Assalammualaikum Zeeshan ;-)

rezeki makan-makan.
mula-mula pergi rumah kak ody kat seksyen 2, wangsa maju.
kak wan jemput kat rumah.
gerak sesama.
kak ody buat doa selamat anak nya bersunat.
makan-makan di tepi pool.
dah la masa ni lapar gila.
memang tak breakfast sebab tau nak pergi 2 kenduri.
makanan adalah super duper sedap.
tapi saya tak makan banyak, takut kenyang sangat hehe.
kak ody kawan seoffice. tapi bukan sedepartment.
dia baik sebab dia orang taiping.
eh ada kena mengena ke? hihi.
tq kak ody. next time jemput lagi 🙂
dari rumah kak ody, encik z jemput saya pastu terus ke cheras.
mau attend majlis aqiqah anak kak red dan wedding adiknya.
tapi majlis untuk zeeshan dah buat awal pagi.
kira saya pergi makan kenduri je lah ni.

: : pengantin : :
encik z tanya saya, yang mana adik kakred.
yang lelaki ke perempuan.
saya cakap yang lelaki.
encik z tak puas hati.
dia kata kenapa yang perempuan tu plak macam muka kak red?
heyyy.. mana la mak tau.
sabau je la.
usai makan, masuk dalam dewan cari zeeshan.
dia tengah sedap tidur.

: : mak membz. anak melena je : :
saya yang tak berkedip mata tengok zeeshan si hensem boy.
rasa nak gigit gigit je pipi dia yang tembam tu.

: : eh lyn pun ada : :

: : lagi sekeping ah gambar zeeshan : :

: : pelamin : :
ada candy buffet.
first time saya tengok ni.
menggeram je.
amik bawak balik sikit untuk yaya yang ada kat rumah kaklong dah.

: : saya dengan lyn sama-sama mengagum dengan candy bermacam bentuk dan warna : :

: : ok dah jom balik : :
tq for the invitation kak red.
nanti bila zeeshan nak kahwin jangan lupa jemput saya lagi. tu pun kalau kita tak bergaduh la #eh

: : goodies yang dibawa pulang : :
oh, saya pakai baju kurung baru tu.
kain dibeli di hatyai sana.
dah siap lama jugak tapi sayang sangat nak pakai pegi office.
aterrr mahal kata kau.
tu simpan dulu. dan pakai pegi kenduri macam ni memang ahcunnya ah 🙂

14 thoughts on “Assalammualaikum Zeeshan ;-)

  1. BESTNYA..dpt gak jumpa Lyn eh..along ni simpan je keinginan nak jumpa kengkawan bloggers..ater mak ni bz sentiasa…kalau x bz..x sihat la plak…

  2. btul lah..pengantin pompuan mmg ada iras kak red..sy kdg2 camtu lah..bila beli kain mahal rasa tak berbaloi nak wat g keje..tp kalu tak wat g keje..mmg terperap dlm almari jer lah jawapnyer…

    • waha. ramai dah cakap pengantin perempuan rupa kak red.

      tu la sayanggggg je nak pakai baju tu pegi office awal2.
      simpan dulu. nanti baru pakai 😀

  3. hehee bersungguh ko tenung zeeshan
    mmg hensem wooo aku tgk dlm gambar je pun rse nk geget2 pipi gebu tu

    • tu la tu, kira ngam2 soi jugak la timing kita hehe..
      gamaknya kalau zeeshan terjaga lagi banyak kot gambar kita snap

Comments are closed.