Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung

Ramadan.
Mendengar nama bulan suci ini sahaja sudah buat jiwaku bergetar.
Bulan di mana pintu-pintu syurga dibuka,syaitan dibelenggu belaka dan pintu-pintu neraka tertutup rapat,serapat-rapatnya.
Bagiku Ramadhan adalah bulan penyuci diri dari segala ‘kekotoran’ yang telah terpalit pada hati sepanjang tahun.Bukan bermakna bulan-bulan lain kita dibenarkan berbuat dosa,tidak sama sekali,tetapi bulan ini terlalu istimewa dan terlalu berharga untuk disia-siakan kerana segala amalan kita,dari sekecil-kecilnya dilipat gandakan olehNya.
Bulan ini adalah bula ‘mega sale’ atau bulan ‘pesta’pahala bukan ‘mega sale’ di pusat-pusat membeli belah kotaraya saja.
Bulan ini seringkali disalah ertikan.Mengapa aku berkata begini?
Kerana hampir semua kita pernah berada dalam zaman ‘kejahilan’ bila mana Ramadan hanya dilihat sebagai bulan untuk menahan lapar dahaga dan di penghujungnya kita akan menyambut hari gembira,hari Raya.
Tersenyum aku mengingati zaman itu,zaman ‘mentah’ bila puasa hanya jadi ikutan tanpa penghayatan.Alhamdulillah aku bersyukur,kini aku memahami betapa barakahnya bulan ini dan tiada bulan lain yang di dalamnya ada hari yang jika dilakukan amalan akan dlipatgandakan setara dengan amalan seribu bulan.
Lumayan? Ya.Jadi sama-sama kita ikhtiarkan!
KREDIT
Hari ni 20 Ramadhan.
bermakna kalau ikut kalendar Islam cukup setahun saya bertudung.
kalau ikut kalendar biasa pulak lagi 11 hari baru genap setahun.
hari raya puasa yang ke 2 nanti.
sebab tahun lepas 1 ramadhan = 1 ogos.
jadi 20 ramadhan = 20 ogos.
saya ingat lagi 20 ramadhan tahun lepas jatuh pada hari sabtu.
saya sendiri tak tahu apa yang benar-benar menggerakkan hati saya untuk bertudung.
masa tu dalam tengah hari.
dah janji nak jumpa dan berbuka puasa dengan kaklong.
otomatik je tangan menarik tudung bawal berwarna putih.
iron. lalu bersiap-siap.
encik z pandang saya dan bertanya ‘awak nak pakai tudung ke?’
saya cuma senyum.
perjalanan ke klang boleh korang baca kat ENTRY NI.
tak terfikir langsung nak snap gambar masa tu.
konon hari pertama bertudung. memang tak terfikir dan teringat langsung.
tapi takpelah. tak penting kot semua tu.
hari ini. saya masih lagi bertatih dalam menuju penghijrahan.
masih banyak yang saya perlu perbetulkan dalam pemakaian saya.
tak perlu saya cakaplah.
korang pun boleh tengok kat blog ni masih banyak cacat celanya saya berpakaian dan bertudung.
insyaAllah hari demi hari saya berusaha untuk menutup aurat mengikut syariat.
niat saya nak bertudung sebenarnya sudah agak lama.
cuma saya memerlukan satu hari untuk menterjemahkannya dari niat kepada praktikal.
dan alhamdulillah hari yang indah itu muncul pada 20 ramadhan.
mungkin seperti kebanyakan kamu yang lain yang belum bertudung.
tetapi ada menyimpan niat.
bagi saya mempunyai niat itu sudah cukup baik.
itu petanda kamu mempunyai kesedaran cuma masih belum ada kekuatan.
cuma takut.
takut hangat-hangat tahi ayam.
takut tak tahan panas.
takut pakai bukak pakai bukak.
atau juga takut tak boleh berfesyen?
masa saya menangguh nangguhkan niat tu, saya ingat lagi saya berdetik.
ah nanti lepas balik cambodia lah baru pakai.
kat cambodia panas. nak pakai tshirt pendek.
nak pakai seluar 3 quarter.
lagipun nanti nak kena fikir nak bawak tudung apa plak.
nanti kedut nak kena iron bagai.
yup memang saya fikir macam tu.
tapi 20 ramadhan tu saya dah tak fikir apa dah.
tak fikir panjang dah.
bagi saya ah panas pun panas lah. kedut pun kedut lah.
Allah SWT kan ada. dia mesti tolong saya.
dan ya alhamdulillah, tidaklah sepanas mana sebenarnya.
dan tidaklah kedut mana pun tudung.
dibanding panas dunia dan panas di neraka nanti, saya lebih rela panas di dunia.
sebelum itu juga setiap kali balik taiping saya pasti akan membelek dan membaca sebuah buku yang bertajuk bagaimana akhirnya saya bertudung.
himpunan kisah-kisah mereka yang bertudung.
dan salah seorangnya adalah pelakon terkenal noor kumalasari.
boleh baca kisah tu di SINI
mungkin sengaja mama letakkan di almari barangkali?
atau mungkin memang ia di situ untuk saya baca dan menghayati?
bila awak nak pakai tudung ni?
insyaAllah satu hari nanti.
kalau mati esok macam mana?
*speechless
dan pada hari ini. 20 ramadhan.
saya melangkah ke satu lagi fasa penghijrahan.
semoga saya terus istiqomah.  insyaAllah.
oh ya, saya nak share kan satu blog yang baru saya baca baru-baru ni.
kisah seorang isteri yang menuju penghijrahan yang hakiki.
diolah dengan cara yang santai tetapi sungguh terkesan untuk saya yang masih merangkak mencari erti sebenar menutup aurat.
mungkin bisa menyentuh hati korang jugak.
terima kasih INA kerana banyak memberi inspirasi kepada saya 🙂

