Siapa nak berbuka puasa dengan Dato’ Siti Nurhaliza?

korang,
saya dapat jemputan ke majlis pelancaran koleksi Bejeweled dan berbuka puasa Simpy Siti.
ada la saya tweet tweet dah semalam.
ni saya letak kat blog dengan details sekali.
saya boleh bawak beberapa orang untuk ke majlis ni ha.

ni saya nak tanya, ada sesiapa yang nak ikut saya tak?
wah. tanya macam cari gaduh. matikkla.

ok begini lah yer.
saya ni sebelum sebelum ni bukan taknak ajak readers join mana-mana event dengan saya, tapi saya ni pemalas kedaung nak buat entry contest ke hapa ke.
lagi satu saya ni segan dan tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

cam kalau aku buat contest ke, giveaway ke, ada ke orang yang nak join?
kalau takde bagaimana, malu lah aku.
bagaimana aku nak berdepan dengan masyarakat nanti?

begitulah.

tu pasal saya tak pernah buat contest mahu pun giveaway, sebab saya segan.
saya tau korang ni cam suka baca je. nak komen ke hapa korang malas kan.
takpe saya tak marah. sebab saya pun pemalas jugak. kahkah.

ok ok melalut pulak ni.
ok ni ha saya letak detailsnya.
sila baca dengan teliti.
kalau tak nampak meh saya bagitau lagi.

Program  :  Majlis Pelancaran Koleksi Bejeweled & Buka Puasa Simply Siti

jangan korang tanya bejeweled tu apa.
saya pun taktau. ni nak pegi ni sebab nak amik tau la ni.

Tarikh  :  31 Julai 2012 (Selasa)

Tempat  :  Ballroom Manhattan II, Tingkat 14, Hotel Berjaya Times Square, 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Aturcara majlis  :

5.00ptg – Ketibaan para tetamu
5.20ptg – Pembukaan Majlis oleh juru acara.
5.30ptg – Pelancaran Produk SimplySiti Bejeweled dan MOU bersama Habib Jewels.
6.00ptg – Persembahan Dato’ Siti Nurhaliza
7.00ptg – Tazkirah
7.30ptg – Majlis Berbuka Puasa

so nampak jelas di situ yer. jam 5 petang majlis bermula.
dan watamat lebih kurang jam 8.30 malam.
dan lokasi di berjaya times square.

kalau berminat nak join senang jer.
takde blog pun takpe.
takyah nak follow follow blog saya.
blog saya pun mana ada widget follow follow pun.
yang ada kat atas tu dah kejung.
saya nak remove tapi tak reti.
tunggu AMY habis pantang nak mintak tolong dia godek sebab hari tu dia yang tolong letakkan.
ada sesiapa yang reti?
kalau reti sila lah bantu hamba pacal yang hina ini.
tsktsktksksk.

korang cuma perlu drop komen tulis Saya berminat untuk menyertai Majlis Pelancaran Koleksi Bejeweled & Buka Puasa Simply Siti ini kerana ……………………………..
(tidak lebih dari 100 patah perkataan. ok tipu)
suka hatilah berapa patah perkataan pun.
tarikh tutup untuk mengomen sebelum pukul 12 tengah hari, Isnin 30 Julai 2012.
siapa komen selepas pukul 12.01 tengah hari selamat jalan romeo.
pengomen dengan komen yang paling cantik menarik tertarik kau memang da bomb akan dihubungi melalui email.

kalau korang rasa korang betul betul boleh berada di tempat kejadian pada masa yang ditetapkan, barulah korang komen yer.
jangan nanti beria komen, saya pun bersungguh memilih tetiba ‘ala kak maya saya tak boleh datang la. kucing saya beranak. ala kak mya jalan jem teruk ni kat lebuhraya utara selatan. kak mya proceed la yer, enjoyyy’

enjoy wakluuu.. harus saya naik hantooo.
jadi korang kena make sure la boleh ada kat BTS by 5 pm.
yang kerja tu amik la half day ke MC ke, EL ke.
amboii sesuka suruh orang MC EL bagai.
tapi yer begitulah yer.
me dont like waiting dan pentipu pentipu.

ok dah tu jer.
cepat komen cepattttttttt…..

14 thoughts on “Siapa nak berbuka puasa dengan Dato’ Siti Nurhaliza?

  1. aku baru sampai KL time tu kot…

    dann hehehehehe benda yg ko nak remove tu ada kat loop.php… heehehehe sorry ai terlupa pesananmu… huhuhu

  2. Saya berminat untuk menyertai Majlis Pelancaran Koleksi Bejeweled & Buka Puasa Simply Siti ini kerana saya kan kawan Normaya dan saya memang Gila Glamour… Kehkehkeh,,,

  3. saya berminat untuk menyertai Majlis Pelancaran Koleksi Bejeweled & Buka Puasa Simply Siti ini kerana saya sangat obses dengan dato siti nurhaliza sejak kecil lagi. saya pakai mascara simply siti everyday. yes, everyday. its really good! i even wanted to try out to be talent for simply siti tvc tapi tak cukup kelayakn hihi and, saya beli album dia saya pergi few concerts dia. cuma concert royal albert hall je tak da duit nak pergi masa tu hehe. last sekali saya pergi sambut hari ibu di subang jaya bersama dato siti nurhaliza. saya minat dia sangat sangat dan teringin nak berbuka puasa dengan beliau. heehheheheehe pick me pick me!

