Nyaris Kena Langgar Angry Birds

ini bila punya cerita daaa…
cerita hujung bulan lepas lorr.
kekdahnya kaktin & payiet ajak saya pergi menara maybank sana.
ada jualan murah-murah metrojaya katanya.
berapa murah, sehingga 70% dengarnya.
so zass la kami bertiga ke sana terkedek kedek naik lrt star.
turun pulak kat hentian plaza rakyat.
masa nak cross jalan, hampir-hampir saya dengan syahrir digelek kereta.
kaktin dah lepas awai tinggalkan kami.
saya dengan syahrir idok ler nampak kereta nya aterr dedua pendek.
payiet la dok jerit dari jauh.
dia kata memang sipi sipi la.
huhu nasib baik la kan.
ni semua jualan murah punya pasai. cis.
sampai-sampai amboiii ramainya umat manusia.
payiet & kaktin sudah lolos ke bahagian perfume.
being me yang mana la gemar nau perfume-perfume ni, makanya saya lolos ke bahagian baju bajan.
ada 2 botol perfume lagi kat rumah belum habis sembur.
tak masuk perfume kecik-kecik yang orang bagi.
sebelum tu saya pergi cek point kad kredit dan kad debit dulu.
cek punya cek, dapat lah voucher berjumlah RM100.
tapi saya tak pakai pun masa tu.
saya beli baju yaya 2 helai, voucher tu simpan dulu.
sebelum balik tapau ice blended yang sedap sehingga menjilat jari.
untunglah staff maybank ada diskaun lagi.
bila B** nak ada starbucks nih? heh.
balik tu ramzi hantar dengan menaiki kereta mazda 6 yang meletup kata kaktin.
sorry saya tak kenal sangat jenis jenis rupa paras kenderaan ni. kesian.
tq ramzi.
next time we all pergi sana, we all roger-roger lagi eh.
tetiba rindu nak main bridge 🙁
malam tu ajak encik z pergi midvalley.
konon ingat nak beli sut baju kerja.
saya ni dah kepupusan baju kerja dah.
hari hari berteleku depan almari dok pikio nak pakai baju apa.
tapi bila sampai metrojaya je, termasuk terus kat bahagian ni ha.
nampak barang-barang angry birds.
terus hati naluri teringat ke yaya.
dan akhirnya saya beli set bedsheet ni.
cuma kena tambah dalam RM30 kot tak silap.
huhu sorry harga sebenar lupa.
balik tu terus dengan rakus memasang bedsheet ini.
hopefully yaya surprise surprise.
and yes, dia memang suprise 😉
dah jadi omak omak ni memang bila shopping teringat kat anak sokmo eh.
rasanya dalam masa 2 bulan ni, dah 3 kali kot saya shopping baju yaya.
heeee.

11 thoughts on “Nyaris Kena Langgar Angry Birds

  1. Mya, debit card holder maybank pun boleh pegi karnival camni eh…?
    kesiannya saya tak tau…
    next time bg tau awal2 eh…teringin gak nak pi…sebab selalu dok gores debit card je…kredit card yilekkk….

  2. tahan lg ko 2 bulan 3 kali shopping baju anak… aku nih lau masuk jer alamanda…. kompom beli baju anak…. asal nampak jer bj budak meraban2 tgn nak pilih beli….. 🙂

Comments are closed.