Jangan Cepat Sangat Nak Menghukum

assalammualaikum.
ok aku tau cerita ni dah agak lama.
biasa lah aku ni. update cerita sendiri pun berzaman.
cerita hal ehwal semasa pun ketinggalan jugak.
eh tak de la ketinggalan. aku dah tau pasal ni dari hari video tu diupload lagi.
tapi baru nak memberikan pendapat.
walaupun tak penting pun pendapat aku ni ha.
korang nak baca, baca la. taknak tak apa-apa.
eh kes apa? alah kes perempuan dera anak dia tu.
yang dia pukul dengan bantal. pastu dia tendang tu.
aku jamin ramai je tau pasal ni kot. dalam buletin utama pun ada keluar kan.
hmmm… masa memula video tu diupload merata-rata kemain semua berpusu pusu memberikan komen.
panggil perempuan tu bangang la bodoh la tak sayang anak la gila la meroyan la.
pendek kata nya memaki menghamun saja la kan?
pastu perempuan yang rakam insiden tu pun ramai jugak yang mencerca.
kata kenapa rakam la. kenapa tak amik baby tu la. bla bla bla.
timeline twitter dengan facebook penuh pasal ni je la.
aku tengok video tu. sekali.
memang kesian dan sedih la tengok baby tu kena pukul.
orang yang jiwa kering dan takde jiwa je yang tak terasa tersentuh dengan video tu.
sedangkan binatang pun sayangkan anak, ini kan pula lah manusia.
tapi orang-orang yang dok menghamun tu adakah sekali pun tak tak de terfikir.
kenapa yer perempuan tu pukul anak dia?
kenapa yer perempuan lagi sorang tu rakam video tu.
ada tak nak terfikir sekejap.
takde kan? sebab tu la status menghamun tu semua naik.
lepas aku nonton tu aku terus terdetik.
perempuan ni ada masalah kot. kalau tak takkan dia boleh pukul anak dia macam tu.
budak tu kecik lagi kot. bukannya dah besar stok stok boleh berlari ke apa.
yang rakam tu pun, aku fikir jugak. motif kau nak rakam?
mesti ada sebab.
aku tweet sekali. walau apa pun yang berlaku, semoga perempuan tu menerima balasan yang setimpal.
yer, itu saja.
kerana bukan hak kita manusia untuk menghukum.
lebih-lebih lagi kita tak tau pun hujung pangkal cerita tu.
tengok video. terus emosi up status menghamun.
ok ada yang report kat PDRM semua.
PDRM pun buat la kerja diorang.
rupanya tu video lama. tahun lepas.
perempuan tu pun dah dijatuhkan hukuman.
yang merakam tu plak rupanya ada sebab dia rakam.
sebab nak bagi bukti pada polis.
dengar katanya dia pernah cuba stop perempuan yang bernama ira ni dulu.
tapi dia plak yang kena terajang.
so itu pasal la dia rakam. bukan subahat ke hapa.
dosa ira tu antara dia dengan anak dia. dengan Tuhan.
dan hukuman di dunia pun dia dah lalui. walaupun ada jugak yang kata mana cukup penjara 18 bulan. kan?
hukuman di akhirat nanti, urusan dia dengan Tuhan.
tapi dosa kita menghamun dia tu, adakah satu hari kita akan pergi jumpa dia untuk mintak maaf?
kenapa terlalu cepat kita nak menghukum?
tak kaji, tak cari kebenaran, tak berfikir kenapa.
lepas tu bila dah tau kebenaran, malu alah. terus menikus.
sedih kot.
yer aku tau ramai yang marah. tapi korang tau kan macam mana cara Rasulullah menegur kesalahan orang lain?
Iman Syafie’ berkata, “Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu.
tapi sebelum nak nasihat, kena cari dulu kebenarannya.
secara logik fikiran akal manusia, ibu yang waras takkan pukul anak dia sebegitu rupa.
jadi mungkinkah perempuan tu sakit? masalah mental? sakit jiwa? meroyan?
kita tak terfikir kan? sebab terus nak menghukum.
pernah dengar pasal postpartum depression, postpartum sychosis.
tak tau? sila google.
so tak mustahil ira ni pun mengalami depression, sebab baby dia pun kecil lagi.
dan percaya atau tak postpartum depression ni boleh berlaku berbulan-bulan lamanya selepas bersalin.
waktu aku lepas bersalinkan yaya dulu, yes aku mengalami kemurungan yang agak hmmm boleh tahan jugak la.
yer aku tak pernah cerita kat orang. ni baru nak cerita dalam blog.
aku rasa helpless, worthless, menangis mengongoi ngongoi.
sampai mama kena tengok yaya selalu, sebab takut aku meroyan.
and yes ada satu tahap sampai aku nak campak yaya jatuh kerusi sebab dia dok menangis.
malam tidur tak cukup, mengantuk kena bangun susukan netekkan dia.
aku masa tu dengan tak kerja, tak de duit, laki jauh (ok sekarang ex)
tapi lepas tu slowly aku ok. alhamdulillah.
dan korang pernah dengar tak mangsa rogol, lepas kena rogol tu dia pregnant.
dia taknak anak tu, tapi orang keliling suruh teruskan kandungan.
dan bila dah bersalin, dia benci tengok anak tu.
sebab tiap kali dia tengok anak tu, dia terbayang muka lelaki yang rogol dia.
tak pernah? ok ni kisah benar.
aku ada sorang kawan. dia mengandung.
tapi bukan lah kena rogol. dia dengan boyfriend dia.
bila dah pregnant, boyfriend dia taknak kahwin dengan dia.
dia teruskan kandungan tu, lepas bersalin dia bagi kat orang.
sebab dia kata bukan dia tak sayang, tapi tiap kali tengok baby tu dia teringat boyfriend dia.
haruskah aku salahkan dia?
yes aku nasihat. tapi dia taknak.
itu pilihan dia la kan.
kita ni sebagai kawan boleh nasihat je.
keputusan kat tangan dia.
tapi bila dia buat keputusan macam tu, adakah kita bukan kawan yang baik?
adakah kita perlu putuskan persahabatan kita dengan dia.
tak kan?
semoga perempuan yang bernama ira tu dapat rawatan perubatan kalau benar ia sakit.
dan semoga pengalaman di dalam penjara akan menginsafkan beliau.
semoga anak itu tak mengalami apa-apa kecederaan serius.
semoga yang terbaik untuk mereka berdua.
dan untuk kita pula. janganlah cepat menghukum.
kita di dunia sama sahaja. bezanya cuma amalan kita.
wallahualam.