  4. memandangkan saye tak minat siti makanya takdelah saye menceburkan diri utk memberi slogan yg berpatutan.. hehehhee.. enjoy! 😀

  5. Saya berminat untuk menyertai Majlis Pelancaran Koleksi Bejeweled & Buka Puasa Simply Siti ini kerana maya sopiah pegi dan saya nak ikot, saya nak amek hapday saya tak kira walau bos saya marah, saya akan cabot lari dari opis, kak maya sopiah jangan risau saya tak bagi alasan kucing beranak kerana saya tak suka kucing, sbb dulu masa zaman kanak kanak saya pernah di cakar kucing peliharaan nenek saudara saya. saya tak bagi alasan lebuhraya utara selatan jam sbb saya gunakan highway tu hanya semasa piulang ke kampung halaman lagi pun saya naik ketapi elektrik sahaja atau mana mana kenderaan awam di kuala lumpur ibukota malaysia ini. Itu sahaja alasan yang kukuh dapat saya serta untuk melayakkan saya melancung ke australia balik hari bersama Kak siti. Saya harap saya menang, kalau tak bagi saya menang awas kak maya sopiah.

  6. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    ila suka dato siti
    oh tidakKkKkkkkk
    nak pegi
    tapi tak boleh
    tidak tidak tidak……..

  7. Saya berminat untuk menyertai Majlis Pelancaran Koleksi Bejeweled & Buka Puasa Simply Siti ini kerana saya meminati Datuk Siti Nurhaliza semenjak dari tingkatan 2 lagi.Album keluaran DCT menjadi koleksi saya hingga kini. Selain itu, saya sentiasa mengikuti acara Meet&Greet yang dianjurkan oleh SimplySiti sehingga DCT telah mengenali saya secara peribadi. Memang satu pengalaman yang menyeronakkan sekiranya dapat bersama-sama dengan idola kesayangan ramai ini, ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk beramah mesra dan mengambil gambar bersamanya. Produk keluaran terbaru dari SimplySiti akan saya beli sebagai koleksi disebabkan harga yang berpatutan dan sesuai dengan kulit saya. Saya juga merupakan salah seorang Sitizoners. Harapan dapat berbuka puasa bersama DCT dan kak Maya menjadi impian saya.

  8. Saya berminat untuk menyertai Majlis Pelancaran Koleksi Bejeweled & Buka Puasa Simply Siti ini kerana;
    1. Semestinya sy adalah pengguna produk simplysiti dan looking forward for every new product launched..
    2. Semestinya sy minat giler ngan dato siti dan lagu-lagunya..
    3. Ofis sy sgtlah terdekat dgn tpt pelancaran bejeweled ni, confirm sy akan dtg..
    4. Sgt teringin berjumpa dan berbuka puasa dgn dato siti..

    So, pilihlah aku jadi temanmu.. Eh! Tu lagu krisdayanti. Di harap pihak you sudi memilih sy utk bersama2 menjayakan pelancaran produk bejeweled ini.

    Sekian terima kasih. ;))

  9. Saya berminat untuk menyertai Majlis Pelancaran Koleksi Bejeweled & Buka Puasa Simply Siti ini kerana nak jumpa Dct.. 🙂

  10. Saya berminat untuk menyertai Majlis Pelancaran Koleksi Bejeweled & Buka Puasa Simply Siti ini kerana saya ingin merasai pengalaman baru. saya ingin mencuba pelbagai perkara baru yang boleh saya simpankan sebagai kenangan manis/pahit sehingga akhir hayat. sebelum ni, saya seorang yang sangat merendah diri. tapi sekarang, saya cuba untuk mengubah diri dan ingin melalui pelbagai pengalaman untuk mematangkan diri dan membina keyakinan. walaupun saya tinggal di kelantan, saya sanggup travel ke KL kerana saya betul-betul NAK merasai pengalaman ini. saya tak pernah jumpa Dato’ Siti, dan saya rasa tak mungkin ada peluang lain untuk saya berjumpa dengan dia. harap kak Maya dapat menjadikan perkara ini satu kenyataan. terima kasih.. 🙂

  11. Saya berminat untuk menyertai Majlis Pelancaran Koleksi Bejeweled & Buka Puasa Simply Siti ini kerana ini adalah satu-satunya peluang untuk saya berjumpa dengan Dato’ Siti secara dekat. Perkara yang dah lama saya mimpikan, untuk berjumpa Dato’ Siti, tapi saya tahu mustahil untuk mimpi ini menjadi nyata. tapi tawaran kak Maya telah memberikan saya satu peluang untuk mimpi saya menjadi kenyataan. Saya amat meminati Dato’ Siti sejak kecil, dan mempunyai kaset-kaset Dato’ Siti semenjak saya sekolah rendah. saya juga ingin melihat kecantikan semulajadi Dato’ Siti yang saya selalu kagumi. saya percaya ini adalah satu-satunya peluang seumur hidup untuk berjumpa Dato Siti face to face, walaupun untuk sekejap. saya harap kak Maya menjadikan peluang yang ada ini satu kenyataan. saya amat berharap..pleaseeeeeee..harap kak maya akan mempertimbangkan impian dan menjadikan peluang saya satu realiti. (F)

    p/s: saya bekerja sendiri iaitu seorang baker, jadi tak perlu untuk minta MC atau EL. kehadiran lewat juga tak akan terjadi. 😉

  12. Saya pun berminat tapi idea takdok nak buat slogan..huhu..adoii orang umah pulak yang dapat..Amy kata nak pegi tapi tak jadik jadi dia pesan suruh saya pegi..miahahahaha..enjoyzzzzz

Comments are closed.