Bukit Bendera bukan kat Penang je. Kat Pahang pun ada tau…

sorry tak update blog secara konsisten dah.
mak bz nak. bz yang bebetul bz.
dengan isu gitu gini. kusut kepala ok.
tapi what to do, hidup terpaksa diteruskan.
ok ni cerita minggu ke 3 bulan jun hari tu.
saya dan suami sudah ke mentakab pahang.
sebab mau attend wedding BFF saya.
ini betul punya BFF yer. bukan BFF konsisten mahu pun BFF baru kenal di blog.
ataupun BFF di sana menanti di sini menunggu.
bagitau encik z. dia pun setuju.
lalu saya pun membook la hotel di mentakab.
mengada kan. perjalanan tak sampai 2 jam pun nak dok hotel bagai.
eh suka hati mak la.
mak pakai duit sendiri nak.
kalau berhutang pun, mak bayau sendiri.
jadi nggak usah ribut ributan.
gerak dari jasmine dalam pukul 11 pagi camtu kot.
stop kat mcdonalds genting sempah untuk brunch.
BFF saya kerja branch manager la kat sini, tapi aterrnya nak kawin, haruslah dia takde.
perjalanan smooth je. tak sampai 2 jam camtu memang dah sampai dah kat mentakab.
terus ke hotel yang dibook iaitu Bukit Bendera Resort.

: : suasana di dalam bilik : :
dah check in apa semua, memang lepak-lepak dalam bilik je.
quality time bersama suami katanya.
walaupun sebenarnya encik z membuta.
saya plak main game plant vs zombie.
siapa main game ni meh gimme 5!

: : eh eh ada iron jugak di luar. tapi baju saya semua dah siap bergosok dari KL. heh : :
lepas maghrib siap-siap, keluar dinner.
taktau nak dinner apa sebenarnya.
nampak restoran tawan ni kat tepi jalan, so stop je lah.
sebab belum gaji so makan simple je la.
telur dadar, udang kunyit, kailan ikan masin.
walaupun dalam hati menggelitis nak makan siakap. 🙁
balik hotel layan cerekarama pastu zzzz.
esok pepagi bangun pi breakfast.
breakfast simple je. sokayy la ada jugak kan dari takde.
ada nasi goreng, kueyteow goreng, scramble egg, red bean, cornflakes dan roti.
saya sesah semua nya.
usai breakfast kami melawat kawasan sekitar.
besar jugak bukit bendera resort ni.
pastu ada clubhouse tu yang agaknya resort ni masih boleh berdiri teguh walaupun cuma terletak di mentakab sahaja.

: : ada playground juga : :

: : amboii kusyuk membaca nampak. siap bercekak cekak pinggang bagai : :
selesai melawat kawasan, saya naik bilik.
encik z plak nak mandi kolam. sila lah.
teringat kat yaya. kalau dia ada mesti dia dengan ayahnya together-gether bermandian.
huhuhuhukss..

: : encik z seorang diri sahaja mandi. korang nampak tak dia tu : :
ini room rate bukit bendera resort.
saya punya yang RM95 tu.
nak tau lebih lanjut boleh pergi website diorang kat SINI
dapat extend check out ke pukul 1 tengah hari.
mandi siap siap semua. sedia bergerak untuk ke rumah pengantin.

: : depan resort : :
saya ingatkan nak buat sekali arung cerita wedding BFF saya tu, tapi tetiba cam malaslah piula.
sambung nanti lah eh.
tata….

3 thoughts on “Bukit Bendera bukan kat Penang je. Kat Pahang pun ada tau…

Comments are closed.