Breakfast Ala Cambodia

Assalammualaikum & Good Morning Phnom Penh!

: : breakfast di hotel makan roti dan sayur mayur saja sebab nak breakfast lain later : :
ustaz salleh datang menjemput kami berenam untuk dibawa ke Toul Sleng Prison Museum & The Killing Field.
tapi sebelum tu dia bawak kami ke satu perkampungan Muslim yang aku pun taktau kat mana.
dia nak bagi kitorang breakfast ala Cambodia. gitu..
so ke sana lah kami.

: : di hadapan kedai makan yang bertajuk cafe kniz. senyum sumbing sudah tidak sabar mahu makan : :

: : of coz la halal! tak nampak ke perkampungan muslim yang aku sebutkan di atas. nak kena ni tak baca bebetul ni : :

: : hah ni lagi halal. halal ok. halalan thoyibbann : :
dan breakfastnya adalah berbentuk sup!
macam-macam jenis ada. kau boleh pilih.
aku amik sup lidah. tapi sup lidah ni bukan yang macam kat dorai tu tau.
kuah dia jenis clear. clear soup gitu.
dimakan bersama sayur taugeh ini.
dan sayur mayur lain yang tidak kuketahui apakah ia.
tapi ku telankan juga.
dah sampai negara orang, kena la try macham macham.
baru lah adventure.
jangan lupa up dengan pelbagai sos yang ada.
tapi aku tak berani makan banyak sangat pedas-pedas ni.
kang sakit perut nak terberak tengah jalan sapa nak jawab.
aku jugak la kena jawab untuk diri sendiri.

: : minum teh untuk melancarkan perjalanan darah (ye la tu) : :

: : jemput makan : :

: : salah satu masjid yang terdapat kat sini. sebelum tu ada satu lagi masjid kitorang jumpa : :
ternampak orang jual goreng pisang tepi jalan.
si azeyanti la nak sangat. so stop lalu beli.
sedap la. lain dari yang lain.
cara gorengan pun cam tak sama lah dengan goreng pisang kita kat malaysia ni ha.
tapi sebab aku tak berapa suka pisang kan, so makan separuh dah ok, thank you.
okeh jom ke toul sleng prison museum yok!

2 thoughts on “Breakfast Ala Cambodia

Comments are closed.