampung pengantin : Level 3, PV128, 128, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur.

saya kan siap cakap dengan encik z, nanti yaya besar nak buat wedding dia kat sini lah.
lalu saya pun cari lah info pasal kampung pengantin ni.

untuk wedding, minima pax 600 orang. buffet style RM35 per pax.
600 x 35 orang RM21,000.00.
kalau gitu saya kena menabung dari sekarang lah untuk sponsor wedding yaya.
aha berangan! 😛

4 thoughts on “Berbuka Puasa di Kampung Pengantin

  1. perkampungan ini kira tmpt baru…dolu dgrnya kawasan perkampungan beti suasana kg….tmpt baru nih pun senang nk jumpe..tepi jalan jer dah nampak …sbl kl festival city…blah kiri…bawahnya restoren pelita… 😉

Comments are closed.