Kau Kenapa Pol Pot?!

inilah dia tuol sleng genocide museum.
muzium ni dulu adalah sebuah sekolah tau.
tapi lepas pol pot mengambil alih pemerintahan, sekolah ni dah dijadikan penjara tempat mengurung pesalah katanya.
walhal yang dikurung tu bukan pesalah pun okkk.
cuma orang yang dia tak suka.
amboi pol pot, mementang kau ketua pemerintah, sesuka kau nak kurung orang ok.
ceritanya cenggini, si pol pot atau nama sebenarnya saloth sar ni ketua pemerintah cambodia dari tahun 1975 – 1979.
dia buat perancangan dan hantar orang yang bijak pandai ke kampung suruh jadi petani, jadi pesawah.
pastu ada sesetengah yang lebih malang ditangkap masukkan dalam penjara kat muzium ni la.
macam engineer, cikgu sekolah.
kira sesiapa yang dia rasa boleh melawan dan mengancam kedudukan dia sebagai pemerintah, terus dia kasik hukum.
sebab? sebab takut diorang menggulingkan dia.
penakut punya pol pot. puii..
pastu kan dia hukum bukan sikit-sikit punya hukum.
korang kena baca entry ni sampai habis.
sebelum tu muntah darah dulu tengok gambar aku. huehuehue.

: : memula muka happy pastu sedih huk huk : :

: : bacalah sendiri : :

: : ok ni takleh baca. tak paham kan? : :

: : belakang tu kubur tau : :
classrooms yang ada ni dijadikan bilik untuk menyeksa orang.
kebanyakan classrooms kat building 3 tingkat ni semua ada katil ceni.
diikat, dipukul, diseksa dan dicerca. huhu..
kayu belakang aku ni plak pol pot gantung orang, pastu dihayunkan sampai kena kat bangunan kiri tu.
berulang kali sampai kepala dorang pecah. dan mati.
huwaaaaaaaa….
dalam ni plak antara ribuan yang telah dihukum.
walhal diorang tak buat salah pun tau. sedih laaa… 🙁
dipercayai lebih 17,000,000 orang telah diseksa secara kejamnya di sini.
babi punya pol pot. astaghfirullah.

bangunan seterusnya adalah penjara.
belah bawah penjara batu. belah atas penjara kayu.
disimen cenggini je la..
rantai tu untuk rantai kaki orang yang dihukum.
tak cukup dengan penjara, dirantai plak kakinya.
memang la ini pol pot orang gila.
pastu nampak tak kesan merah tu?
tu kesan darah ok????!!! kesiannya…
ni keadaan dalam bilik penjara.
memang kecik. ngam-ngam untuk kau duduk berlunjur je.

: : sedih lah…. 🙁 : :

: : ada pagar lagi : :

: : satu bahagian dikumpul tengkorak dan tulang temulang mangsa : :

: : curse u pol pot!! : :
usah ditanya kenapa gambar ni blur.
nanti aku cerita kat entry terakhir random @ pnom penh yer.

: : ustaz salleh yang tak jemu-jemu memberi penerangan walaupun kadangkala agak merengsakan : :

: : bukti saya sudah sampai di tuol sleng genocide museum : :
secara jujurnya bagi sesiapa yang jenis sensitif, penyedih, kurang semangat di hati, kena buat pertimbangan la kot sebelum datang sini.
takut ada yang seram sejuk atau teringat-ingat.
tau lah, tempat seksa orang.
macham-macham yang tertinggal kat sini.
ada yang pernah ternampak bayangan dan momok.
tapi kalau tak pergi, rugi la plak kan?
pilihan di tangan anda (*)
apa pengakhiran hidup pol pot?
tunggu next entry yer…

5 thoughts on “Kau Kenapa Pol Pot?!

  1. Dari gambar ni pon aku dah dpt rasa kesayuan kt sana -_____-” mmg kejam la si pol pot lahanat tu!

  2. Eee.. ngeri & menakutkan. Kalo I, idok ler teman rela nak pie situ. Nak2 pulak pie dengan kawan yg ada 6th sense. Mesti macam2 ‘benda’ alah dia nampak… huhuhu

Comments are closed.