Terbukalah Dalam Menerima Teguran

Assalammualaikum kenalan yg di kasihi.
Ramai orang yang mudah menegur kekurangan orang lain, tapi melenting apabila diri sendiri di tegur. Petua menerima teguran ialah:-

1.  Sentiasa ingat yang Allah tegur kita melalui teguran orang
2.  Bersyukur sebab tanpa teguran sukar untuk kita berubah
3.  Berlapang dada & terima dengan tenang segala teguran
4.  Nilai & kaji teguran
5.  Bertanya jika tak jelas
6.  Minta nasihat tentang punca masalah kita
7.  Minta nasihat tentang alternatif penyelesaian
8.  Minta tunjuk contoh yang boleh di teladani
9.  Memohon maaf atas kesilapan & ucapkanlah terima kasih
10. Memohon di doakan agar dapat atasi masalah
11. Segera bertindak & tawakkal kepada Allah SWT

Moga Allah rahmati kita semua. Kongsikanlah jika sudi. Wassalam. – via Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah from facebook NeenaAnuar

4 thoughts on “Terbukalah Dalam Menerima Teguran

  1. berdoa ! bila orang tegur tu , kita terus berdoa , selawat and istghifar . huhuhu..supaya dpt menerima teguran dengan waras & sabar 🙂

Comments are closed.