Melawat Tiga Tempat di Phnom Penh

dari national museum, kami bergerak terus ke destinasi-destinasi yang terdapat dalam itinerary.
tempat pertama adalah silver pagoda.
kebetulan masa ni ada upacara keagamaan diorang.
dan ada sami yang ter otai mengetuai majlis, jadi adalah meriah.
sami tu memang otai habis. tua dan jalan pun terpaksa dipimpin.




: : tu belakang aku tu tangga nak masuk ke dalam : :

memula cam was was jugak la nak masuk kan.
tapi terus sematkan di dalam dada, niat aku hanyalah untuk melawat dan melihat budaya mereka.
tidak lebih dari itu.
lalu bergambar dengan monks.
baik dedua ni. ramah je berborak.
mereka terer bahasa inggeris.


: : unik sangat ukiran. me like : :

elok keluar dari situ, dari kejauhan sudah nama tola pin pin pin dengan tuk tuknya.
lalu kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu independence monument.

ada banyak gak gambar snap kat sini, bahkan aku dengan fin cross jalan lagi masuk dalam tu.
tapi lepas tu kena preet preet dengan polis.
katanya tak boleh masuk dalam bergambar, tapi kitorang dah bergambar pun hewhewhew.
tapi takpela, letak sekeping sudah.
semua pun lebih kurang sama je pose nya.

seterusnya. ke cambodia royal palace.
boleh masuk dalam tapi kena bayar.
semua kemalasan nak masuk dalam. makanya tak masuk lah.
bergambar kat luar sudah.


seterusnya. ke russian market.
russian market adalah jauh lebih best dari phsar thmey.
aku memang merekemen korang ke sini compare phsar thmey sana.
sini lagi banyak pilihan untuk membeli belah.
aku pun dah tak ingat aku beli apa kat sini. dah lama benau kan baru nak updatenya.




: : belakang tu la russian market. besar ote : :


: : sebelum bergerak balik, minum air kelapa dulu : :

cuaca agak memanas masa ni.
ok tak terus balik, tapi singgah rumah seorang kawan dulu.
wah hebat kau normaya, ada kawan kat phnom penh?
tungguuuuu……….

4 thoughts on “Melawat Tiga Tempat di Phnom Penh

    • sila sila.
      phnom penh adalah best 🙂

      aha walau lambat tetap berupdate.
      terima kaasih sebab semua pun sabar je menunggu he he..

Comments are closed.