18 thoughts on “Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung

  1. sama lah aku pn masih nk perbaiki cara pemakaian
    sbb Islam tak wajibkan kite bertudung..tp kita wajib tutup aurat
    kalo tudung semata mmg x cukup sebenarnya
    sama2 lah kite ye..

    • betul syana.
      kita selalu rasa bila kita dah bertudung dah cukup syarat.
      sedangkan dari segi baju, seluar kita tak titikberatkan.
      insyaAllah sama sama kita yer..

  2. Menangis saya baca entry ini…
    hijrah awk dan saya x beza tarikhnya…
    saya mulakan perjalanan baru di 10 Ramadhan terakhir thn lps. Alhamdulillah, Allah bantu dgn hadirkan org2 hebat di sekeliling saya utk bantu saya agar terus istiqamah.
    di kerendahan hati, saya mendoakan yg terbaik utk awk. semoga awk diberi kekuatan dlm bermujahadan mempertahankan hidayah yg Allah bagi. itulah hadiah yg tak ternilai… semoga Allah temukan kita dgn Lailatul Qadar.
    boleh tak nak peloks sket?! *sambil depan tangan luas2… 🙂
    Barakallah…

    • ina, saya juga selalu menangis membaca tulisan di blog awak.
      berbanding entry ni, cuma sekelumit rasa dari saya yang masih jahil.

      betul kata awak, selepas saya bertudung Allah juga menghadirkan orang2 yang hebat di sekeliling saya dan sebaliknya.
      saya percaya dengan sedikit perubahan dan pengorbanan, akan menjanjikan sesuatu yang kekal di syurga sana, insyaAllah.

      saya harap satu hari nanti kita akan berjumpa ya.
      *peluk kuat2 🙂

  3. bersyukurlah kpd sesiapa yang terima hidayah.
    dan malanglah bagi mereka yang menolak hidayah itu.
    wallahualam.

Comments are closed.