14 thoughts on “Jangan Cepat Sangat Nak Menghukum

  1. kita nie kadang2 nak jadi mcam alim ulama .. sedangkan ilmu dan amalan kita pun tak sehebat mana. Agaknye dorang nie seronok kot jatuh hukum pada orang lain, nk jd hakim professional, ngaji tak pandai sebab malas belajar … maka ramailah jadi hakim tak bertauliah. Hukum je orang sekeliling dengan membabi buta ….

  2. nice kak. aku pun fikir sama cam kak jugak. tu pasal aku tak suka nak melenting-lenting maki la up entry la emo pi report JKM PDRM bagai. kawan aku kemain pi report bagai marah menghamun bila tau kata video lama senyap tak mengutik. hahaha. kesian.

  3. kemurungan lepas bersalin tu pun sy pernah rasa
    lagi2 bila anak asyik menangis kita x tahu puncanya
    sbb tulah org sekeliling kena concern ngan ibu br bersalin
    dia ngan letih, nak jaga luka jahit bagai, x cukup tidur lagi
    takut ibu meroyan kang

    • betul. bukan semua orang nasib nya sama.
      ada yang bertuah. ada mak ayah, suami, keluarga yang dekat boleh jaga.
      kalau yang sebatang kara, suami kerja jauh dan lain lain.
      di sini lah dugaan yang hebat.
      dan bukan semua orang begitu tabah nak hadapi benda2 macam ni.

  4. smpai skrg x berani nak tgk video tu..tp ada lah intai sikit2 ms tv3 wak kuar kat berita tu..sedih.
    tp mmg kesian yg kat tukang rakam tu..tak pasal2 dia pon terkena makian orang walaupon niat dia baik..huhu

  5. hurrm…btol cakap akak. saya 1st time tgk vid tu tak sampai 30 saat kot sebab tak sanggup nak tengok lagi..tp tu la. memang kesian kat baby tu , and sebenarnya kesian kat mak baby tu . sebab saya rasa mesti ada sebab kenapa mak baby tu marah sampai macam tu sekali. and mesti ada sebab kenapa orang yang rakan vid tu takleh wat ape2.

    everything happens for reason kan ? tgk2 btul..mak baby tu kene rogol rupanya before this..and yg rakam tu pernah nk tolong tp kene terajang.

    kesimpulan , kita hanya mampu mendoakan…sebab taktau cerita yang btul..huhu. (panjang lak komennye..;p)

    • yer. cerita sebenar cuma dia dan Allah SWT saja yang tau.
      kita doakan yang baik2 saja lah 🙂

  6. mula2 tgok memang x sanggup..tp dia dah terima hukuman kan…harap2 dia insaf..jauhkanlah dari sifat2 mcm ni singgah dalam diri kita dan juga keluarga kita..amin…

    • yup, dia dah terima hukuman pun.
      dan macam saya katakan, itu antara dia dengan baby tu, dan Allah SWT.
      siapa kita ni?

  7. kak,tp kenapa sy ada bc post akak,ada kwn akak tegur akak siarkan gmbr akak xpkai tudung akak marah.sdgkan apa yg dia tegur tu betul kot kak.bila kita dh tutup aurat mean kita dah tutup dr pandangan lelaki tp kenapa akak nak pamerkan semula hanya kerana marah kawan akak tegur.salah tu kak….aurat akak utk suami bukan utk dipamerkan dgn mudah hanya kerana marahkan seseorg.
    sy marah sebab sy bc tulis marah dekat kawan akak tegur.tak tahu la kakak ada masalah ke ape dgn dia tp apepun perbuatan tu tetap salah.jd,bila org terus menerus mengata dan marah dekat kita,kita kena fikir jugak,adakah aku yg salah atau org yg suka menghukum?

Comments are closed.