D’ Wau Restaurant & National Palace Museum

miss anon tolong carikan tuk tuk untuk bawak kitorang ronda sekitar phnom penh.
nama pemandu tuk tuk ni tola. muka macam akim AF.
tapi lupa la plak aku nak snap gambar dia dedekat. haishh..
dan aku pun dah lupa jugak la berapa kitorang bayar untuk half day tour tuk tuk ni.
sorry 🙁

tapi korang kalau nak guna khidmat tuk tuk ni, korang clearkan dulu berapa harganya ok? insyaAllah depa tak menipu.
aku dah bagitau korang kan yang aku dengan kawan-kawan aku ni semua pegi cambodia ni main redah je. takde amik travel agent bagai.
tu pasal cam kena pandai-pandai sendiri la atur itinerary.

memula kami mintak dia bawak ke restoran halal, restoran wau.
mahu lunch hoh. sudah lapar.
tapi gamaknya takde komunikasi miss anon dengan si tola ni, ada ke dibawak kami gi restoran hapa ntah.
ada pork ok. pfttttt…
explain punya explain, baru la dia paham.
baru lah kami ke restoran sebenar iaitu restoran wau.


: : buku menu : :


: : aku makan nasi goreng lok lak KHR 12,000 : :


: : suasana dalam restoran : :


: : siap dapat channel RTM1 lagi. kelazzzz : :


: : ni alamat dan contact number in case korang nak ke phnom penh cari restoran halal : :


: : owner restoran d’wau phom penh : :

nak dijadikan cerita, masa kitorang tengah makan ni, tetiba datang seorang mamat meng approach kami.
dia ni tourist guide yang kebetulan bawak pelancong singgah makan kat restoran wau ni.
dia tanya kot kot kitorang nak pakai khidmat tourist guide.
memandangkan kitorang pun datang tanpa ada apa-apa arrangement, dan since semua orang setuju, kitorang pun engaged la ustaz salleh ni untuk bawak kitorang jenjalan keesokan harinya.

selesai makan, terus bergerak ke tempat seterusnya.
iaitu national museum. bayaran masuk USD3.
tapi semua pun taknak masuk. aku pun malas.
nak tau info berkenaan national museum, phnom penh boleh ke http://cambodiamuseum.info/
makanya kami bergambar di luar saja lah.


: : ukiran muzium ni unik : :


: : kami ber4 je jalan bersama sebab sudah terpisah dengan ida & sha : :


: : dalam tuk tuk si tola : :

ok perjalanan diteruskan…..

4 thoughts on “D’ Wau Restaurant & National Palace Museum

Comments are closed.