ke Restoran Kampung Daun

kami ke Restoran Kampung Daun untuk makan siang.
yang sebenarnya orang biasa pergi tangkuban perahu.
pastu balik baru singgah lunch kat Kampung Daun ni ha.
tapi kitorang ni mengada walaupun tak pegi tangkuban perahu, nak gak lunch kat Kampung Daun.
sebab dari kota bandung ke sini dalam 45 minit jugak la.
mencanak naik. jalan kecik.
waktu turun kemain jem.

sampai-sampai je terus telinga dijamu dengan nyanyian dan persembahan dari mereka-mereka ini.
zohor dulu kemudian baru tanya orang macam mana ke konsepnya makan kat sini.

oh ya sepanjang jalan nak ke tempat makan, ada gerai-gerai yang jual macam-macam jenis makanan.
gorobag tu gerai la kot ek ek ek?

cara makan kat sini kau kena buat reservation dulu.
ambil nombor.
sebab ramai orang q oh..
ala-ala macam makan kat chillis.
gitu ler.


: : kaunter reservasi : :


: : dah lepas reservasi, kena tunggu nama dipanggil : :

kitorang guna nama kak wan.
sebab nak guna nama lina, dah ada orang reserve guna nama lina.
nama maya pun kenot.
tu guna nama kak wan.
gamak kalau nama 6 kitorang tak boleh pakai, terpaksa la guna nama siti nurhaliza. heh.

kena tunggu dalam sejam jugak rasanya.
so sementara jom jalan-jalan tawaf dalam restoran ni.
belah atas ada jualan jugak.
tapi more to tradisional gitu la.

ni ha paling menarik.
jual kerak telur.
saya ni bila dengar makanan pepelik mula la nak menerai.
lalu beli lah.
harga lepas convert dalam RM5 camtu la.
sebenarnya ia telur dadar je pun.
cuma dia letak maciam-maciam dalam telur tu.
daun bawang, bawang goreng,
ah ada pulut jugak.
eh pulut ke beras ntah.

beginilah rupa parasnya.
yer agak buruk tapi rasa tidak mengecewakan.
sedap jugak la ratah sementara tunggu makanan nak sampai like forever.
heh.

luas restoran kampung daun ni.
sampai ke belakang. atas pokok.
bawah pokok. semua ada tempat makan.
dilitupi pokok pokok menghijau.
rasa fresh dan segar.
eh bukan fresh dan segar tu sama ke?
pangggg…

akhirnya dapat pun seat.
boleh tahan jauh ke dalam.
dan jauh ke atas.
menapak je lah.
menu agak membencikan la.
takde gambar.
dan takde penerangan.
nak tanya-tanya kemalasan.


: : menu : :

sudahnya saya order set ayam penyet.
dengan air kelapa.
diorang masing-masing order nasi goreng seafood dengan nasi goreng kampung daun.
rasa cam so so la kot.
pastu air saya order air kelapa.
dengan pisang cheese apa ke namanya.
walaupun saya tak makan pisang khenn..
ok la rasa dia sedap.


: : sambal pedas nak mati oiii : :


: : kami ber6 : :

eh saya tak cerita ek depa ni sapa.
depa ni kecuali fayyad yang pakai anak tudung coklat tu, officemate saya.
satu department.
memula saya email satu department ajak sesama gi bandung ni, tapi ini je yang dapat pergi together-gether.
takpe, mana tau ada rezeki lain ke kan.
boleh plan pegi tempat lain plak.


: : dah makan, tak reti-reti nak bayar? ala total harga lupa. sorry : :

nampak orang silver ni.
kalau nak bergambar dengan dia kena bayar.
oleh sebab saya dah tak berapa nak ada duit, makanya amik dari tepi je lah.
lepas tu lari laju-laju takut dia tangkap mintak duit haha.


: : pintu masuk ke restoran kampung daun : :

korang kalau rajin dan ada masa pergi la sini.
yer la dah alang-alang sampai bandung kan…
zasss je laa..

6 thoughts on “ke Restoran Kampung Daun

Comments are closed.